Wedding Ticker

Daisypath Anniversary tickers

Birthday ticker

Lilypie Third Birthday tickers

Breastfeeding Journey

Lilypie Breastfeeding tickers

Birthday Ticker

Lilypie First Birthday tickers

Tuesday, May 17, 2005

Selamat Hari Guru

Entry aku kali ni aku nak ceritakan kisah aku yang jadi guru sandaran ataupun guru ganti selama 6 bulan. Rupa-rupa nya memang best jugak sebenarnya jadi cikgu ni.

Memula aku memang tanak jadi cikgu ni. Tapi, besfren aku Iera tu yang beria-ia ajak aku jadi cikgu sekolah rendah dan kebetulan pulak masa tu keje susah nak dapat. Aku ni dok lah terperap kat rumah sampai mak aku pun dah bising2 suruh aku cari keje. Dan nak dijadikan cerita pulak masa tu besfren aku ni dah jadi cikgu dah masa tu. Jadi cikgu mengajar bebudak darjah 4. kalau tak silap aku die ganti cikgu yang cuti bersalin kot. Aku tak pasti lah yang tu kan. Die siap call aku bagitau yang kat sekolah tu ade jawatan kosong. Kena jadi cikgu Bahasa Inggeris sebab kebetulan ade sorang cikgu ni cuti belajar. Aku ingat lagi nama cikgu tu, Cikgu Juhan. Hehehehe.

Member aku ni ajak aku gi pejabat sekolah tu untuk di interview lah konon2 nye. Bukan interview ape pun. Diorang just tengok aku punya sijil SPM. Pastu, terus aku leh dapat jadi cikgu. Memang sempoi ah. Aku datang pejabat tu waktu pagi. Die suruh datang terus petang tu mengajar budak darjah 3. nasib baik masa tu buku2 semua diorang dah siap bagi lah. sekali ngan buku rekod persediaan mengajar. Tengahari tu aku datang, aku terima arahan dari salah seorang cikgu ni mintak supaya aku jadi guru kelas untuk kelas 3 Utarid. Aku memang tatau menahu lah keadaan kelas ni camane kan. Cikgu2 yang lain siap pesan suruh aku sabar lah kan hadapi kerenah bebudak darjah 3 Utarid ni. Aku ingat diorang nasihat sekadar nasihat je lah kan. Rupa-rupanya kelas tu kelas yang paling corot dan bebudak dalam kelas tu semua nakal2. tak kira laki ke pompuan. Semua nakal2 dan kelas tu hamper kesemua student nye orang Kemboja ngan Indonesia. Memang betul2 menguji kesabaran aku. Kena lak jadi guru kelas. Lagi lah menguji kesabaran. Jadi guru kelas ni, bukan sekadar mengajar Bahasa Inggeris jer. Tapi, aku kena ajar hamper kesemua matapelajaran termasuk Bahasa Melayu, Matematik, Bahasa Inggeris, Pendidikan Seni & Pendidikan Jasmani.

Pernah satu hari ni aku denda sorang pelajar perempuan berdiri atas kerusi sebab die tak bawak buku latihan. Kalau sekadar tak bawak buku latihan tapi dok senyap tak per gak. Ni die pegi lak kacau kawan2 die buat keje. Aku ni dah hangi satu badan terus lah suruh budak tu berdiri atas kerusi. Nak dijadikan cerita Penyelia Petang sekolah tu tengah meronda kat kawasan kelas aku. Ape lagi, time tu jugak aku kena suruh budak tu turun daripada kerusi. Diorang memang tanak amalkan denda2 camtu. Takut mak bapak marah. Geram betul aku. Aku bukan nye sengaja nak denda camtu. Tapi, budak tu dah buat hangin aku naik satu badan kan takkan nak biar. Meletup karang lagi naya. Bukan nye aku pukul pun budak tu. Kalau aku pukul ke ape ke lain ah citer nye.

Lepas nak dekat 4 bulan aku mengajar kelas darjah 3, aku sambung lak kontrak mengajar budak darjah 2 pulak and alhamdulillah aku dapat kelas yang pandai-pandai lah jugak. Yang ni pun kena jadi guru kelas. Guru kelas darjah 2 ni cuti bersalin. So, aku kena ganti guru kelas ni. Nasib baik sebelum ni aku memang dah ade experience jadi guru kelas. So, tak der lah kekok aku nak wat keje tu. Dan aku rasa senang mengajar budak2 yang cerdik pandai ni kalau nak dibanding kan dengan kelas yang sebelum ni. Diorang ni semua dengar kata. Dalam masa yang sama aku mengajar kelas darjah 2 yang lain. Aku mengajar Bahasa Inggeris jugak masa ni. Tak susah nak mengajar ni sebenarnya. Yang penting, kite kena tau lah sikit2 basic matematik ke, Bahasa Melayu ke, Bahasa Inggeris ke. Dalam masa aku jadi guru kelas darjah 2 ni diadakan pulak hari terbuka untuk para ibubapa datang ke kelas untuk berjumpa guru kelas untuk ambik report card. Macam2 ragam ibubapa ni sebenarnya. Ade yang kisah ade pulak yang tak kisah langsung pasal perkembangan anak2 kat sekolah. Ade sorang bapak budak tu siap tanya aku ade rotan ke tak kat kelas ni. Die kata lagi, kalau tak der rotan die nak sediakan. Die suruh aku rotan anak die kalau anak die nakal. Tapi, jangan sampai patah or cacat sudah. Hehehehe. Bapak budak sudah bagi Green Light. Tapi, aku tak der lah sampai merotan tak tentu pasal.

Yang aku rasa beruntung pasal aku jadi guru ni sebab aku berkesempatan menyambut hari guru. Memang seronok sangat lah sambut hari guru ni sebenarnya. Baru lah aku tau ape perasaan cikgu-cikgu aku dulu sambut hari guru. Seronok sangat sebab dapat banyak hadiah. Sampai tak cukup lah tangan aku nak tampung hadiah tu semua. Budak2 sekolah rendah ni best bukan sebab ape tau, diorang ni walaupun cikgu tu tak mengajar dia tapi, kalau dia suka cikgu tu mesti dia nak bagi hadiah. Ekekekeke. Aku ah salah seorang cikgu tu. Aku ade dapat hadiah dari sorang murid lelaki ni yang aku memang tak pernah mengajar dia langsung. Tapi, sekadar masuk kelas dia sebab aku kena ganti guru kelas dia yang tak datang. Hehehhe. Untung sebenarnya jadi cikgu. Hadiah dapat. Pahala pun dapat sebab kita ni mendidik anak bangsa supaya jadi insan berguna.

Yang aku terharu nye jadi cikgu ni sebab bekas-bekas pelajar aku kalau jumpa aku kat luar still panggil aku TEACHER@CIKGU. Seronok betul aku rasa. Memang gelaran cikgu ni akan kekal ke akhir hayat. Punya lah berjasa cikgu ni.

Dikesempatan ini, aku nak ucapkan Selamat Hari Guru pada bekas-bekas cikgu aku kat Sekolah Kebangsaan Ayer Molek, Johor Bahru, Methodist Girls School (2), Kuala Lumpur, Senior Methodist Girls School, Kuala Lumpur, Sek. Men. (A) Al-Huda Machang, Kelantan & Sek. Men. Keb. Bukit Gading, Sungai Buloh, Selangor. Terima kasih cikgu-cikgu semua kerana mendidik diriku ini supaya menjadi seorang insan yang berguna. Semoga cikgu-cikgu semoga dilimpahi rahmat dari ILAHI tak kira di mana cikgu-cikgu semua berada (Sebak lah pulak).

Dan tak lupa juga pada semua guru-guru seluruh Malaysia yang menyambut hari guru pada hari ini.

No comments: