Wedding Ticker

Daisypath Anniversary tickers

Birthday ticker

Lilypie Third Birthday tickers

Breastfeeding Journey

Lilypie Breastfeeding tickers

Birthday Ticker

Lilypie First Birthday tickers

Saturday, April 30, 2005

Seminar Islam Hadhari

Semalam, seharian aku tak masuk ofis sebab kena hadirkan diri ke seminar kat UPM. Seminar tu bertajuk Percambahan Pemikiran Terhadap Islam Hadhari. Dalam surat tulis kena berkumpul kat Kolej Seroja pukul 7.30 pagi. Yang aku ni lak bukan lah nak kata excited sangat pun nak pegi. Sampai sane dalam pukul 6.50 pagi. Aku kuar rumah dalam pukul 6.15 pagi sebab nak kena hantar abah aku pegi stesen komuter Batu Tiga. Abah aku pun ade seminar kat Royal Adelphi Seremban.

Aku tunggu Marina sampai. Dalam pukul 7.30 pagi baru lah die memunculkan diri. Aku parking kereta kat Kolej Seroja je. Kat sane lak jumpa geng lah pulak. Dalam pukul 8.30 pagi baru lah bas bertolak ke UPM. Dalam bas rasa mengantuk lak. Tapi, tak leh nak tido lah pulak. Tetiba Yana tegur aku tanya sama ade aku nak tengok gambar tunang die ke tak. Aku pun kata lah aku nak tengok. Yana ni kawan baik aku masa aku ambik diploma fashion design dulu. Dulu die keje kat Fakulti Art & Design. Sekarang ni die dah pindah masuk Fakulti Pengajian Maklumat kat Puncak Perdana. Aku sikit punya terkejut tengok gambar tunang die.

Tunang die ni rupa2 nye bekas pakwe die dulu. Dulu die suruh aku teka, kalau tak silap aku, aku dah teka dah nama this guy. Die lak dok kata bukan. Rupa2 nya die segan nak bagitau aku yang akhirnya tunang jugak dengan this guy. Punya lah aku ngan die gelak dalam bas tu. Aku cakap kat die, tu lah ko dulu benci sekarang dah sayang. Ambik ko. That guy memula dulu dok merayu bagai nak rak kat Yana ni sebab Yana tanak terima die sebab dalam masa yang sama dah ade orang nak masuk meminang Yana ni. Tapi, masa tu mak Yana ni tanak terima orang lain lah pulak selain daripada that guy. Naya jer mak Yana ni. Merayu punya merayu, cair lah jugak hati Yana ni. Tapi, die kata sekarang ni die kena tegas ngan that guy yang jadi tunang die ni. Aku pun kenal jugak lah ngan tunang die ni. Tak sangka lah ko Yana ek. Bulan 8 ni dah nak nikah dah. Semoga berbahagia lah ek dengan that guy.

Sampai kat UPM, lepas pendaftaran terus diorang suruh makan pagi dulu. Lepas minum pagi, masuk dewan, ingatkan nak dok lah barisan belakang. Tak tercapai jugak lah hajat nak dok barisan belakang sikit from pentas. Orang tu bawak we all gi barisan depan. Kacau sungguh. Tapi, bile start ucapan daripada tuan pengerusi, Aku, Yana, Marina, Cik Ana, Kak Ram ngan Kak Ani ni dok keje menyembang jerk. Lepas satu topic ke satu topic. Aku dok sebelah Yana. Tau ah aku ni bile jumpa Yana memang takkan habis punya berborak. Dah ah sikit punya lama dah tak jumpa minah ni since die pindah Puncak Perdana. Nasib baik lah die ade hari ni. So, tak der lah boring aku ni.

Lepas dah habis seminar, makan2 session. Memang geng2 aku ni selamber giler ah. Siap ambik papadum tu bungkus bawak balik makan atas bas. Sabo je lah aku. Dalam bas kena dok belakang sekali sebab depan semua dah penuh. Pening kepala aku ni dok kat belakang sekali. Sempat tido kejap. Sedar2 dah sampai Shah Alam. Awan gelap gile. And tak lama lepas tu hujan. Sampai UITM pukul 3 lebih. Terus berlari ke kereta. Dah nak keluar UITM baru teringat yang En. Khairul tumpang simpan kunci lab kat dalam kereta aku. Terpaksa lah patah balik ke Seroja. Tengok2 En. Khairul dah tunggu. Die mintak aku tumpangkan sampai kat Fakulti and die tanya aku, tak masuk ofis balik ke. Aku pun jawab ah malas nak masuk balik sebab dah pukul berape kan. So, cam tak berbaloi nak masuk ofis balik. Balik singgah beli pisang goreng kat sek 8. lepas tu, terus send Yana balik Meru. Lepas tu terus balik rumah.

Sampai rumah bukak internet. Dalam pukul 6 petang kuar balik sebab nak ambik abah aku and sambil2 tu mak aku ajak aku singgah SSF sebab mak aku nak beli bekas nak letak mas kahwin abang aku. Sampai2 SSF, mak aku dok sibuk cari renda kat bahagian atas. Lepas dah selesai urusan kat tingkat atas, terus ke tingkat bawah pulak sebab nak cari bekas tu. Pastu, aku ngan mak aku serentak terpandang pulak ke satu balang yang ade lilin kat bahagian dalam. Terus aku suggest kat mak aku suruh buat camtu je sebab abang aku bagi mas kahwin dalam bentuk syiling RM1 sebanyak RM100. Cincin nikah pulak kite letak ah kat atas lilin tu. Cun giler. Abah aku pulak tak banyak soal terus setuju.

Lepas dah habis urusan kat SSF terus balik rumah. Menu malam ni ikan masak singgang ngan ikan goreng jer. Simple sangat2. Dalam pukul 10.30 malam aku dah masuk tido dah. Memang letih yang amat.

No comments: