Wedding Ticker

Daisypath Anniversary tickers

Birthday ticker

Lilypie Third Birthday tickers

Breastfeeding Journey

Lilypie Breastfeeding tickers

Birthday Ticker

Lilypie First Birthday tickers

Tuesday, August 23, 2005

Misha Omar & kenduri Kawin


Dah agak lama aku tak update blog aku ni. Aku bukan tanak update blog ni. Tapi, kesibukan menghambat diri aku ni. Kat sini aku nak bercerita aktiviti aku pada hari sabtu ngan ahad lepas. Hari ni aku tak keje. So, boleh lah aku update blog ni sikit kan.


SABTU


Hari sabtu aku bermula dengan aku bangun pagi and siap2 breakfast untuk untuk abah aku sebab mak aku tak der. Mak aku balik kampung ngan mak long aku. Diorang balik Kelantan hari Jumaat malam. Konon nak surprise kan atok aku, mak aku tak bagitau lah atok aku yang diorang nak balik kampung. Nak surprise punya pasal, malam hari jumaat tu atok aku sampai kl naik flight. Mak ngan Mak Long aku naik keretapi balik kelantan masa hari jumaat tu. Hahahaha. Kelakar pun ade. Mak ngan Mak Long aku gi sane, atok aku lak datang KL. Al-maklum je lah kan, cuti sekolah atok aku datang ah sini sebab atok aku tak mengajar budak mengaji cuti sekolah.


Masa aku tido malam tadi, adik aku kejut aku nak bagitau aku pasal atok aku dah sampai umah pakcik aku. Aku ingat aku bermimpi jerk. Rupa2nya betul atok aku dah sampai umah pakcik aku. Menu pagi ni buat roti telur ngan minum air milo je. Lepas breakfast, abah aku kuar gi baiki air cond kereta yang dah nak masuk seminggu habis gas. Nak harap aku gi betulkan tak der aku nak buat nye. Semua harap kat abah aku. Ehehehehe.


Lepas abah aku kuar, aku ngan adik2 dok lepak depan tv sementara dok tunggu kol 12. Tengahari ni aku tak yah masak sebab ade kenduri kawin sedara mak aku kat kuang. dalam kol 12 abah aku sampai, kitorang semua dah siap2 dah. Lepas dah siap semua, gi kenduri kat kuang. Kat kenduri tu lak jumpa jiran aku. Tak sangka lak die kawan ngan uncle sedara mak aku tu. Aku pun tak kenal sangat sedara mak aku tu.


Aku ingat nak lepak kat rumah je petang tu. Abah aku ade program kat Midvalley bersama SINAR.FM and Misha Omar. Abang aku ngan wife die ade kenduri kat Sri Rampai, KL. Siti ade kelas. Cadang nak lepak ngan Syida lah kat umah. Tapi, bile fikir2 balik mesti bosan punya lah. So, aku ambik keputusan nak ikut abang aku gi kenduri kawan kakak ipar aku. Lepas dah habis kenduri, member aku Iera call aku bagitau yang die ade kat Midvalley. Die call aku suruh aku datang Midvalley. Yang aku ni pun pegi lah Midvalley dengan pakai baju kurung nye ni.


Sampai2 Midvalley, terserempak ngan abah. Bagitau abah yang aku akan balik ngan die. Lepas tu baru jumpa Iera. Nasib baik minah tu tak balik lagi. Sementara dok tunggu Misha Omar muncul, ade permainan yang di anjurkan oleh SINAR.FM. Aku tak leh join ah sebab semua permainan melibatkan pasangan lelaki dan perempuan. Pasangan aku tak der lah pulak hari tu. Hahahaha. Misha Omar muncul dalam pukul 5 lebih lah jugak. Misha Omar sampai je, aku nampak abah aku ambik gambar ngan die. Aku pun ape lagi siap mengendeng kat abah aku. Aku bagitau yang aku nak ambik gambar ngan Misha Omar. Abah aku pun suruh ah pegi tepi Misha. Orang SINAR.FM tu lak yang sibuk tak bagi aku ambik ngan Misha. Pastu, abah aku cakap lah yang aku ni anak die. Ehehehe. Merah padam muka mamat tu. Ehehehe. Nasib baik ade abah aku. Kalau tak, jangan harap lah dapat bergambar ngan Misha.


Lepas dah mengendeng kat Misha, terus pegi tepi pentas sebab lepas ni Misha perform lak. Masa Misha perform, die tarik lah sorang orang buta ni naik atas pentas. Aku tatau lah pulak yang Misha ni sebelah mata die tak nampak. Sekarang ni die dok bergantung pada sebelah mata je lah untuk melihat. Die mula lak adegan sedih kat atas pentas tu. Ade penonton yang ade kat situ dah meleleh air mata dah. Die menangis pulak kat atas pentas tu. Aku ni dah lah tak leh tengok orang menangis, karang dengan aku sekali menangis karang. Tapi, aku control ayu lah. Karang kantoi ngan Iera. Buat malu aku je.


Lepas Misha dah habis perform, kira dah habis majlis lah. Nak ambik gambar ngan Misha jangan harap lah. Die dah kena serbu ngan peminat die kat belakang pentas. Aku ngan iera pun ambik kesempatan ambik gambar ngan Najman, Jamal jamaluddin ngan Mimi kakak Misha. lepas dah habis program, balik rumah.


Ingatkan nak pegi lah umah kawan aku Si Yana kat Meru. Tapi, disebabkan tak larat sangat2 aku pun tak pegi lah umah Yana.



AHAD


Aku bangun pagi ni tengok abah aku dah kuar rumah sebab ade mesyuarat pasal cukai taksiran kat Paya Jaras. Lepak depan tv tengok cite VINEGAR HILL. Lepas tengok citer tu, baru ingat nak makan. Aku goreng chips ngan goreng telor je. Dok depan tv makan chips ramai2 ngan adik2 aku.


Lepas dah habis makan. Siap2 sebab nak gi hantar adik aku die ade belajar memandu hari ni. Lepas dah send adik aku, aku terus menghala ke Shah Alam ambik Iera, Dee ngan Iena Sebab nak ke Rumah Yana. Yana kawin weh hari ni. Rasa cam tak caya aku Yana dah kawin. Ekekekek.


Lepas ambik diorang, singgah Giant Sek 13 nak beli hadiah. Tak senonoh betul kitorang ni. Nak pegi kenduri dah ni baru nak beli hadiah. At last, end up dengan beli dua hadiah share 4 orang. keluar dari Giant konvoi 2 kereta gi umah Yana. Sampai umah yana, cam gathering bebudak UiTM lak. Kat UiTM tak jumpa ngan diorang. Harap kat kenduri je lah baru nampak batang hidung diorang.


Lain betul muka Yana bile dah make up. Gambar aku akan upload lain kali ok. Lepas dah jumpa die jap kat bilik pengantin, aku and the gang gi makan. Lepas makan, pengantin pun sampai. Pengantin lelaki tak berubah langsung muka. Lepas dah ambik gambar lebih kurang, time to go back home.


Lepas dah send diorang semua balik umah. Aku ingat nak singgah umah makcik aku kat sunway sebab nak jumpa atok aku. Abah aku lak suruh aku balik sebab nak hantar adik aku balik UNISEL. Aku pun balik lah rumah. Sampai rumah ingatkan nak tido tapi, tak leh lak nak tido. So, mengadap lah tv. At last, tv tu yang mengadap aku. Aku tertido depan tv lah pulak.


Masa aku tengah tido tu, aku rasa cam mimpi bile abah aku kata yang nak pegi umah makcik aku malam ni. Lepas tu baru hantar adik aku. Rupa2 nye bukan mimpi. Tapi, disebabkan mamai kan masa tu. So, aku anggap cam mimpi lah.


Nak dekat maghrib adik aku call mintak aku ambik kat sungai buloh sebab die dah habis kelas memandu. Masa on the way nak ambik adik aku tu, jammed lah pulak jalan kat paya jaras tu. Aku ingat jammed sebab orang balik dari kampung. Rupa2 nya kat depan tu ade accident. Teruk lah jugak accident tu. Terbalik kereta kancil tu. Aku rasa orang tu mati kat tempat kejadian sebab aku nampak mayat tu dah ditutup ngan suratkhabar.


malam tu gi umah paksu aku sebab atok aku sudah di kidnap oleh paksu. Eheheheh. Lepas makan malam semua bertolak ke UNISEL pukul 10. Sampai sane pukul 11 malam. Ade peraturan baru lah pulak kat asrama ni. Lepas kol 11 malam lelaki tak leh masuk kawasan asrama. So, hantar siti kat luar pagar and die masuk jalan kaki sampai kolej. Lepas tu, balik umah. Sampai rumah dalam kol 12 tengah malam. Lepas solat semua terus tido tak ingat dunia sampai pagi.


ISNIN


Aku MC dan berada di hadapan komputer sampai sekarang ni tengah update blog.

Kat Sini aku nak ucap HAPPY BIRTHDAY kat Mr. A. Semoga panjang umur dan murah rezeki. Nak hadiah kena jumpa saya. Ehehehe.

No comments: