Wedding Ticker

Daisypath Anniversary tickers

Birthday ticker

Lilypie Third Birthday tickers

Breastfeeding Journey

Lilypie Breastfeeding tickers

Birthday Ticker

Lilypie First Birthday tickers

Thursday, August 04, 2005

Entry Yang Panjang


Setelah sekian lama tak der masa nak update blog, hari ni baru lah aku berkesempatan nak update. Itupun sebab aku cuti hari ni. Kalau nak harap aku update blog kat ofis memang tak dapat lah kan sebab sekarang ni memang aku teramat busy. Yer lah kan, mane nak kejar dateline soalan peperiksaan. Cewah, cam keje wartawan lak nak kejar dateline.



Hari ni aku cuti pun sebab tengahari sikit aku nak gi KL Sentral sebab KTM Komuter ade menganjurkan Karnival sempena ulangtahun ke 10 KTM Komuter. Adel ah jugak artis2 yang memeriahkan carnival tu antaranya KRU, BILLY ZURKANAIN, ADAM AF2 and ramai lagi lah. Hopefully abah boleh dapatkan lah backstage pass. Aku memang nak sangat jumpa KRU in person.


Lagipun, aku memang need a break lah kan. Takkan nak fikir keje je kan. Sebab tu aku bercuti hari ni.


Aku nak story kat sini mengenai aktiviti aku sepanjang minggu lepas


Jumaat


Hari ni aku gi gathering Kefli FC kat Setiawangsa. Adik aku lah yang ajak. Aku tak der lah beriya sangat nak pegi. Tapi, dah adik aku ni minat ngan Kefli tu, aku ikutkan je lah kan. Kalau bukan aku yang bawak sape lagi nak bawak adik2 aku tu. So, lepas maghrib terus siap2 sebab majlis start pukul 8 malam. Tapi, aku ni 8 malam still lagi terperangkap dalam jammed. Sampai2 rumah makcik Kefli dah pukul 9 malam. Aku memang budget tak ramai lah yang datang gathering tu. Tapi, bile aku melangkah masuk je rumah makcik Kefli penuh ah ruang tamu rumah die tu. Masa aku salam2 ngan tetamu lain2 tu aku terperasan Reza AF3 pun ade sekali. Ok lah jugak die ni. Tak der lah nampak poyo cam dalam akademi.


Lepas je aku sampai, terus diorang pelawa makan. Menu malam tu, Mihun goring, sandwich ngan murtabak. Makan2 sambil borak2 pasal Kefli. Mama Kefli is very nice lah. Anak beranak peramah. Tapi, aku tengok muka adik beradik Kefli ni memang lain2 semua nye. Mak die sikit punya muda and maintain lawa. Lepas makan2, borak2 lagi dan ape lagi bercakap pasal AF lah pulak. Masa gathering tu awek Kefli pun ade. Cun lah jugak awek Kefli ni. Kira sepadan lah dengan die. Tapi, aku tak setuju lah kan cara mak die cakap tu. Kalau dah ade awek cakap lah dah ade awek. Jangan lah cuba nak berselindung. Aku rasa die takut anak die hilang peminat ah. Tapi, aku tengok Mawi tu maintain je walaupun dah bertunang. Orang still jugak suka kat Mawi bile dapat tau Mawi dah tuning. Pokok pangkal nye hati lah kan.


Lepas dah habis tengok trek selebriti baru we all beransur pulang meninggalkan Setiawangsa. Thanks mama sebab organize gathering Kefli FC (KFC) ni.


Sabtu


Hari ni aku kena hantar adik aku untuk pendaftaran kat UNISEL Bestari Jaya, Batang Berjuntai. Aku bertolak seawal pukul 9 pagi. Memula mak aku nak ikut sekali tapi, tak jadi sebab sakit perut. We all sampai BJ pukul 9 lebih lah jugak. BJ ni setengah jam je dari rumah aku. Sampai2 dah banyak dah kereta dok parking. Dah lah signboard pun takder. Aku dok cari tempat yang ramai orang parking tu yer lah kan. Sementara tunggu adik aku registration, aku ngan Syida duduk lah kat kerusi yang di sediakan tu ternampak lah pulak Jalaluddin Hassan. Die hantar anak die kat UNISEL ni. Segak lagi lah Jalaluddin Hassan ni. Senyum jerk.


Lepas dah selesai urusan registration, menghala ke apartment pulak. Satu hal pulak nak tunggu nak ambik kunci. Biler nak ambik kunci tu, ade masalah pulak ngan number apartment. Terpaksa lah adik aku ngan kawan die menapak pulak ke pusat komuniti pelajar. Nasib baik dekat. Kalau jauh memang peluh giler ah.


Lepas dah selesai urusan apartment, terus we all menghala ke apartment. Nasib baik lah apartment adik aku ni tingkat satu. Kalau tingkat atas sekali jenuh lah nak angkut barang2 die. Bile dah masuk kat apartment tu hangin betul aku sebab diorang tak siap pasamng lagi almari students. Dah tau student nak masuk kan siapkan lah semua keje. Ni tak almari dah lah tak siap pasang pastu air lak tak der. Salmee buat report nasib baik orang tu cepat datang. Kalau tak, memang dah kena lah tu.


Lepas dah selesai urusan semua, aku pun balik lah ke rumah sebab adik aku ade kelas pulak pukul 2 petang. Sampai sungai buloh pukul 1.30 petang. Pastu, abang lak yang gi send adik aku kat kelas. Aku balik nak rest. Balik tu memang aku flat giler ah. Aku rasa sebab panas sangat lah kat BJ tu.


Malam lak seperti biase KONSERT AF. Memang aku dah agak dari awal Yazer ngan Kefli akan terkeluar. Aku ingat gimik je diorang nak kuar kan dua orang. Sekali betul lah pulak.


AHAD


Hari ni aku ade jemputan kenduri kawin kat Kuang. Member kelas aku masa form 3 kawin. Mak aku ni pantang bile aku bercerita pasal kawan aku nak kawin terus je ayat laser kena kat aku balik, Nina pulak bile nak kawin. Adusssss, terkena sebijik. Tu lah gatal dok bercerita sape suruh kan.


Pagi ni pun aku kuar dalam kol 9 pagi sebab nak ke Shah Alam ambik bestfriend aku masa zaman sekolah dulu Effa. Dah lama siot aku tak jumpa die. Ade lah dekat 9 tahun aku tak jumpa die. Berdebar gile masa nak jumpa die tu. Cam lagak nak jumpa pakwe pun ade. Yer lah kan, dah 9 tahun tu tak jumpa. Biler first time tengok muka die setelah 9 tahun tak jumpa memang terharu giler aku. Muka die memang tak berubah sikit pun. Die sekarang ni ambik TESL kat INTEC sec 17. Nama je satu UiTM, tapi tak pernah sekali pun jumpa. Biler dah jumpa tu macam2 cerita lah yang kuar. Lepas dah ambik Effa, gi ambik abang aku pulak kat TTDI. Sampai rumah dah pukul 11 lebih. Sementara tunggu Apai ambik we all kat rumah, we all borak2 pasal diri masing2. seronok sangat aku bile dah jumpa die balik.


Apai sampai dalam pukul 1 and terus we all gerak ke rumah Abudzar. Sampai sane, jumpa lak ngan Nonit, Elza, Kak oii, Liza & Tunang and Aril. Tak ramai sangat classmate we all yang attend wedding Abudzar sebab masing2 dah keje sibuk nak jumpa client lah ape lah kan.


Lepas dah jumpa pengantin and borak2 sikit, we all pun balik lah rumah. Masa tu dah nak dekat pukul 3. sampai rumah, aku kerah adik aku suruh siap2 sebab aku nak kena send die pulak balik BJ. Lepas BJ terus menghala ke Shah Alam sebab nak send Effa pulak. Lepas send Effa, bagitau mak nak gi beli Popia yang sedap kat Giant. Biler dah sampai Giant, tengok kan pada keadaan Giant yang sesak tu mak aku pun offer untuk turun dan aku akan ambik mak aku kat tempat yang aku turunkan die. Kalau nak cari parking memang lambat lah kan.


Sampai rumah je nak dekat maghrib. Ramai2 rasmikan popia. Lepas dah melantak popia, terus bersiap2 menunaikan solat maghrib berjemaah. Seronok biler berjemaah ni.


Sekian lah update aku untuk kali ni. Hehehe.

No comments: