Wedding Ticker

Daisypath Anniversary tickers

Birthday ticker

Lilypie Third Birthday tickers

Breastfeeding Journey

Lilypie Breastfeeding tickers

Birthday Ticker

Lilypie First Birthday tickers

Sunday, June 26, 2005

Sekian Lama Tak Update

Hari ni hari sabtu last we all semua keje hari sabtu. Gembira tak terkata semua orang dalam ofis aku ni. Bukan ape, memang dah lama sangat tunggu saat camni. So, lepas ni boleh lah kalau nak qada’ tido ke nak dating dari pagi sampai malam ke hari sabtu kan. Bagi aku ni, dok umah je lah kot. Dan yang aku pasti, bile tiba hari isnin memang akan malas nak pegi keje sebab dah cuti dua hari. Monday blues lah pulak kan.

Suasana kat ofis aku memang happening sangat lah. Hari ni diorang siap buat makan-makan lagi tu. Tak sabar nak tunggu balik ni. Aku ingat nak buat OT lah hari ni. Tapi, tak leh nak buat OT lah pulak sebab aku nak kena balik awal coz nak hantar adik aku kat KL. Die ade translation class kat DBP. Die sekarang ni ambik Diploma in Translation. Adik aku yang ambik TESL ni memang minat translation sebab tu abah aku send die masuk kelas tu. Cita-cita die satu hari nanti nak jadi translator kat tv. Moga2 tercapai lah impian adik aku tu satu hari nanti.

Maybe lepas hantar adik aku pegi kelas, maybe aku ngan adik aku lagi sorang tu jalan2 je kot. Tak pun pegi KLCC. Malas nak balik umah sebab pukul 5 petang nak kena ambik adik aku tu sebab die habis kelas kol 5. Lepas tu, tak der nak merayau ke mane2 dah sebab hati ni dah tak sabar nak balik umah nak prepare ape2 yang patut atau nak masak ke sebab usually kalau hari sabtu memang akan makan malam awal sebab kol 8.30 malam semua akan tercongok depan tv sebab nak menonton konsert AF. Setiap minggu aku tak sabar nak tengok Mawi perform.

Tahun ni favourite aku MALIX (Mawi ngan Felix). Aku memang takkan kering gusi kalau ade budak berdua tu. Aku tak dapat bayangkan kalau dua orang budak tu tak der. Aku pun tatau lah ape keistimewaan budak berdua tu hingga membuatkan aku minat giler kat diorang berdua. Yang aku tau bile aku tengok Mawi, tenang je hati aku ni. Dengan mata die yang redup tu memang aku minat ah. Tapi, kadang2 tu geram jugak ngan budak berdua ni tau. Langsung tak serius dalam kelas.




Gambar-gambar kat atas ni masa aku pegi Segamat hari tu ngan member-member induksi aku. Kenduri kawin Zam. We all ni semua wakil Shah Alam. SELAMAT PENGANTIN BARU ZAM. Semoga berbahagia ke Akhir Hayat.




Gambar ni pulak masa we all singgah UiTM, Segamat masa on the way balik dari rumah Zam. Sesaje singgah UiTM tu nak ambik gambar menandakan kami semua pernah ke UiTM, Segamat.

No comments: