Wedding Ticker

Daisypath Anniversary tickers

Birthday ticker

Lilypie Third Birthday tickers

Breastfeeding Journey

Lilypie Breastfeeding tickers

Birthday Ticker

Lilypie First Birthday tickers

Sunday, June 12, 2005

Setelah Kian Lama Menyepi

Dah agak lama lah jugak aku ta update blog kesayangan aku ni. Aku bukan nye tanak update blog ni. Cuma nye sekarang ni aku memang betul2 tak der masa sangat2. Memang limited lah masa aku ni. Aku amat bz sekarang ni kat ofis dengan rayuan student meneruskan pengajian and proses rayuan semak semula. Aku bukan sesaje tanak update blog ni. Aku balik rumah dah pnat. So, kesudahannya aku tak der lah update blog ni.

Kat ofis aku sekarang ni kalau nak guna internet pun ade hadnye. So, kena pandai2 lah kan. Karang kantoi tak pasal2 je. So, masa aku nak update pun kat rumah je lah. Nasib baik jugak lah kat rumah ade internet kan. kalau tak der susah jugak tu.

Hari ni hari sabtu. Sabtu tak keje lak tu. tu yang aku boleh update sikit2 pasal rutin harian aku hari ni.

Pepagi ni, mak aku kejut semayang subuh then mak aku terus ajak aku pegi kedai sebab nak pegi beli lauk untuk makan tengahari. Nasib jugak masa tu aku dah mandi dah. mak aku je yang turun bile dah sampai kedai. Bukan aku tanak turun kat kedai tu. Tapi, kepala aku ni masih weng lagi. Al-maklum jer lah kan baru sangat2 bangun tido. Sebelum tu dah bangun dah semayang subuh. Pastu, biaser lah kan tido balik. hari bekerja tak leh buat camtu. Hari minggu je yang boleh buat.

Balik dari kedai, masak spageti goreng. Lepas makan, lepak tengok VCD NEW YORK MINUTE. Dah lama dah beli VCD tu, tapi sekarang ni baru ade masa nak tengok. Lepas tengok NEW YORK MINUTE, tengok pulak VCD CINTA FOTOKOPI. Habis tengok VCD, masa untuk memasak. Menu tengahari ni, sayur lemak ngan ikan goreng berlada. Seperti biaser, aku ngan mak aku yang masuk dapur. Tapi, mak aku lah yang banyak masak. Aku ni harap goreng ikan jer lah.

Lepas makan sepatutnya aku kena send adik aku kat KL. Die ade kelas translation kat DBP hari ni. Tapi, aku lepas ah minggu ni dari send die sebab kebetulan pulak abang aku nak kuar. So, abang aku lah yang kena send adik aku. So, aku boleh bersenang lenang kat rumah ni. Tu yang aku boleh update blog ni.

Cerita pasal AKADEMI FANTASIA, aku tak sabar nak tunggu konsert malam ni. Favourite aku ialah Mawi & Felix. Sape lah pulak yang akan terkeluar minggu ni. Aku harap sangat lah ade yang terkeluar minggu ni. Aku dah naik bosan dah tengok ramai2 sangat dalam AF tu. kalau ikut undian yang paling bawah setakat ni Reza yang akan terkeluar. tapi, macam2 boleh terjadi di saat terakhir kan. Kita tunggu dan lihat je lah malam ni.

No comments: