Wedding Ticker

Daisypath Anniversary tickers

Birthday ticker

Lilypie Third Birthday tickers

Breastfeeding Journey

Lilypie Breastfeeding tickers

Birthday Ticker

Lilypie First Birthday tickers

Wednesday, January 05, 2005

First Entry Of This Year

Alhamdulillah sempat lagi ALLAH izinkan aku hirup udara segar di bumi NYA ini. Hari ni dah 4 Januari 2005. Aku rasa cam cepat nye lah masa berlalu.

Sejak kebelakangan ni memang ah aku banyak keje sangat2. Nak settle kan perihal exam fakulti. 11 Januari nak kena submit dah semua exam papers kat Bahagian Peperiksaan. Pening kepala aku ni wei. Masuk hari ni, ade lah 2 atau 3 orang lecturer yang belum submit lagi diorang punya exam paper kat aku. Dah siap bagi surat lagi but still buat dek jerk. Lantak lah korang, karang yang kena berjawab ngan Dekan bukan aku. Diorang jugak yang kena bersoal jawab sendiri. Aku tak campur. Tapi, aku rasa maybe diorang sibuk kot dengan Law Asia Moot Competition kat Fakulti ni.

Tengahari, masa aku dalam bilik rehat aku tengah borak2 ngan member2 ofis aku, tetiba Mr. A call cakap sorry sebab die tak dengar bunyi phone. Sebelum tu aku ade call die sebab nak ajak die lunch. Tapi, masa die call balik tu jam dah menunjukkan pukul 1.30 tengahari. Nak lunch ape. Mane lah sempat nak lunch ngan die. Nak-nak pulak kelas die kol 2 petang. Terus cancel lunch, die ajak aku gi minum petang. Aku pun setuju lah dengan syarat aku bawak adik aku. Die pun ok. Masa tu jugak aku dengar kawan2 die kat belakang die kata “We all nak ikut jugak”. Nak gelak pun ade aku rasa. Aku cakap ngan die, jangan mengade nak bawak kawan2 awak. Kawan2 die bukan nyer sikit, dah lah ramai. Karang aku lak yang segan karang.

Aku balik keje terus balik rumah sewa. Masa tu Kak Shikin tengah discuss something ngan adik aku. Lama lah pulak aku nak tunggu diorang discuss ni. Masa tu, call A bagitau die yang aku akan bawak housemate aku nama yana. Die memang dah biase ngan Yana ni. Tapi, biase senyum2 lah. borak pun sikit2 jerk. Masa aku tunggu Yana habis sembahyang, A call bagitau aku tak payah lah bawak Yana ngan adik aku sebab die kata die nak cakap something ngan aku. Aku pun cuak gak. Ape lah mamat ni nak cakap ngan aku karang?

Aku pun tak tunggu Yana habis sembahyang terus bergegas keluar bilik sambil pesan kat adik aku yang diorang tak payah ikut. Aku pun gi ambik A kat blok rumah die kat Sek 7. Sampai bawah rumah die, call suruh die turun bawah. Lepas tu, we all terus ke Mcdonald’s Sek 3. Lepas dah parking kereta, baru je nak masuk Mcd ade orang senyum2 kambing kat aku. Aku ingatkan saper rupa2nya Dr. Z**ton ngan Puan R**ani. Aku pun senyum ah balik. Kan dah kantoi tak pasal2. Ekekekkekeke.

Makan petang semalam A belanje. Banyak benda jugak lah borak2 ngan die. Aku rasa cam best ah kuar ngan die. Memula dulu segan. Sekarang ni dah ok lah aku rasa. Aku kuar ngan die kol 5.30 sampai kol 6.30 petang. Padahal masa tu die kata ade hal ngan kawan die nak bincang pasal Assignment. Sorry lah A ek, curi masa awak kejap.



Lepas dah hantar A balik rumah die, aku terus balik Sungai Buloh. Sampai rumah betul2 azan maghrib tengah berkumandang. Mak aku suruh aku bawak atok aku gi rumah Mak Long aku pulak. Aku suruh abang aku pergi, die tanak sebab die pening kepala. Memang aku lah yang kena bawak atok aku ni. Lepas sembahyang maghrib, we all tengah makan, Mak cik aku pulak call bagitau die anak beranak nak datang jumpa atok aku sebab atok aku nak balik dah esok pagi. So, cancel plan asal nak pegi rumah mak long aku. Sementara tunggu makcik aku, aku tengok cerita TV3 Lestary Begitulah Cinta. Tengah2 syok dok tengok citer, makcik aku sampai. Terbantut terus nak habiskan tengok cerita tu. Tengok sekerat je lah.

Sempat jugak tanya makcik aku tentang sedara mara die yang dok kat Acheh. Ramai jugak lah yang terkorban. Mak cik aku ni, sedara ngan mak Wardina Safiyyah pelakon tu. Nenek makcik aku tak jumpa lagi sampai sekarang. Hanyut entah ke mana. Yang aku sedih nye kan, sepupu aku punya kawan berasal from Acheh. Masuk UIA then, dapat berita yang keluarga die semua meninggal. Sedih tak terkata aku. Diorang lepak rumah aku sampai nak dekat kol 11 malam. Tak leh lepak lelama sebab anak2 makcik aku nak sekolah lagi pagi esok.

Lepas diorang semua balik, aku pun gosok baju untuk kerja pagi esok. Esok pagi aku nak bangun pagi sebab aku nak kena send mak ngan atok aku ke KLIA sebab diorang punya flight pukul 7 pagi. Lepas hantar diorang terus aku pegi keje.


p/s : A, Saya doakan Ayah awak selamat menjalani pembedahan 14 Januari ni ok. Tabahkan hati dan kuatkan semangat. Saya sentiasa di belakang awak memberi sokongan yang tak berbelah bagi.

No comments: