Wedding Ticker

Daisypath Anniversary tickers

Birthday ticker

Lilypie Third Birthday tickers

Breastfeeding Journey

Lilypie Breastfeeding tickers

Birthday Ticker

Lilypie First Birthday tickers

Wednesday, September 14, 2005

Hari Malang

Hari ni merupakan hari yang malang bagi aku. Dah lah pagi tadi bangun pun dah nak pukul 7. Aku ni memang kalau mak aku tak der kat rumah memang tak leh nak bangun awal. Lupa lak nak habaq, mak ngan abah aku tak der kat rumah sampai khamis ni sebab they all pegi honeymon ke Bali. Berbalik pada kisah pagi tadi, dah lah bangun lewat. so, kuar rumah pun lewat lah jugak kan. Pastu, send adik aku dulu kat komuter Shah Alam. Lepas tu, straight away aku menghala ke U*TM.


Baru nak kuar simpang, jammed lah pulak hari ni. Panjang lah tu. Pastu, ade lah kereta yang selamber dek jer potong kereta aku. Dah buat dua lane lagi lah teruk jammed tu. Biler dah lepas simpang tu jammed lak lagi kat roundabout sek 15. Tak habis kat situ, Lalu depan Hotel U*TM pun jammed jugak. Lupa lak aku yang hari ni ade convocation. Memang merah lah punch card aku. Tak habis2 ngan jammed biler dah tiba time convo ni. Sampai lak kat dalam U*TM, jammed lagi kat bukit menghala ke Dewan Sri Budiman tu. Ade kereta rosak.


Lagi satu cerita malang, masa nak masuk parking. Aku nak masuk lah satu parking yang selalu aku park ni kan. Tetiba ade lak sorang lecturer ni dengan selamber nye masuk aku punya parking tu. Bukan nye die tak nampak aku nak parking kereta aku tu. Sebesar-besar kereta aku ni die tak nampak tatau lah aku. So, nak tanak aku pun terpaksa lah parking kat selekoh di bawah pokok. Aku ni memang tak gemar parking kereta aku ni bawah pokok sebab mesti daun pokok tu akan gugur dan terkumpul atas kereta aku. Dan aku fikir agak berisiko besar jugak lah kalau letak kereta kat selekoh ni. Karang tak pasal2 je bergesel ngan keta orang.


Citer malang yang akhir ni memang malang lah dan aku memang bengang giler ngan orang yang dah buat aku bengang tu. Cerita nye camni, masa balik aku ngan kawan aku sorang ni menghala lah ke kereta aku. Then, aku nampak cermin tepi kereta aku tu termasuk ke dalam. So, aku pun betulkan lah kan. Lepas tu, mata aku terus tertumpu kat pintu kereta belah belakang. Waaaaaaaaa, aku rasa cam nak nangis. Memang sah kereta aku dah kena gesel ngan keta lain. Sape punya angkara memang aku tatau. Selamat lah org tu kalau aku tau sape. Aku ingat aku sorang jer kena. Rupa2 nya officemate aku pun kena jugak. Die punya kereta pun bercalar and cermin sisi pecah. Kereta die depan kereta aku. Tak bertanggungjawab betul. Kereta aku dah jadi tak elok dah tau. Aku tanak dah parking kat selekoh tu. Nak taubat tak leh ah sebab kalau tak der parking kosong memang akan parking kat situ jugak akhirnya.


Sekian sahaja cerita malang dari saya.

No comments: