Syara Nyanyi lagu kantoi masa dalam kereta. Memula cam tak sangka die leh nyanyi lagu ni sebab tak selalu pasang pun. Agak nye die dengar from my ringtone lah kan. Tiba-tiba je semalam die nyanyi and die kate die suka this song.
Video by Auntie Sya using Nikon D5000.
Semalam I call you, you tak answer. You kata you keluar pergi dinner. You kata you keluar dengan kawan you. But when I called Tommy he said it wasn't true.
So I drove my car pergi Damansara. Tommy kata maybe you tengok bola. Tapi bila I sampai you, you tak ada. Lagilah I jadi gila.
So I called and called sampai you answer. You kata sorry sayang tadi tak dengar. My phone was on silent, I was at the gym. Tapi latar belakang suara perempuan lain.
Sudahlah sayang, I don't believe you. I've always known your words were never true. Why am I with you, I pun tak tahu. No wonderlah my friends pun tak suka you.
So I guess that's the end of our story. Akhir kata she accepted his apology. Tapi last last kita dapat tahu she was cheating too. With her ex boyfriend's best friend - Tommy.
Hari sabtu lepas, aku satu family pegi ke Kuala Kangsar sebab sepupu aku iaitu anak Mak Long aku bertunang. Kitorang gerak dari rumah dalam pukul 7.30 pagi. Pegi ambik Abang Azzam dulu kat Prima Damansara. Then, singgah makan kat Restoran Mahbub kat Damansara Damai. Then, isi minyak kat Shell. Aku ditugaskan untuk bawak land Rover. Ditugaskan lah pulak kan. Dah sebijik cam supir pulak. Adik beradik aku suka je panggil aku supirah. Sangat hampeh ok. Yang naik Land rover ngan aku semua anak-anak dara termasuk Syara. Syara tu kira anak dara lah jugakkan. Abang Azzam ngan Umar ikut mak abah naik merc. Abang Farid bawak kereta sendiri sebab nanti dari Kuala Kangsar, diorang satu family straight pegi penang.
Masa dah sampai kat highway PLUS, nampak kereta Abang Shahril ngan Kereta Abang Ipin, sempat lah lambai-lambai. Then, kitorang teruskan lah perjalanan. Sampai kat hentian Behrang rasa nye. Kitorang berenti nak beli air mineral sebab Syara nak minum susu. Dapat sms bagitau yang tayar kereta Abang Ipin meletup. Kitorang tunggu kejap je pun kat hentian Behrang tu. Then, terus kan perjalanan lagi. Masa on the way tu, orang lane sebelah dok beam lampu semua kan. Rupa-rupa nye ade speed trap. Si Syida lak hantar sms kat Abang Shahril kate ade SPEED TRACK. Hahahahaa. Tau lah hang keje berkaitan track keretapi kan. Takkan lah speed trap jadi speed track pulak. Kaw kaw Syida kena gelak. Hahahaha.
Next hentian, hentian Sungai Perak. Berenti untuk berkumpul and betul-betul kan hantaran. Lepas dah betul-betulkan hantaran semua, kitorang teruskan perjalanan ke Kuala Kangsar. Bincang-bincang semua, terus makan tengahari. Senang giler. Tak der lah meleret-leret kan bincang2 semua. Lepas makan, lepak-lepak lagi. Then, solat semua kat rumah tunang sepupu aku. Dah nak dekat pukul 3 petang baru reti nak angkat punggung beransur balik.
Gossip ape ni?
Kat bawah ni pulak antara hantaran dari pihak lelaki kepada pihak perempuan.
On the way balik tu, singgah Taiping dulu kat rumah Tok Teh sebab nak makan durian. Bakal mak mertua Abang Shahril bekalkan durian. huhuhuhu. Kalau aku, pening ok bau durian dalam kereta. Sesampai rumah Tok teh, sempat lah mandi, borak-borak kejap sebelum meneruskan perjalanan ke Kuala Sepetang. Tujuan ke Kuala Sepetang ialah untuk pegi makan mee banjir udang. Mee banjir udang kat Kuala Sepetang adalah sangat sedap ok. Memang banjir ngan udang. Sebab tu panggil mee banjir. Udang dalam setiap mangkuk ade lah dalam 10 ekor. Banyakkan? Memang puas makan udang kat Kuala Sepetang. Gambar mee udang tu aku malas nak edit. Terima je lah seadanya yer.
Lepas dah habis makan semua, we all meneruskan perjalanan balik Sungai Buloh. Memang pecut je keje nye balik ke Sungai Buloh sebab nak kejar masa. Sebab nanti dah sampai Sungai Buloh, kena hantar Umar balik Melaka pulak. Memang letih giler. Sampai Sungai Buloh dalam pukul 9.30 malam.
Aku naik rumah mandi semua. A** sampai je terus we all gerak ke Melaka dalam pukul 10.30 malam naik merc. Keje aku dalam kereta tido sesaje. A** je yang teman Umar borak-borak. Dah memang penat kan. Bangun-bangun dalam pukul 11.30 malam dah sampai ke exit Ayer Keroh dah. Laju giler umar bawak kereta. Die kate die guna auto cruise. Senang tak yah tekan. Sampai Melaka, berenti minum. Then, teruskan perjalanan balik ke Sungai buloh. Umar ajar aku bawak auto cruise. Tapi, tak puas lah bawak kereta kalau guna auto cruise. End up, pukul 2.00 pagi selamat sampai rumah.
Blog post ni akan di akhiri dengan gambar budak comel ini. Kitorang panggil die ngan nama dik ya. Comel kan?
Hari ni balik-balik keje je terus rehat-rehat kejap and then siap-siap sebab janji nak jumpa ngan A** kat The Curve. nak pegi dinner sekali. Janji nak jumpa die kat Starbucks. Lepas dah jumpa, terus gi dinner kat Dome. We all dinner sambil lepak-lepak kat Dome cerita macam-macam lah. Lepas dinner kat Dome, we all gi Tesco sebab nak gi ambik ginseng yang A** order kat satu kedai ni. Then, lepas tu terus keluar dari The Curve gi jalan-jalan area KL. Memang sah tak der keje.
Masa nak balik tu, singgah Secret Recipe The Curve sebab nak tapau makanan for my two sisters yang kat rumah tu kan. Kalau tak tapau mengamuk sakan pulak karang sebab dah janji nak tapaukan makanan untuk diorang. Tapi, ade satu insiden telah berlaku lah masa we all kat The Curve tu. Insiden tu biar lah rahsia. Tapi, memang memalukan lah. Tapi, A** dah janji nak ganti dua lagi *benda* tu. Hahahaha. Alhamdulillah, murah rezeki ku.
Semalam aku tak gi keje. Aku ni nama je tak keje tapi kena gak keluar jadi driver abah ngan mak. Ingat kan nak beristirehat lah kat rumah kan. Memula pagi tu, gi hantar Syida gi keje sebab minah tu malas nak bawak kereta gi keje. So, pagi tu aku hantar die and petang die balik ngan abah. Lepas aku dah balik tu, aku ingat boleh lah rileks kan. Tapi, abah ketuk pintu bilik suruh siap-siap sebab abah mintak tolong ambik abah kat Auto Connexion PJ sebab abah nak hantar Land Rover abah kat situ. Then, aku bawak kereta abah gi ambik abah kat situ. Land Rover kena tinggal kat situ. Then, terus gi Pusat Bandar Damansara sebab abah nak gi buat passport. Dah nak gi Medan 10hb ni baru hegeh-hegeh nak buat passport.
Lepas tu, sementara nak tunggu passport siap, gi makan ikan bakar kat Jalan Bellamy. Lama giler tak gi makan kat situ. Ramai betul lah umat manusia kat situ. Lepas makan, terus gi Pusat bandar Damansara balik sebab abah nak ambik passport yang dah siap. Aku tak masuk parking pun. Aku just parking kat luar je. Aku siap suruh mak aku jangan tido sebab takut ade polis kan. Tapi, aku tido boleh? Hahaha. Kejam ok. Hahahaha.
Lepas passport abah dah siap, hantar abah gi Auto Connexion balik. Tinggal abah kat situ and kitorang meneruskan perjalanan ke Sri Munawwarah pulak sebab nak beli tudung and seluar palazzo. Aku beli seluar palazzo warna coklat and mak beli yang warna hijau. Tudung pulak aku ambik yang warna hitam, mak beli warna peach. Habis RM500 saje beli dua helai tudung and dua helai seluar. Tapi tak per, puas hati sebab memang sedap pun pakai tudung and seluar Munawwarah.
Lepas tu, terus balik rumah and keluar balik gi tailor mak nak ambik baju yang dah siap. Then, balik rumah hantar mak balik rumah. Then, aku and siti keluar balik gi lepak minum-minum. Balik rumah dah senja and siti telah menjalankan sessi photoshoot untuk kakak nye yang comei ni.
Minah ni dah boleh bawak TD5 ok. Memang berani ok. TD5 tu dah lah besar giler. Tapi, die ni memang berani. Tahniah lah yer pada awak Syida sebab berani. Berape banyak berani daaaa aku pakai. Aku dulu dah lama dapat lesen and bawak kereta baru berani nak bawak Fortuner and TD5 ni. Tapi, Syida baru je bawak kereta dah berani bawak TD5. Sila kagum dengan Syida ok. Mesti minah ni kembang-kembang hidung sebab aku puji die melambung. Hahahaha.
Hari rabu lepas, balik dari kerja je, terus lepak-lepak jap dalam bilik sementara tunggu Syida balik. After maghrib je terus siap-siap sebab nak pegi ke rumah Marina kat Puncak Alam. Marina buat birthday party Haikal malam hari rabu tu. Kenape Marina buat hari rabu malam? Alasan nye ialah kalau buat hari lain Haikal dah lebih dari setahun. Ape-ape lah Labu. Yang aku tau, aku pegi rumah Marina, nak makan and gather ngan kawan-kawan. Tak der ape nak cerita pun. Meh tengok gambar meh. Gambar-gambar ni di capture oleh adik aku and Jack, husband Jila.
Hari sabtu, pagi-pagi lagi dah keluar gi breakfast kat Maju Ahmad then gi bawak mak gi nursery kat Sungai Buloh sebab mak nak gi beli pokok. Then, pukul 10 lebih baru balik and siap-siap pulak sebab nak gi ambik Umar kat Bus Station kat Shah Alam. Die baru sampai dari Melaka. Lepas ambik Umar terus hala ke KL sebab nak pegi ke butterfly Park pulak. Ni Syara lah ni beriya-iya nak pegi Butterfly Park. So, auntie-auntie and uncle die pun bawak lah die pegi.But, before that sempat jugak makan kuew tiaw kerang kat Tanglin. Sedap okeh.
Then, terus hala ke Butterfly park. Masuk sorang dewasa RM8 ok. Kanak-kanak RM4 kot. Ke berape tak ingat lah. Masa nak masuk tu, die jual fish food. So, beli lah sepeket. Datang Syida, die tanya ni makanan butterfly ke? Sabo je lah adik haku ni. Ade ke butterfly makan makanan ikan kan. Sabar aje lah.Butterfly park ni kecik je. Sempat snap-snap gambar sikit-sikit then, terus keluar. Malas nak lama-lama kat dalam tu.
Lepas dah keluar tu, terus hala ke The Curve pulak. Actually, tak der tujuan pun sebenarnya. Tujuan nye just nak lepak-lepak je lah kan and ingat nak beli kan baju untuk Azfar ngan Syara. Lepas dah jalan-jalan kat the Curve, terus pegi Ikea nak gi makan tengahari. Lepas makan je terus masuk Brand's Outlet sebab nak cari baju Syara ngan Azfar. Tapi, yang jumpa nye baju Azfar je. Baju Syara tak der. Lepas tu, terus tak buang masa pegi The Curve balik and lepak Starbucks. Syara lak dok tanya Auntie Sya die mane. Aku pun cakap lah Auntie Sya gi bayar baju Azfar. Sekali, die kuar ayat sedih die. "Auntie Sya tu tak sayang Syara lah tu sebab beli baju untuk Azfar je and tak beli baju untuk Syara". Sabo je lah aku budak kecik ni.
Lepas dah lepak kat Starbucks, Syara mintak nak pegi kat tengah-tengah tu sebab ade sale Barbie. Nampak ade diskaun, terus serbu kat tempat yang ade diskaun sebab nak beli baju Syara and masa we all pegi tu, ade promotion kalau beli RM50 ke atas boleh buat make over and sessi photography pakai baju princess. Syara menggedik ok nak pakai baju princess. So, end up Auntie Sya berhabis untuk Syara RM50 ke atas untuk Syara. Aku ni siap pesan kat Syara ni suruh senyum kalau nak ambik gambar pakai baju princess. kalau tanak senyum tak yah ambik. Siap ber promise bagai Syara ni.
Lepas dah selesai sessi photography, adelah sesuatu terjadi. Sesuatu biar lah jadi rahsia. Huhuhuhu. Lepas tu, terus keluar dari The Curve and terus hala ke Midvalley pulak sebab nak tunaikan impian adik aku Siti.
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Syara punya ayat masa balik dari shopping masa hari sabtu baru-baru ni, Today is my lucky day. Yer lah kan, lucky day for her lah kan sebab die dah lama berangan nak jadi princess.
< Zee Avi - Kantoi > U all pernah tak dengar lagu Kantoi by Zee Avi ni? U all dengar lah tau. Memang best lah lagu ni. Aku jumpa video minah ni kat Youtube. And lagu die ni dah selamat jadi ringtone aku. Hahahaha. Memang layan lah dengar lagu Zee Avi ni.
Aku baru je balik dari menonton filem "Syurga Cinta" ok. Memula plan nak pegi malam esok. Tapi, cannot sabar dah weh sebab hati aku meronta-ronta nak tengok Awal berlakon. Before wayang start, aku tak der lah nak expect too much pun pada filem ni sebab aku tengok trailer die pun biase-biase je pun. Tapi, bile dah tengok, aku bagi 4 bintang ok. Kalau Heliza berlakon ok aku up lagi bintang nye. Tapi, tu lah kan cara Heliza bercakap cam ikut skrip sangat. Tak natural. Tak per Heliza, lain kali buat lagi bagus eh. Bagi nasihat kat Heliza cam lah Heliza baca blog aku.
Tapi, serius lah cerita ni memang kelakar giler ok. Sumpah kelakar tau. Maybe sebab ade Haziq kot and Awal pun pandai wat lawak dalam citer Syurga Cinta ni. Aku gelak memang tak der cover-cover punya lah. Sesuka hati aku je gelak kuat-kuat. Tapi, di samping gelak-gelak tu, ade gak lah adegan sedih nye. Aku ni dah lah sensitif. Tu lah betapa besar nye kuasa tuhan, bila mana cinta boleh merubah hidup seseorang itu.
Bagi aku, tahun ni, ini lah filem paling bagus Ahmad Idham telah hasilkan. Tak setuju ngan aku tak per, semua orang ade pandapat masing-masing kan. Ade aku kisah? Hehehehe.
Hensemnye Irham
Sinopsis
Irham, berusia lewat 20-an anak kepada Tan Sri Zakaria dan Pn. Sri Mahani telah membesar di luar negara sejak berumur 12 tahun lagi. Dia telah bersekolah dan berkerja di sana untuk beberapa tahun dan pulang ke Malaysia kerana perlu mengambil alih syarikat milik keluarganya. Kerana terlalu lama di luar negara, cara dan gaya hidupnya tidak ubah seperti orang barat.
Sekembalinya ke Malaysia, Irham telah bertemu dengan rakan-rakan lamanya ketika belajar di luar negara iaitu Zainal dan Alex yang sangat mengenali hati budi Irham. Irham sememangnya seorang lelaki yang handal memikat gadis yang diinginkannya. Alex dan Zainal sering kalah jika bertaruh. Bagi memastikan Irham kalah, mereka mencabar Irham memikat gadis bertudung kerana mereka tahu Irham tidak menyukai gadis sebegini.
Gadis tersebut adalah Syuhadah, seorang gadis moden namun masih mempertahankan nilai-nilai sebagai seorang Muslimah sejati. Dia merupakan anak yatim dan dijaga oleh datuknya sejak dari kecil. Walaupum hidup mewah namun dia tetap dididik dengan didikan agama yang cukup. Irham melakukan pelbagai cara untuk memikat Syuhadah yang secara kebetulan merupakan guru agama di sekolah adik angkatnya iaitu Ikmal.
Hubungan Irham dan Ikmal yang tidak begitu baik sebelum ini menjadi lebih baik apabila Irham memerlukan bantuan Ikmal dalam menjayakan ‘misi’nya. Melihat ‘ketulusan’ Irham yang berpura-pura mendalami ajaran Islam, hati Syuhadah terbuka untuk menerima Irham sebagai kawan dan dalam tempoh berkawan dalam diam-diam wujudnya perasaan kasih dan sayang.
Irham pula sedikit sebanyak dibimbing oleh Syuhadah sehinggakan dalam tempoh sebulan tanpa dia sedari dia telah melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang Muslim dan dia merasa selesa dan tanpa disedari dia telah menunaikan tanggunjawab sebagai orang Islam seperti mendirikan solat.
Namun tempoh sebulan telah pun tamat dan Irham perlu berjumpa dengan Zainal dan Alex bagi menunaikan janjinya dengan membawa Syuhadah. Di depan Zainal dan Alex, Irham telah berterus-terang kepada Syuhadah bahawa dia cuma “suka-suka” dan bukanya benar-benar jatuh cinta kepada Syuhadah. Syuhadah yang mendengar pengakuan itu benar-benar kecewa. Sudahlah dia susah untuk menerima cinta dari seorang lelaki kini lain pula jadinya. Syuhadah telah membawa diri pulang ke kampung. Irham menang pertaruhan tetapi dia gagal menafikan perasaannya yang sebenar terhadap Syuhadah.
Bagaimana Irham menangani perasaan tersebut? Berjayakah Irham memenangi hati Syuhadah yang begitu kecewa dengan apa yang telah berlaku??
Segalanya bakal terjawab dalam SYURGA CINTA….
Antara scene yang paling best :
Masa Irham kat dalam masjid tengah solat and kat luar masjid masa tengah tunggu Heliza. Aku nangis dowhhh masa ni. Jiwa sensitif. Biase lah kan.
Masa Irham mintak maaf ngan Heliza tapi, Heliza cakap die dah maafkan Irham walaupun Irham tak bersalah. Serius aku nangis masa ni. Nampak sangat Syuhada tak berdendam dengan Irham walaupun Irham sakitkan hati die depan kawan-kawan Irham.
Scene last sekali masa Irham main piano. Hati aku cair ok kalau lelaki main piano ke gitar ke. Alahai Irham.
Masa part Irham melamar Syuhada pun aku suka gak. Tetiba dok bayang Syuhada tu aku. Hahahaha. Bengong.
Itu je lah setakat ni yang aku terfikir, nanti-nanti lah aku tambah lagi eh. Akhir sekali, tatap lah gambar aku ngan Boyfriend baru aku ni eh. Mwahahahahaha.
Hari khamis lepas aku tak pegi keje sebab aku bangun-bangun pagi je terus aku tengok mata aku bengkak sebab tumbuh ketumbit. So, pagi hari khamis tu aku pun pegi lah Putra Medical Centre nak ambik ubat and mintak MC. Alhamdulillah masa aku dok tunggu tu tak ramai orang. Dah masuk bilik doktor, serta merta pulak lah aku batuk and selsema. Pandai betul batuk dan selsema ni memainkan peranan.
Doktor : Awak sakit ape ni?
Aku : Saya sakit mata doktor. (dalam masa yang same, aku dok batuk tak habis-habis campur ngan selsema)
Lepas doktor dah check-check mata aku semua kan,
Aku : Doktor, saya MC hari ni doktor.
Doktor : Ok.
Aku : Tapi kan doktor, kalau mata saya bengkak lagi esok, boleh ke saya datang esok untuk sambung MC?
Doktor : Tak per lah, saya bagi awak MC terus dua hari ok.
Aku : Terima kasih doktor.
Sungguh seronok aku menghabiskan masa kat rumah ok. Memang tak keluar langsung. So, early weekend for me lah kan. Tapi, bile isnin menjelma je, bengkak balik ok mata aku. So, pegi lah balik ke klinik mintak tambah MC lagi. Syok ok 6 hari dok rumah tanpa bekerja.
Hari ni aku datang keje pun, Kak Ika marah suruh aku MC lagi sebab ketumbit aku ni tak pecah lagi. Die takut berjangkit satu ofis semua. Hehehehe.
Sekarang ni aku amat addicted dengan roti butterscotch. Sedap sangat makan camtu je. Aku tahu aku amat lah ketinggalan. Ramai dah orang yang suka makan dah roti ni. Aku ni baru lah terhegeh-hegeh nak suka roti ni. Ketinggalan zaman betul lah. Boss aku cakap roti ni roti orang kaya sebab harga sebuku roti ni pun dah cecah RM4. Mahal ok roti ni. Tapi, disebabkan roti ni sedap, maka, aku pun redha je lah membeli. Tapi, aku makan then, aku sorok lah dalam laci. Hahahaha. Mahal weh, bukan aku kedekut maaaaa. Hahahaha.
Tadi masa aku keluar kejap teman Kak Linda pegi Tabung Haji, aku singgah kedai buku marwilis jap kat PKNS. Terus aku sambar sebuah novel ni. Novel ni dari novelis Aleya Aneesa. Aku yakin mesti best punya lah buku ni sebab selama aku baca buku dari Aleya Aneesa, memang tak pernah mengecewakan pun.
Ariana melihat Nasuhah sangat sepadan dengan abangnya, Zean Luthfi seorang pengurus muda. Sebagai seorang adik yang nakal, dia asyik mengusik abangnya tentang Nasuhah hingga menimbulkan kemarahan Zaen. Tanpa pengetahuan adiknya, Zean telah menghubungi Nasuhah dan menghamburkan kata-kata yang nista.
Takdir telah mempertemukan mereka di dalam sebuah majlis. Sejak itu, Zaen sudah terkena panahan asmara. Dia cuba untuk mendekati Nasuhah, namun gadis itu sudah tawar hati. Zean nekad akan terus memburu cinta Nasuhah walaupun sejauh mana dia melarikan diri.
Pertemuan semula Nasuhah dan Rezuan rakan sekampus bagaikan jalan pintas baginya untuk menyelesaikan masalah yang melanda. Namun, huluran kasih Rezuan tiba-tiba saja membuatkan hatinya berbolak-balik.
Walau bagaimana payah pun, Nasuhah mesti berani membuat keputusan yang bakal ditanggung sepanjang hayatnya. Menolak cinta orang sukakannya ataupun menerima saja lamaran kawan lama yang tidak pernah wujud di hatinya.
This is my space, so this is my crap. Kalau korang sudi baca apa yang aku tulis, aku alu-alukan kehadiran korang.
Kalau datang sini dengan niat nak mengutuk semata-mata, baik tak payah buang masa korang yang amat berharga tu.
Masa tu kan emas? Kalau tak nak rugi, baik korang keluar dari sini awal2 sebelum aku hambat dengan batang penyapu
(alamak! ala2 harry potter la pulak...) Pandai2lah korang cari jalan keluar. Dah pandai masuk sini, pandai la keluar sendiri...
*beberapa minit berlalu* Hai, ada kat sini lagi?
Tekan butang 'X' kat hujung sebelah kanan skrin korang tu... Ha, pandai pun. Bye bye...
♣ OCTOBER = HOTTIETrustworthy and loyal. Very passionate anddangerous. Wild at times. Knows how to have fun.Sexy and mysterious. Everyone is drawn towardsyour inner and outer beauty and independentpersonality. Playful, but secretive. Very emotionaland temperamental sometimes. Meets new peopleeasily and very social in a group. Fearless andindependent. Can hold their own. Stands out in acrowd. Essentially very smart. If you everbegin a relationship with someone from this month,hold on to them because their one of a kind. Take this quiz!
~LOVE is always patient and kind...It is never
jealous....LOVE is never boasful or conceited....It never rude and is not resentfuL....LOVE takes no pleasure in other
people's sins; but delights in the truth....Its always ready to excuse, to trust, to hope and to endure whatever
comes...LOVE like a wind...You can't see but you can feel it...
~
~apabila kau bcinta, jgnlh krn klebihnnya, krn mngkn dgn kelemahan,
kau akn mjauhinya.. andai kau bcinta, jgnlh krn kebaikannya,krn dgn 1 keburukan, kau akn mmbencinya.. andai kau bcinta,
jgnlh krn sifat cerianya, krn andai dia xceria, mngkn kau akn myalahknnya.. andai kau bcinta,
jgn la ambil ksempatan pd nya krn kesempatan itu akn kau tanggung smpai bila2..,
dan bila kau bcinta trimalah dia seadanya krn dia adalah manusia biasa yg xsempurna..,
bcinta lah seikhlasnya krn Allah S.W.T
~
~Cinta Yang Mahal Itu Tak Perlu Dilafazkan, Cinta Yang Agung Itu Adalah Satu Pengorbanan, Tak Ramai Orang Yang Sanggup Berkorban Kepada Orang Yang Dia Cintai
~
~ "Andai seseorg itu hadir dlm hidup saye dan dia terpaksa meninggalkan saya krn seswatu sbb.. saye redha krn dia pernah membahagiakan saye.."
~