Wedding Ticker

Daisypath Anniversary tickers

Birthday ticker

Lilypie Third Birthday tickers

Breastfeeding Journey

Lilypie Breastfeeding tickers

Birthday Ticker

Lilypie First Birthday tickers

Thursday, May 12, 2005

Cerita Semalam & Hari Ini

Semalam and hari isnin aku memang bz gile sampai tak sempat nak update blog aku nih. Bz pun sebab kat ofis ni ade ISO. So, nak kena prepare semua dokumen yang diperlukan oleh Internal Audit. Penat memang penat. Tapi, nak wat camane kan, tanggungjawab kena selesaikan jugak.

Semalam turn aku untuk di audit tentang perihal peperiksaan sebenarnya kol 12. tapi, dah terlewat setengah jam lah pulak. Sabo je lah aku. Macam2 yang disoal masa internal audit tu dan alhamdulillah semua keje yang aku buat tu mengikut prosedur yang ditetapkan. Dan satu hal lagi, lepas ni semua bengkel penggubalan soalan peperiksaan tidak boleh diadakan di hotel2 luar daripada U*TM lagi. Selalu nye fakulti tempat aku bekerja ni akan buat di hotel2 untuk tujuan sessi penggubalan kertas soalan. Tapi, kali ni kena buat sama ada di Hotel U*TM atau pun Pusat Latihan U*TM kat Kampung Gajah. Bosan betul aku.

Hehehe, at least boleh jugak melepas kerinduan pada Kampung Gajah tu. Teringat lak aku kat member2 Induksi masa kat Kampung Gajah tu. Rinduuuuuuuu.

Talking about member Induksi aku, Isa ngan Deen ade kat Shah Alam sekarang ni. Diorang dok kat kolej perindu sebab diorang ade training bola tamper kat sini. diorang ade call aku semalam ajak aku gi makan. Tapi, aku tak leh nak tinggalkan ofis pulak tu sebab ISO. Maybe hari ni kot aku gi jumpa diorang ajak gi lunch sekali. Nak gi ofis Iera jauh lah pulak kat Puncak Perdana. Kalau dekat aku dah terjah dah ofis die tu. Boleh aku bawak Isa ngan Deen sekali.

Aku baru terfikir hari ni aku ingat nak ambik half day lah. rindu pulak aku kat besfren aku tu. Dah majuk lah pulak ngan Deen & Isa sebab diorang tak call die. Ekekekek. Aku baru dapat tau Kak Roha ngan Muhadirin budak U*TM Melaka pun ade kat sini training sekali ngan diorang. Semua budak2 sukan memang tengah dok training sekarang ni sebab akhir bulan ni ade sukan U*TM kat U*TM Machang.

Awal bulan Jun pulak ade Family Day kat U*TM dungun. Memula aku dah bagi nama dah. Ingat nak join lah family day U*TM ni. Tapi, bile dah bagi nama terus teringat yang x officemate aku pulak kawin time tu. Terus aku cancel pegi family day tu.

Petang ni pulak nak kena balik awal. Mak aku ajak aku gi edar kad kat rumah kawan2 mak aku. Semalam dah bagi dah 200 keping kad kat Pak Ngah Abu suruh bagi kat orang2 kampung. Aku rasa jemputan kali ni lagi ramai kalau nak bandingkan jemputan yang masa abang aku yang nombor 2 tu kawin. Memang dah kira2 balik memang bertambah tau jemputan sekarang kalau nak dibandingkan dengan jemputan dulu.

Malam tadi pegi Makro. Dah beli lah sikit2 barang nak buat kenduri as in tissue paper, minyak, bawang, beras semua tu. Door gift yang abah aku order from Pakistan pun dah sampai. Kalau kira2 door gift tu memang tak cukup. Abah aku order 1,000 tapi, yang siapnye 800 je sebab masa tu kawan yang abah aku order door gift ni nak balik Malaysia dah. Nampak gayanye memang kena beli something else yang lagi 200 tu. Sekarang ni tinggal nak ikat2 pot pouri je nak masukkan dalam gelas marble tu.
Malam tadi, mak aku dok menyiapkan bakul untuk letak door gift tu kol 3 pagi baru siap. Adik aku lak dok ikat2 pot pouri tu tak der lah sampai tido kol 3 pagi. Kol 2 pagi die dah lentok dah. Die keje mengikat. Aku lak keje memotong kain net tu. Aku memang tak larat nak stay up sampai kol 2, 3 pagi. Aku keje maaaaa. Mane leh stay up sampai lewat2 camtu. Karang, tak pasal2 je lentok aku masuk ofis.

Cakap pasal persiapan kawin ni, aku terlupa lak nak bagi kad kat photographer yang akan cover majlis kenduri kat rumah aku. Padahal ofis die ngan ofis aku dekat je. Boleh lak lupa nak bagi kad kat die. Tengahari ni kot maybe gi kejap jumpa die gi bagi kad.

Tengah banyak keje sebenarnya ni tapi, sempat jugak nak update blog. Karang, kalau tak update, bersawang lak. Ehehehe.

No comments: