Wedding Ticker

Daisypath Anniversary tickers

Birthday ticker

Lilypie Third Birthday tickers

Breastfeeding Journey

Lilypie Breastfeeding tickers

Birthday Ticker

Lilypie First Birthday tickers

Monday, July 04, 2005

Susah-susah je, World and Prappppp


Hari ni bangun awal. First thing in the morning lepas mandi semua bukak internet. Heheehe. Bukan ape, saje nak jenguk2 blog yang buat review pasal konsert AF semalam. Rata-rata blog semua letak KEFLI ranking number 1. Aku suka kefli because of his cute face. Tapi, aku rasa start daripada semalam i'm starting to like his voice. Suara die sedap masa nyanyi lagu berhenti berharap. Naik habis bulu roma aku ni. Dan aku amat risau giler takut die masuk salah. Kefli dah tunjuk perubahan mendadak pada vokal die. My sister is one of his big fan. So, sekarang ni dah bertambah sorang lah lagi fan kefli ni. ekekekek.


Bukan bermakna aku dah minat kefli, minat aku pada mawi dah menurun ok. Minat tetap minat. Semalam aku nak dengar jugak dari mulut Mawi yang die dah bertunang ke tak. Tapi, malang nye die tak cakap lak tu. Dan aku pun dah tau cerita sebenar. Hopefully, lepas die kuar AF die tak lupa diri sudah.

Terkejut jugak sebab ade dua elimination semalam. Tapi, memang dah jangka sebenar nya. Cuma, masa konsert ke berapa kite tatau bile akan berlaku nya dua elimination tu. And semalam bersaksi kan Dataran Putrajaya, dua elimination berlaku. Dan aku nak kata gembira sangat dengan elimination tu tak lah jugak kan. Tapi, kalau dah melompat kegembiraan kat rumah bukan tanda gembira ke? Hehehehehe. Bagi aku elimination semalam tak der lah sedih sangat. Memang tak sedih pun sebab Reza dengan sikap gila2 die tu. Slamber dek jerk.


Semalam aku risau sangat takut kefli yang akan mengusung beg. Tapi, alhamdlillah undian die naik tinggi lepas konsert. Dan die nyanyi lagu yang agak bahaya jugak senikata nya malam tadi. Aku harap, isnin nanti kefli akan diberikan lagu inggeris pulak ke dan aku nak sangat si Felix nyanyi lagu inggeris. Aku rasa Felix belum habis di uji lagi dengan pelbagai genre muzik. Hopefully, die akan dapat lagu yang lebih mencabar lagi isnin ni. Dah bosan dah tengok Felix dapat lagu yang senang sangat bagi die.


Semalam aku tak puas hati Mawi nyanyi lagu Beautiful Maria tu. Memula memang lah dengar sedap je. Cikgu M. Nasir siap Thumbs up untuk Si Mawi ni. Tapi, biler dah akhir lagu tu, die dah salah masuk lah pulak. Silap timing gamak nye. Aku rasa lagu tu memang mencabar bagi die. Aku rasa die nak bagi habis cepat lah tu kot. Tu andaian aku lah. Tapi, ape2 pun MAWI is always WORLD. Bagi chance kat die babe.


So, sekarang ni dalam AF ni yang aku minat dah bertambah jadi 3 orang lah pulak Felix (Susah-susah je), Mawi (World), Kefli (Prapppp).

No comments: