Wedding Ticker

Daisypath Anniversary tickers

Birthday ticker

Lilypie Third Birthday tickers

Breastfeeding Journey

Lilypie Breastfeeding tickers

Birthday Ticker

Lilypie First Birthday tickers

Saturday, July 16, 2005

Semalam Punya Cerita & To Do List


Semalam aku dapat tiket free from hotlink untuk menonton filem fantastic four kat sunway pyramid. Balik semalam aku naik komuter from shah alam to KL Sentral. Sampai2 KL Sentral dah pukul 6.30 petang. Abah aku kata memang tak sempat nak ambik kereta kat bengkel sebab bengkel tutup pukul 6 petang. So, aku cakap lah ngan abah aku yang tak jadi lah aku nak bawak adik2 pegi tengok wayang malam ni. Abah aku pulak kata ape pulak tak jadinye. Abah bawak lah nanti. Aku tanya lah balik abah aku, nak naik ape? Aku ni bukan ape, aku bukan nye boleh bawak keta manual ni. Tak berani maaaaa.


Abah aku volunteer nak bawak we all semua pegi sunway pyramid. Sampai rumah ngam2 sebelum azan maghrib. Balik tu lepas mandi and sembahyang semua, turun dari rumah pukul 7.45 malam. Aku suruh abah ikut highway baru bukit jelutong sebab aku dengar radio sana sini jammed terutama nya highway LDP. Sebab tu, aku tak bagi abah ikut LDP.


Sampai2 je kat Sunway Pyramid pukul 8.30 malam. Show nye pukul 8.45 malam. Tiket pun tak collect lagi. Tiket lak kena collect sebelum pukul 8.15 and nasib baik lah masa sampai kat kaunter tiket tu, tiket still banyak and ramai lagi orang tak collect tiket. Lepas dah collect tiket, siti ngan umar je yang masuk. Baik tak aku? Aku yang dapat tiket tu, but aku bagi adik aku yang nak tengok sangat cite tu. Ehehehe. Baik sangat. Ahahahaha. Aku tak tengok pun tak per citer tu. Even tak kisah pun. Bukan nye aku minat pun.


Lepas diorang dah masuk panggung, we all yang lain lapar lah pulak. Nampak lah oleh aku Laksa Shack yang sedap tu. So, masuk lah ape lagi. Aku order Laksa Johor, Syida order Laksam dan abah order Laksa Thailand. Mak order ABC Special je sebab nak share je makan laksa tu. Mak aku bukan makan banyak pun. Lepas dah makan, pegi Parkson. Abah aku beli tracksuit. Itu pun memula tanak beli tapi, mak aku suruh beli jugak sebab senang kalau ade sukan ke ape ke kan.


Lepas abah aku try tracksuit BUM Sport, abah ingat voucher Parkson Grand tu dah expired. Hehehehe. Rupa2 nya abah silap tengok lah pulak. Actually expiry date nye 22 May 2006. tapi, abah aku nampak 2006 tu cam 2005. pakat ramai2 gelak kan abah. Sabo je lah.


Lepas tu, survey hadiah untuk my niece. Tatau lagi nak beli ape. Tengok budget jugak. Kalau nak beli hadiah besar2 kena share duit. Ehehehehe. Sungguh jeles dengan my lovely niece itu sebab die akan celebrate birthday die kat Bangkok on 10th August. Kak Basirah lagi suka lah sebab birthday die 12th August. Boleh celebrate ngan Dina. Jeles sebab baru setahun dah celebrate kat Bangkok. Waaaaaaaaaa. Nevermind Dina, nanti suruh your parents beli something for Mak Lang ok from Bangkok.


Balik rumah sampai rumah ngam2 pukul 11.30 malam. Lepas diari AF tido sampai pagi.


To do list


Tonight


- Maybe akan ke One Utama ambik barang yang dah seminggu di tempah untuk someone.
- Lepas ke One Utama pegi KLIA fetch Abang Farid ngan Kak Ros. They all baru balik dari Bangkok. Tak sabar tunggu diorang balik sebab nak tengok ape yang diorang beli untuk we all kat sini. Hehehehe. Pesan macam2. tapi, tatau lah diorang belikan ke tak.
- Lepas KLIA, maybe balik tu singgah Maju Ahmad isi perut. Abang Farid mesti nak singgah punya lah sebab perut die asyik isi ngan tomyam je sejak pegi Bangkok. And maybe die dah rindu sangat ngan capati die tu. Ahahaha.


Tomorrow


- Pagi lepak kat rumah and buat ape2 yang patut.
- Tengahari send siti ke kelas
- Lepas tu straight away to Midvalley Bangsar to collect Harry Porter #6 yang sudah ditempah oleh siti di MPH.
- Jalan2 kejap kat Midvalley before nak fetch siti pukul 5 petang.
- Malam ape lagi. Konsert AF3. Tak sabar nak tunggu they all perfom. Memang tiap2 minggu akan tidak sabar untuk tengok konsert.

No comments: