Wedding Ticker

Daisypath Anniversary tickers

Birthday ticker

Lilypie Third Birthday tickers

Breastfeeding Journey

Lilypie Breastfeeding tickers

Birthday Ticker

Lilypie First Birthday tickers

Monday, June 13, 2005

Weekend Updates


Pagi ni aku bangun agak lewat. Pukul 10 pagi baru terkial-kial nak bangun. Lepas semayang subuh tadi, terus tido balik sebab mak aku dah cakap kat kitorang semua pagi ni tak payah prepare breakfast sebab tengahari ni ade dua kenduri nak kena pegi. Satu kat kampung aku ni. Satu lagi kat Seremban rumah atok sedara aku. Kalau tak der kenduri memang kitorang semua kena bangun pagi sebab nak kena prepare breakfast. Bukan selalu aku dapat tido sampai kol 10 pai kalau hari minggu. Memang rutin hari minggu pun kena bangun awal. Nak buat camane kan, dah peraturan dalam rumah ni. Sekali sekala takpe.


Dalam pukul 11 lebih, we all semua dah kuar rumah sebab nak gi kenduri rumah kawan mak aku masa mak aku dok kat England dulu. Aku satu family jadi 1st guest. Kalau bukan sebab we all satu family tak pegi Seremban memang tak der nye datang awal camtu. Ni sebab nak menghala ke Seremban sebab tu lah datang awal. Lepas dah siap2 makan, sampai pulak kawan2 mak ngan abah aku yang masa study kat england dulu. Seronok je kan bile jumpa kawan2 lama. Ni mengingatkan aku tentang reunion kelas aku. Memang nak buat tapi, still tak der masa lagi lah nak organise.

Lepas dah habis chit chat, terus menghala ke Seremban. Pakcik dah tunggu kat Sungai Besi sebab nak saing sekali ke rumah Tok Wan aku tu. Lepas tu, terus menghala ke Seremban and stop kat R & R Seremban, tunggu Mak Long aku pulak sebab die anak beranak pegi NILAI 3.

We all sampai2 kat rumah Tok Wan aku tu dah pukul 2. Aku tengok diorang semua cam dah lipat meja and susun kerusi. Takkan dah habis kenduri kot. Rupa2 nya memang dah style diorang camtu. Kol 2 lebih je orang dah tak der. Kalau rumah aku wat kenduri, kol 6 petang still ade lagi orang datang.

Lepas dah pot pet semua kat kenduri tu, we all pun mintak lah diri untuk balik. mak long ngan Pakcik balik KL. Abang aku ngan isteri die balik Rembau sebab nak hantar barang die. Aku ngan adik2 aku naik trooper ngan mak abah teringin lah pulak nak makan cendol yang tersohor kat Senawang. Cendol LEMAN DAWI. Memang famous habis LEMAN DAWI ni. Memang laku giler ah. Masa we all sampai je terus die diri atas kerusi kat tepi jalan dok angkat board bagitau yang cendol dah habis. Nasib baik lah masa aku sampai tu cendol tak habis lagi. Kiranya cam aku satu family ni last customer die lah.

Lepas LEMAN DAWI, terus menghala ke Bangi sebab nak gi rumah Mummy aku. Mummy aku ni kira cam mak we all lah. Mummy ni kawan mak ngan abah aku masa study kat England dulu. Dah lama tak jumpa die. So, macam2 lah citer yang kuar. Die datang masa kenduri abang aku dulu pun tak sempat nak borak sangat sebab sibuk kan. Anak mummy aku yang bujang sama umur ngan aku pun dah nampak friendly sikit. Kalau dulu, aku datang rumah mummy aku ni die suka buat hal sendiri je. Tapi, sejak dua menjak ni die dah agak banyak mulut sikit.

Balik rumah dalam kol 6 lebih sebab adik aku yang lelaki ade tuition malam ni. Sampai pukul 7,30 malam. Aku rasa kalau adik aku tak der tuition malam ni emang lagi lama dok kat rumah mummy aku tu.

Kenape ramai yang tak puas hati ngan MAWI AF3? Aku pun kalau ikutkan memang tak puas hati jugak ngan show die malam tadi. Tapi, jangan lah hentam die kaw-kaw. Memang lah manusia ni tak semua perfect. Give him a chance lah kan. Aku tak leh nak salahkan die jugak lah 100%. Sebenarnya die tertekan jugak sebenarnya. Die bawak harapan fans die kan. Mestilah beratkan kalau orang dah letak harapan yang tinggi pada die. Aku harap sangat die ok lah untuk konsert ke 3.

Dan aku tak puas hati ELLIZA tersingkir. Aku dok harap lah Si FUAD tu tersingkir. Sedih lah pulak aku. Aku tak puas lagi tengok ELLIZA tu.

HAPPY 54th BIRTHDAY TO MY MUM. Semoga panjang umur dan murah rezeki. Semalam buat surprise kat my mum. Tengah malam tadi Abah call and suruh we all panggil mak dalam bilik and bagitau mak aku yang atok aku yang call padahal masa tu abah aku ade kat ruang tengok tv. Adik aku pun buat2 tatau panggil lah mak aku yang dok tengah tido kat dalam bilik. Mak aku pun die dah dengar atok aku call ingat kan ade lah hal penting, bergegas lah gi angkat tepon. Yang kitorang ni pulak bile mak dah angkat phone ape lagi menyanyi beramai-ramai lah pulak kan lagu happy birthday and aku pun bergegas lah masuk bilik ambik birthday present yang aku siap balut masa tengah dok tunggu Imbasan AF. Hehehe. Mak aku memag dah agak die akan dapat handbag Bonia from anak2 die. hehehehe. Sabo je lah aku.

No comments: