Wedding Ticker

Daisypath Anniversary tickers

Birthday ticker

Lilypie Third Birthday tickers

Breastfeeding Journey

Lilypie Breastfeeding tickers

Birthday Ticker

Lilypie First Birthday tickers

Friday, September 23, 2005

Makan, Makan dan Makan

Pagi2 dah bangun sebab hari ni mak ngan abah nak gi Sabah. Abah ade nak kena present paper dan alang2 dah kena present paper terus ambik peluang main golf. Best betul jadi mak aku ni. Abah aku gi mane2 mengekor je. Nasib baik aku keje. Kalau tak, dengan aku sekali ikut gi Sabah. Ahaksssssss. Nasib baik bukan aku yang hantar hari ni. Kalau aku hantar memang aku kena bangun awal2 lagi. Nasib baik ade driver abah yang hantar. Hehehe. Thanks Pakcik Rahim. Ekekekeke.

So, bermula lah lagi satu hari di mane mak ngan abah aku tak der kat rumah dan alhamdulillah adik2 aku pun dah besar2 semua. So, tak yah aku nak jaga semua. Pandai2 lah nak hidup. Hari ni aku keje seronok sikit sebab penolong pendaftar aku tak der. Die masuk wad semalam. EO pun tak der. So, cam bermaharajalela lah kejap. Hahahaha.

Masa nak kuar gi makan dalam kol 10, dapat pengumuman dari Kak Aini yang Prof. Rahmat akan belanje semua staff pentadbiran ngan lecturer nasi beryani kat Restoran Hakim Sek 7. So, tanak makan berat2 lah kan pagi ni. So, ambik keputusan breakfast kat mcd je. Pegi 4 orang semua makan big breakfast. Lepas dah habis breakfast, terus ke Sek 9 sebab nak gi beli kek. Sesaje je beli kek sebab semalam ade orang kempunan makan kek. Hehehehehe. Beli kek kat Baker’s Cottage. Perisa Berries. Balik ofis dalam kol 11 lebih then kol 12.30 tengahari kuar balik sebab nak gi Restoran Hakim dan sekali lagi budak berempat ni jugak yang kuar. Yang lelain malas nak ikut. Hahahaha. Memang budak berempat (Ain, Jila, Kak Izan and me) ni jugak yang kuat makan.

Sampai Restoran Hakim je tengok ramai lecturer yang dah sampai. Staff pentadbiran ade 4 orang je. Hehehehe. Sape lagi, salah seorang nye aku lah. Lepas habis makan, hujan lak turun dengan lebat nye. Main redah je hujan. Habis basah kuyup baju. Balik ofis dalam kol 1.30 petang terus menghala ke bilik rehat untuk sessi melantak kek pulak. Hahahaha. Memang banyak sangat makan hari ni. Sampai bilik rehat tengok diorang semua tido terus kejutkan semua orang sebab nak potong kek. Kenyang weh makan kek. Sedap lak tu kek nya.

Lepas makan kat bilik rehat sambung keje kat ofis. Tapi, bukan wat keje sangat pun. Banyak borak dari wat keje. Sampai lah nak dekat balik borak je keje nye. Balik tu ambik adik aku kat Kelana Jaya. Jumpa Kak Ya sekali. Kak Ya nak tumpang sampai TTDI, on the way tu ambik abang azzam kat Uptown. Sampai TTDI, singgah umah Kak Ya sebab nak jumpa budak kecik comei tu. Geram sungguh dengan budak kecik ni. Memula tanak langsung kat Mak Lang ek. Nak dekat balik baru nak kat Mak Lang siap lambai2 kat abah ngan ibu lagi. Sabo je lah. Lepas tu, we all pun balik Sungai Buloh.

Sampai rumah dah maghrib. Mandi2 and semayang, terus kuar rumah balik sebab adik2 aku nak gi makan mcd lak. Tapi, dengan syarat tanak makan mcd kat sungai buloh ni. Tak happening lah ape lah. Sabo je lah aku. Aku tanya lah nak makan kat mane. Nak gi makan kat Sri Damansara baru happening. Macam2 lah adik2 aku ni. Sampai Sri Damansara masuk mcd and dok kat tingkat atas teringat lak kat kawan aku Razali yang dok kat Sri Damansara. Terus lah call die tanya die kat mane. Rupa2 nye mamat tu kat Sunway Lagoon lak tengah shooting Fear Factor. Tak jadi lah nampak gayanye nak jumpa die.

Lepas makan2, balik kol 9 lebih. So, sempat aku singgah Econsave nak beli barang sikit untuk bilik rehat kat ofis aku ni. Balik rumah terus gosok baju and aku flat terus sebab memang tak der rest langsung.

No comments: