Wedding Ticker

Daisypath Anniversary tickers

Birthday ticker

Lilypie Third Birthday tickers

Breastfeeding Journey

Lilypie Breastfeeding tickers

Birthday Ticker

Lilypie First Birthday tickers

Thursday, April 21, 2005

Member Induksi

Pagi-pagi tadi lagi sebaik je sampai ofis Deen budak induksi UiTM Machang dah call ajak aku ngan kak ila jumpa die. Die agak bosan sebab kena tunggu Ummi ngan Abah die keluar dewan sebab adik die Diana convo hari ni.

So, aku ngan Kak Ila pun tanak buat kan die lagi boring terus lah menapak ke HEP nak gi jumpa die kat situ. Hajatnye nak gi beli makanan kat café HEP je. Tapi, café HEP tutup lah pulak. Puas lah kitorang ni dok pusing2 cari budak Deen ni. Rupa2 nye die dok kat belakang café HEP. Dok tunggu dalam kereta.

Jumpa Deen, die ajak lak we all gi makan kat luar. Aku pun on je lah. asalkan jangan lama2 sudah lah. masa tu we all kuar ofis dalam kol 9 pagi. So, we all target dalam kol 10 lebih dah boleh masuk ofis balik ah.

Bawak Deen gi makan kat Section 2. Lepas dah makan2 and lepak2 sekejap, Deen bagi cadangan nak gi jumpa Jiha pulak kat Pusat Bahasa. Tengok jam kira ok lagi lah kan. So, off we go to Pusat Bahasa. Sampai Pusat Bahasa try call Jiha tak der lak orang angkat. At last, gamble jugak lah gi cari bilik die. Sampai2 kat bilik die memang best lah. Die dok sorang satu bilik lak tu. Aku pun dok sorang satu bilik tapi tak cam bilik die. Siap ade hi-fi ngan tv lagi tu. Jeles pun ade gak ni. Bilik aku nak masuk tv jangan harap ah wei.

Lepas dah borak kejap ngan Jiha, Jiha call Kak Mas lak suruh datang. Alamatnye, kalau Kak Mas datang pejabat Jiha memang lagi lama lah we all lepak kat situ. Kak Ila dah naik cuak dah takut Boss aku ade. Masa we all keluar tadi die tak masuk lagi.

Lepas dah borak2 & ambik gambar, terus suruh Deen hantar kitorang cepat2. dah naik cuak dah ni nak masuk ofis. Sampai2 ofis je nasib baik lah boss aku tak der. Selamat sehhhhhhhhh.


Esok pulak Deen ajak aku ngan Iera gi Berjaya times Square. Saje nak gi jalan2. Lagi pun, die dok menyewa apartmen kat situ ngan family die. Kalau ade peluang leh jumpa ngan family die. Boleh lah nak kenal2 orang satu negeri.

Deen ni asalnya classmate aku masa aku sekolah kat Machang dulu. Tapi, nak wat camane masa dulu budak2 lagi mane lah nak ingat sangat. Tapi, memang we all satu kelas lah. bile jumpa balik kat induksi masing2 boleh gelak bile mengenangkan yang we all ni dulu satu kelas. Seronok ah bile kenang balik kisah2 dulu. Waaaaaaaa, rindu jugak kat kawan2 lain. Bile lah agak nye nak jumpa balik.


No comments: