Wedding Ticker

Daisypath Anniversary tickers

Birthday ticker

Lilypie Third Birthday tickers

Breastfeeding Journey

Lilypie Breastfeeding tickers

Birthday Ticker

Lilypie First Birthday tickers

Tuesday, February 22, 2005

Ihtifal

Semalam aku ngan family aku kuar rumah awal lagi sebab sekolah adik aku kat Hulu Langat ade majlis ihtifal. Kuar rumah dalam pukul 8.30. Sampai kat Pekan Hulu Langat, we all isi perut dulu kat Kedai Mawaddah. Nasi lemak die boleh tahan ah. Diorang semua order nasi lemak and aku sorang je yang order roti telur. Roti telur die not bad jugak. The tarik die je yang tak der kick. Bak kata adik aku, nak kick minum kat kedai mamak. Banyak lak songeh die.

Lepas dah selesai makan, terus ke sekolah adik aku. Sampai2 jer majlis tak start lagi. Baru je aku duduk, majlis terus start on time. Masa tu ade penyampaian hadiah untuk pelajar cemerlang ngan penyampaian hadiah untuk rumah sukan. Nak kata ramai student kat sekolah adik aku ni tak lah jugak. Tapi, sampai rumah sukan warna hitam pun ade. Ahakssss. Tak pernah aku dengar.

Lepas majlis dah habis, aku one family dok borak2 bawah khemah ngan adik aku sambil menikmati makanan. Sessi borak2 berlangsung sampai pukul 1 lebih jugak. Sebelum zuhur we all dah berangkat balik sebab mak aku nak singgah kat Ampang Park sebab nak beli baju. Sebelum ke Ampang Park tu sempat singgah Petronas untuk sembahyang Zuhur. Aku sembahyang Jamak sebab mak aku kata from Ampang Park nanti terus nak ke Nilai sebab mak aku nak gi beli kain pulak kat Nilai.

Lepas solat, Terus ke Ampang Park. Sampai Ampang Park, Terus cari kedai baju FIRST LADY. Sampai je terus ah nak cari baju orang lain sebenarnya. Sebenarnya nak cari baju abang aku. Tapi, FIRST LADY kat Am[ang ni memang tak der baju lelaki. Kalau ade pun cawangan kat Jalan TAR. Maleh betul aku nak gi Jalan TAR. Nak2 hari minggu camni mesti jammed punya lah. Dah tak jumpa baju untuk abang aku, aku ngan mak aku lak yang terbeli jubah kat situ. Memang lawa ah jubah yang we all beli tu. Nak pakai dinner pun boleh. Memang lip lap lip lap lah. Ahaksss. Price pun ok. Tak lah mahal sangat. Dapat gaji nanti aku nak memborong lagi kat sini.

Lepas dah selesaikan urusan kat Ampang Park, terus menghala ke Jalan TAR. Memang nasib tak baik betul lah. Jalan TAR lak tutup hari ni. Tapi, still can shopping lagi. Abang aku drop we all kat Maju Junction. Yang turun nye, Abah, Mak, Aku ngan Syidah. Abang aku meneruskan perjalanan sebab die nak kena ambik kawan die lak. Turun2 tu, abah aku ajak masuk Maju Junction. Jalan2 ah sampai naik tingkat atas. Masuk Souk Al-Tar. Aku ngan adik aku dah berkenan ngan satu rantai kat situ. Nak beli tapi belum gaji lagi. So, kena lah bersabar sikit.

Sampai kat Famous Amos teringin lah plak nak makan aiskrim. Beli aiskrim. Hilang kempunan. Lepas t uterus ah berjalan di Jalan TAR tu dengan aman tanpa gangguan kereta, bas, lori, motor dan ape2 yang seangkatan dengannya. Polis tutup Jalan TAR semalam sebab ade perlumbaan basikal. Kalau selalu weekend camni kan bagus. Nak shopping pun tak berserabut ngan keadaan lalulintas.

Sampai kat FIRST LADY tu, terus cari baju untuk abang aku. Tak lama lepas tu, abang aku pun sampai kat FIRST LADY tu. Die parking sikit punya jauh. Kat Bangunan UMNO kat Chow Kit tu die parking kereta. Jauh lah jugak nak menapak. Abang aku sampai2 jer terus ah die try baju yang we all dah pilih tu. Baju tu untuk die nak gi dinner sebenarnya. Lepas die dah try and baju tu suits him very much. Terus ambik baju tu and pay for it. Lepas dah selesai urusan kat FIRST LADY, terus ke KFC untuk mengisi perut. Masa makan KFC tu mak aku decide yang we all semua tak jadi pegi Nilai sebab tahap kemalasan dan tahap kepenatan dah sampai ke tahap maksimum.

Lepas makan, kena menapak lah pulak ke tempat abang aku parking kat Bangunan UMNO Chow Kit. Nasib baik lah jalan ramai2. so, tak lah terasa penat sangat. Aku dah nak dekat sampai ngan tempat parking baru lah Jalan TAR tu di buka untuk laluan kereta. Nasib baik dah habis shopping. Lepas tu, we all terus heading to Sungai Buloh. Sampai rumah, terus solat asar. Lepas solat asar, lepak2 dalam bilik mak aku. Lepas solat maghrib kuar lagi. Kali ni pegi beli kek untuk my sis.

Lepas dah beli kek, ape lagi. Lepak Maju Ahmad. Mula2 decide nak minum2 jerk. Tapi, ter ‘order’ makanan lah pulak. Tak dapek nak nolong. Lepas dah habis session makan2 and borak2. heading back home and terus masuk bilik solat Isyak and tidur tak ingat punya coz esok kan hari isnin kena keje. Hari selasa aku cuti sebab nak kena ambik atok aku balik haji.

No comments: