Wedding Ticker

Daisypath Anniversary tickers

Birthday ticker

Lilypie Third Birthday tickers

Breastfeeding Journey

Lilypie Breastfeeding tickers

Birthday Ticker

Lilypie First Birthday tickers

Friday, May 06, 2005

Very Long Entry

Hari ni masuk ofis senyap sunyi jerk ofis. Ape tak sunyi nye. Penolong Pendaftar aku gi kursus induksi. Yang lelain plak dari pagi tak masuk ofis sebab di hantar untuk mendengar ceramah perdana sempena Maulidur Rasul.

Lately ni memang aku busy giler sebab isnin ni ofis aku ni nak ISO. And thank god sebab ISO ni diadakan isnin ni. And nasib baik lagi sebab penolong pendaftar aku dah approve cuti aku. Yahoooo. Aku akan bercuti straight seminggu. Nak rehatkan otak dan minda. Sebab-sebab aku mohon cuti awal ni bukan ape, aku takut kalau mohon cuti lewat, takut cuti dibekukan. Naya je. Dah lah aku ambik cuti ni pun sebab nak bawak sedara mara aku yang dari Bangkok berjalan. Diorang pun bukan nye selalu datang pun. Diorang datang ni pun sebab menghadiri kenduri kahwin abang aku.

Bawah ni aku cerita perjalanan hidup aku from 1st May ok.

1st May 2005

Alhamdulillah, abang aku dah selamat diijabkabulkan pada 1 Mei lepas dengan sekali lafaz. Lepas ni boleh lah sambut anniversary sekali ngan Paksu@Maksu dan Birthday Kak Mah. Hehehe. Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar dan tiada gangguan dari pihak luar. Mak ngan abah aku dah boleh tarik nafas lega sebab anak sulung die dah lepas. Mak aku kata lepas ni giliran aku pulak. Ahahaha. Tu kena tungguuuuuuuu.

Sedara mara aku yang akan ikut rombongan berkumpul seawal pukul 8 pagi lagi kat rumah aku kat Sungai Buloh. Mak aku memang dah cakap awal-awal kat sedara mara aku ni yang diorang tak payah makan kat rumah diorang. We all dah sediakan dah makanan kat sini. Antara menu yang we all sediakan ialah Mee Goreng, Kuih Sagu, Sandwich dan Agar-agar coklat. Sambil2 makan, kak fiza sibuk touch up barang hantaran. Tak der ape pun barang hantaran nye. Ade 3 dulang je. Dulang pertama, baki wang hantaran, dulang kedua mas kahwin ngan sebentuk cincin dan dulang ketiga kuih. Simple kan. Sebab masa bertunang dulu diorang dah bagi hantaran dah yang berupa handbag, kasut dan segala2 nye lah kan. So, bile nikah ni bawak ape yang penting je. Kalau orang J*hor lain pulak kan. Kalau masa bertunang dah bawak, masa nikah pun kena bawak jugak yang macam masa bertunang. Tu ikut adapt negeri masing2 lah kan.

Lepas dah siap semua nya we all turun dari rumah pukul 11 lebih sebab nak nikah nye pukul 2 petang. We all semua berkonvoi dengan 7 buah kereta semua nya. Alhamdulillah perjalanan berjalan lancar and we all sampai kat rumah pihak perempuan pukul 2.30 petang sebab sebelum tu we all semua singgah masjid sebab abang aku nak sembahyang Zuhur dulu sebelum die diijabkabulkan. We all semua tak berenti sembahyang sebab we all semua ingat nak Jamak je. So, yang pompuan ni berenti masjid pun sebab nak touch up muka.

Lepas dah selesai hal kat masjid, terus ke rumah pengantin pompuan. Sampai2 memang diorang semua dah tunggu kedatangan we all. And nasib baik lah Tok kadi tak sampai lagi. Sementara dok tunggu tok kadi sampai, borak2 lagi lah aku ni ngan cousin aku. Macam2 topik yang terkeluar.
Tengah syok2 dok borak, tok kadi sampai. Sayu lah pulak aku ni bile tiba time tok kadi tu nak nikahkan abang aku. Aku tengok mak aku dah berlinang dah air mata. Bukan air mata sedih tapi air mata gembira. Dan alhamdulillah abang aku telah selamat bergelar suami orang dengan sekali lafaz jer. Masa pengantin perempuan dok salam mak aku, mak aku dah teresak-esak dah menangis. Lepas aku tengok mak aku nangis, mak long, makcik ngan kakak ipar aku dah nangis. Aku ni dah lah tak leh tengok orang nangis, mesti aku pun nak meleleh gak air mata aku ni nak nangis jugak. Anyway, I’m happy for u Bro. Semoga berkekalan sehingga ke akhir hayat. Insyaallah.

lepas tu, makan lah pulak. Lepas makan, aku ingat dah selesai dah. Rupa2nya sesi potong kek pulak. Kali ni Kak Mah pun join sekali sebab potong kek sempena anniversary paksu@maksu and birthday kak mah. Tapi, paksu ngan maksu tak leh join sebab diorang ade kat Kelantan. Maksu aku tengah berpantang sekarang ni selepas melahirkan baby bo. Nama baby boy tu Ahmad Abidurrohman.

We all gerak dari rumah pengantin perempuan pukul 3 lebih and sebelum tu singgah masjid untuk solat. Lepas solat, abah aku singgah Kuala Selangor rumah kakak ipar mak long aku. Aku, kak ya, syida, abang azzam ngan siti terus ke Taman Tun sebab nak ambik budak comei tu (Baby Dina) balik sungai buloh. On the way ke Taman Tun tu, singgah Shell sebab aku nak beli ais krim. Nak kumpul mata punya pasal, aku kena kuarkan duit belanje diorang semua. Tak per ah kan Sekali sekala. Aku punya mata walls tu pun dah cukup tapi tak gi tukar2 pun lagi ngan kad gores. Tak der masa lah nak gi.

Lepas ambik Dina, balik Sungai Buloh dah malam. Dina sekarang ni dah pandai geram2 ngan Mak Teh (Adik aku). Die pantang tengok Mak Teh die baring sikit. mesti die tarik rambut Mak Teh and buat muka geram die tu. Alahai comel sangat. Ade satu ketika tu die buat geram2 die tu sampai menangis. Ape lah Dina ni. Comel nye lah anak buah Mak Lang ni. Bile lah nak boleh berjalan ngan bercakap ek? Kalau dah berjalan ngan bercakap lagi lah bertambah comel.


2nd May 2005

Bangun lewat hari ni sebab semalam dah penat giler. Takder ape2 aktiviti melainkan dok kat rumah seharian surf internet, tengok tv, makan, tido and surf internet, tengok tv, makan, tido dan lagi. Sungguh bosan hidup aku hari ini. Malam pulak tengok Konsert Akustik Siti Nurhaliza. Family aku memang minat Siti Nurhaliza ni. Biaq pi kat oghang nak kata ape pun. We all semua tetap minat jugak kat Siti Nurhaliza.


3rd May 2005

waaaaaaaaa. Malas nye nak bangun. Tu lah lama sangat cuti. Hari ni dah malas nak bangun pagi nak gi keje. Tapi, kena gagahkan jugak diri ni untuk bangun. Hari ni kena jugak gi keje sebab ade sorang prof. omputih ni buat moderate exam paper. Kalau tak kerana omputih tu aku dah ingat nak ambik emergency leave jerk. Bosan nye. Tapi, nasib baik lah teringat yang aku kena gak kumpul cuti weh untuk balik kampung akhir tahun ni sebab sepupu aku kawin ngan owing kelantan. And mane lah tau kan takut aku ni kawin hujung tahun ni. Karang menggagau takder cuti nak kawin.

So, kesimpulan nye, kena jugak gi ofis. Takder ape pun yang menarik selain aku kena layan lah kehendak owing putih ni. Bukan layan ape pun. Kalau die nak paper, aku kena bagi die paper. Kalau die nak minum, aku buat kan air. Waaaaaa, jadi tea lady lah pulak aku hari ni. Takder dalam senarai keje aku langsung. Sabo je lah aku.

Ape2 pun, hari ni hari yang paling tak sibuk bagi aku kat ofis. Aku still boleh dok rileks lagi lah buat masa ni. Kalau dah bukak semester memang tak menang tangan aku buat keje. Nasib baik lah student cuti 3 bulan. Kalau tak, naya je memang tak der rehat langsung.


No comments: