Wedding Ticker

Daisypath Anniversary tickers

Birthday ticker

Lilypie Third Birthday tickers

Breastfeeding Journey

Lilypie Breastfeeding tickers

Birthday Ticker

Lilypie First Birthday tickers

Tuesday, July 05, 2005

MC dan Exam Perkhidmatan

Hari ni aku dapat MC satu hari. Pepagi tadi aku gi keje. Tapi, bile sampai ofis, batuk telah melanda diri aku ni. Aku dapat lah bertahan sampai kol 10 je. Lepas daripada tu memang aku tak tahan. Memang cam dah tak larat dah nak tanggung. At last, pukul 10 pagi tu aku isi borang keluar nak pegi klinik.

Kat klinik aku bagitau lah kat doktor yang aku batuk. Lepas dah habis check semua die tanya aku kenape jari kelingking aku berbalut. Aku pun jawab ah malam tadi aku basuh pinggan and suddenly pinggan tu terpecah kat tangan aku. Ape lagi, terbelah lah jari aku tu. Darah sikit punya banyak masa tu. So, aku pun letak lah minyak and ambik keputusan letak handyplast.

Bile doktor dah nampak jari aku camtu, die pun nak bukak lah plaster tu. Biler dah bukak die kata kat aku kena buat dressing ngan kena injection ni. Aku punya lah gelabah sebab aku dah lama tak kena injection. Lepas dah buat dressing dan die buat injection doktor tanya aku nak MC berape hari. Aku ni kan kalau ikutkan nak je MC dua ke tiga hari. Tapi, disebabkan aku ade exam perkhidmatan esok, aku boleh MC satu hari je. Doktor kata lagi kalau aku tak baik jugak aku boleh datang lagi lusa and mintak sambung MC. Best ah doktor ni. Ehehehe

Esok aku ade exam perkhidmatan. Tapi, satu ape pun aku tak baca lagi. Wish me luck guys. Ehehheeh. Ok lah off for now. Nak gi baca buku. Sebelum tu nak gi tengok Diari Af dulu.

No comments: