Wedding Ticker

Daisypath Anniversary tickers

Birthday ticker

Lilypie Third Birthday tickers

Breastfeeding Journey

Lilypie Breastfeeding tickers

Birthday Ticker

Lilypie First Birthday tickers

Thursday, February 24, 2005

KLIA

Semalam aku ambik cuti satu hari sebab nak gi KLIA ambik atok aku balik haji. Pagi2 lagi dah kuar rumah sebab kena send abah kat Komuter Kuang. Kuar rumah dalam pukul 6 lebih. Selalu nye aku send abah kat Komuter Sungai Buloh jer. Tapi, semalam aku send kat Kuang sebab mak aku nak ajak aku gi Kundang sebab nak beli pasu.

Lepas dah send abah aku, terus aku ngan mak aku ke Kundang pulak sebab nak beli pasu. Sampai2 kat rumah makcik yang jual pasu tu, macam tak der orang lah pulak kat rumah makcik tu. Ketuk2 pintu rupa2 nye makcik tu takder kat rumah. Yang ade pun, anak die yang dulu senior aku kat sekolah. Baru lah aku tau yang makcik tu ade anak yang satu sekolah ngan aku dulu.

Tengok pasu kat rumah makcik tu, tak der lah pulak yang mak aku nak tu. Pergi lah pulak kat rumah makcik sorang lagi. Kat rumah makcik sorang lagi ni pun tak der jugak pasu yang mak aku nak. So, we all pun terus balik. Sebelum balik sempat singgah kedai beli lontong. Lontong ni memang feveret aku dari dulu. Memang murah ah Lontong kat sini. Sebungkus RM2 tapi, sebungkus leh makan 2 atau 3 orang. Memang banyak giler lontong die.Aku beli 3 bungkus 5 orang makan.

Balik rumah, sikit punya angin aku adik aku tido lagi. Kalau tak sebab aku cuti die dah kuar dah sekali ngan abah aku. Disebabkan aku cuti nil ah die still berpoya2 atas katil lagi dok berguling. Balik2 terus makan, lepas makan mak aku siap2 sebab nak gi kelas. Orang kalau dengar mak aku nak gi kelas cam ambik master or PHD jerk. Tapi, sebenarnya mak aku gi kelas agama. Ekekeke.

Lepas mak aku gi kelas, aku prepare sandwich. Mak aku yang suruh aku prepare sandwich sebab takut flight atok aku delay nanti. So, tak der lah gaduh lapar sebab dah bawak bekal. Jimat kan? Mak aku kalau bab jimat cermat tu bagi je kat die. Kalau anak die ni memang boros giler. Lepas dah prepare sandwich, aku ngan adik aku pun bersiap sebab dalam pukul 10.30 nak kena ambik mak aku kat rumah ustazah yang mak aku gi kelas agama tu. Tapi, sebelum tu aku call mak aku dulu tanya pukul beraper nak datang ambik. Pastu, mak aku leh jawab “U can come anytime”. Aku ape lagi siap sambung guling2 lagi.

Nak dekat pukul 11 baru aku siap. Aku ni walau pun lewat and adik aku siap awal dari aku, still aku yang awal siap dari die. Adik aku ni agak terhegeh2 sikit kalau nak bersiap. Menurun mak aku masa muda2. Tu yang abah aku bagitau aku adik beradik lah.

Lepas dah ambik mak aku, we all terus ke Kelana Jaya hantar adik aku. Die ade kelas hari ni. So, die tak ikut pegi KLIA. So, lepas dah hantar adik aku, terus ke KLIA ikut Kesas Highway.

Sampai KLIA dah pukul 12. masuk2 terus ah ke ketibaan Antarabangsa. Tengok orang haji tak der lah plak. Rupa2 nye diorang kuar ikut pintu ketibaan dalam negeri. Itu pun nasib baik la hade sorang pakcik tu yang bagitau. Kalau tak memang menunggu kat situ je lah. tunggu punya tunggu, at last atok aku kuar. Habis lah jugak sandwich ni dalam 2 bungkus. Ahakssss.
On the way balik tu, makan lagi sandwich. Maybe sebab kelaparan kot. Sampai Kelana Jaya dalam pukul 2. pastu, nak kena tunggu lah pulak sebab adik aku habis kelas pukul 2.30 petang. Sementara tu sempat call kakak ipar aku sebab nak mintak permission nak bawak dina balik Sungai Buloh sementara die ade banyak assignment nak kena siapkan. Malam aku send balik ah anak die tu.

Sampai rumah nak dekat pukul 3 lebih. Si dina dah merengek2 sebab masa ambik die tu die dok syok tido. So, cabaran pada aku lah sebab bukan senang nak tido kan budak tomei sorang ni. Nasib baik lah jugak hari ni senang betul nak tido kan die. Aku tepuk2 sikit je dah tido dah. Die ni tengok mood jugak lah. kalau mood die tak baik memang susah nak tido kan die. Nasib baik gak lah mood die hari ni baik.

Dina dah tido dengan aku sekali terlelap jugak. Bangun2 jam dah pukul 6 lebih. Dina bangun dulu. Bangun2 je terus senyum. Comei sungguh anak buah mak lang ni. Senyum je keje die. Senyum and tunjuk gigi die yang baru tumbuh. Lepas dah bangun tu, lepak2 tepi kolam sambil makan goreng pisang and suap Dina ngan buah kurma yang atok aku bawak balik. Suka benor die makan buah kurma tu. Dah habis satu, mintak lagi.

Lepas maghrib kuar ngan Syida bawak Dina sekali. We all gi Maju Ahmad mengisi perut yang kempunan ngan roti telur kat Maju Ahmad. Aku dah biase gi Maju Ahmad ni. Diorang semua dah kenal aku ngan family aku. Dah lah aku bawak Dina semalam. Diorang bantai kata tu anak aku. Mane lah pulak anak aku weh. Kawin pun belum lagi tau.

Lepas dah isi perut, ambik abah aku kat Komuter Sungai Buloh. Abah aku tatau yang Dina ade sekali. Pastu, abah aku siap lepas geram ah kat cucu kesayangan die ni. Mengekek-ngekek Dina gelak main ngan Datuk. Ekekekek. Lepas send Dina, terus balik Sungai Buloh.

Sampai rumah, borak ngan mak aku lagi. Dalam pukul 11 lebih aku dah surrender sebab aku kena gak tido sebab hari ni pepagi lagi aku kena kuar sebab nak hantar atok aku gi umah mak long aku kat Kampung baru.

No comments: