Wedding Ticker

Daisypath Anniversary tickers

Birthday ticker

Lilypie Third Birthday tickers

Breastfeeding Journey

Lilypie Breastfeeding tickers

Birthday Ticker

Lilypie First Birthday tickers

Thursday, September 22, 2005

J Card Member Sale

Aku ambik cuti hari ni sebab ade J Card Member sale kat Jusco One Utama. Tapi, aku tak der ah pegi sane awal pagi. Memang hajat nye memula tu nak gi sane awal pagi tapi, last minit punya plan terpaksa di tukar sebab adik aku nak ikut. Disebabkan die nak ikut, kena jugak ah tunggu die habis kelas kol 12.30 tengahari.

Kuar rumah kol 12.30 tengahari terus menghala ke Kelana Jaya sebab nak fetch adik aku. Lepas fetch die, terus ke One Utama. Sampai sane, dah jammed giler dah. Pusing2 cari parking, at last dapat parking kat new wing One Utama. Mak aku selalu die marah gak aku parking jauh2. Tapi, hari ni die ok jer aku tengok masa aku parking jauh2 tu. Biaser ah kan, nak shopping punya pasal.

Masuk dalam Jusco dalam kol 2 petang jugak lah. Memula masuk t uterus menghala kat tempat handbag. Tapi, terlalu ramai sangat org, aku pun terus proceed kat tempat mainan budak. Ingat nak cari birthday gift Dina. Masa naik escalator tu, aku cakap ah ngan adik aku giler betul diorang ni beli handbag. At last, bukan gi tempat mainan. Tapi, ke tempat baju budak2. Geram betul aku tengok baju budak kat situ. Cute2 semua. Just tengok2 je tak beli pun.

Lepas dah tengok baju budak pegi lak kat bahagian ladies. Tengok2 baju kat Ms. Read. Tapi, satu pun aku tak berkenan. Mak aku ngan adik aku yang lelaki dah pegi kat bahagian lelaki sebab nak cari baju. At last, aku ngan adik aku terjebak jugak dalam puluhan org yang dok mencari handbag tu. Heheheh. Tu lah, tadi dok mengata orang. Kan dah terkena kat batang hidung sendiri. Aku ni memang pantang nampak handbag yang murah2 ni. Terus aku pun jadi giler. Mane tak giler nye kalau dah sale tu sampai 70%. Tapi, aku tak suka nak bersesak2 ngan orang. Tapi, hari ni aku terpaksa gak bersesak2 ngan orang. Ahakssssssss.

Aku dapat 3 handbag. Satu warna Shocking Pink, satu warna turqouis Blue and satu lagi warna coklat. Lepas aku dah dapat handbag idaman kalbu, aku pun terus bayar lah harga handbag tu. Memang murah sangat2 lah. Lepas dah bayar harga handbag terus pegi men section sebab nak gi cari mak ngan adik aku. Lepas dah jumpa mak aku, terus pegi kat tempat baju budak pulak sebab teringat yang aku tak beli lagi hadiah untuk Nik Ahmad anak paksu aku. Terus aku ngan mak aku cari baju untuk anak paksu aku. So, I managed to get overall untuk budak kecik tu. Memang murah sangat2.

Lepas dah habis shopping, terus kumpul2 resit sebab nak tukar dengan voucher. Kumpul semua resit tu semua ade lah dalam RM300 we all berbelanje hari tu. Lepas dah redeemed voucher, terus balik. On the way to parking tu nampak lak roti boy. Terus adik aku beli sorang satu sebab kelaparan sangat. Lepas tu, terus menghala ke KL Sentral sebab nak gi ambik abah aku. Hari ni abah tak balik nak trooper ofis sebab pagi esok die nak gi Sabah lak. Balik singgah Maju Ahmad untuk sesi makan2 lak sebab dah agak tak larat nak masak malam tu (baca : malas masak).

No comments: