Wedding Ticker

Daisypath Anniversary tickers

Birthday ticker

Lilypie Third Birthday tickers

Breastfeeding Journey

Lilypie Breastfeeding tickers

Birthday Ticker

Lilypie First Birthday tickers

Thursday, April 14, 2005

Konvokesyen U*TM

Dah agak lama jugak lah rasa nya aku tak update blog ni. Ni semua gara-gara final exam U*TM yang memang tak bagi peluang langsung untuk aku update blog ni. Lepas je selesai final exam, aku sekarang ni sibuk pulak dengan exam intersesi pulak.

Pagi tadi kuar rumah pukul 7 pagi. Tu dah kira lewat tu. Lepas hantar adik aku kat kolej die, terus aku gi ofis. Sampai ofis pukul 7.59 pagi. Nasib baik sempat punch. Kalau tak, tak pasal2 jer merah. Dah lah dalam sebulan tak leh lebih daripada 4 kali merah. Kalau lebih, jadi satu hal lah pulak nak menjawab ngan penolong pendaftar aku.

Sekarang ni gi keje pun rasa aman je sebab student dah start cuti. Tapi, esok sampai lah 24hb April jadi huru hara lak U*TM ni dengan mak bapak student semua. Esok dah start majlis konvokesyen U*TM. Nampak gaya nye memang kena datang awal lah esok. Tak leh nak datang lewat2. alamatnye kalau datang lewat memang lah tak der parking.

Aku sekarang ni dah tak dok rumah sewa. Aku dah selesa berulang alik dari Sungai Buloh ke Shah Alam. Lagi pun, memang aku tak dok rumah sewa pun kalau student U*TM cuti. Tak der bas nak masuk U*TM tu. Tu yang aku ambik keputusan baik aku kuar rumah sewa tu daripada aku dok membayar tapi, aku tak duduk. Lagi satu, bebudak rumah aku tu start bulan 6 ni dah start pindah Berjuntai Bestari. Lagipun, biler lagi nak dok bawah ketiak mak aku kan. Sementara belum kawin nil ah nak dok ngan mak abah pun. Kalau dah kawin nanti, kena dok ngan suami. Ekekeekkeke.

Petang semalam, balik keje ambik Siti. Die nak balik Sungai Buloh. Lepas dah ambik Siti, terus gi ambik Syida pulak kat Kelana Jaya. Lepas tu, terus gi Giant Shah Alam sebab aku nak beli popiah kat situ sambil2 cuci2 mata. Dah lama aku tak gi Giant Shah Alam. Masuk MPH, beli buku. Aku ni memang pantang tengok novel baru. Tak der duit pun still boleh beli lagi. Mak aku memang akan membebel kalau aku beli novel baru. Membazir kata nya.

Sampai rumah je nak pukul 7 lebih. Balik2 tu, aku tengok mak aku dah siap2. rupa2 nya mak aku nak kuar ngan kawan die gi makan kat Rahman Putra Golf Club. Hehehehe.

Malam tu, tak der aktiviti lain selain tengok tv and tunggu berita astro pukul 11 malam sebab nak tengok muka abah aku keluar kat tv sempena pelancaran bulletin rentas KTMB. Lepas tu, mata dah tak larat nak bukak terus masuk bilik and tidur.

No comments: