Wedding Ticker

Daisypath Anniversary tickers

Birthday ticker

Lilypie Third Birthday tickers

Breastfeeding Journey

Lilypie Breastfeeding tickers

Birthday Ticker

Lilypie First Birthday tickers

Wednesday, October 26, 2005

Shopping, Shopping dan Shopping lagi



Semalam ngan hari ni memang agak memenatkan bagi aku sebab 2 hari berturut2 aku ikut member2 aku gi PKNS. Aku bukan shopping ape pun. Aku window shopping je sambil2 tu aku kuarkan duit sekali. Masa aku nak kuarkan duit tu sikit punya ramai orang kat maybank. Maybe sebab semua orang sibuk nak shopping. Tambah2 pulak baru je kuar gaji.


Masa aku gi PKNS semalam aku tak shopping ape pun. Aku just kuarkan duit dan beli prepaid. Hari ni lak pegi PKNS lagi sebab Kak Hawa ngan Ayun nak beli tudung pulak. Semalam dah pegi dah tapi tak sempat nak beli. Hari ni aku ngan Ain kemaruk lak nak beli make up kat guardian. Dari pukul 1 lebih sampai kol 2 lebih aku ngan Ain kat dalam guardian. Ain sibuk dok cari blusher. Orang tak pernah pakai blusher, saje je lah die nak beraya pakai blusher lak tahun ni. Aku lak memang lipstik aku dah habis. Memang nak kena beli yang baru lah.

Balik ofis kol 2 lebih. Nasib baik lah tak kena bebel ngan EO. AR aku dah selamat bercuti. Ekekeke. So, bebas lah anak2 buah die ni dok kuar masuk ofis sesuka hati. Aku ngan member2 ofis aku ni memang dah tak der mood dah nak keje. Dok bantai borak je kat ofis tu. Semua memang dah tak sabar nak balik kampung.

Citer pasal balik kampung buat aku sedih ah. Walaupun atok aku dah sampai dari kelantan kol 12 tengah malam tadi, aku tetap rasa ralat sebab tak dapat balik Kelantan tahun ni. Memang dah jadi tradisi aku satu family kalau tiap2 kali raya memang akan balik kelantan. Kalau raya pertama tu memang kitorang akan berkumpul kat rumah atok aku. Raya kedua baru lah balik kampung abah aku kat Jerteh. Kampung abah ngan mak memang tak jauh. Jaraknye satu jam jerk. Disebabkan atok ngan nenek aku belah abah dah tak der sebab tu lah tiap2 tahun we all mesti balik Kelantan dulu.

Tahun ni raya kat kl sekali ngan family mak long. Family makcik raya kat Penang tahun ni. Abang Farid aku lak raya kat rumah family wife die. Sedih gak lah raya tahun ni tak cukup corum. Tahun ni Abang Azzam and family raya kat Sungai Buloh. Seronok nye.

Aku ade lagi benda tak settle ni untuk raya. Baju anak buah aku tak potong lagi. Malas nye lah nak potong baju si kenit tu. Alahaiiiii, boring betul lah kalau penyakit malas ni datang. Jangan lah aku malas. Karang tak siap lak baju si kenit tu.

Aku dah tak der idea lah nak tulis ape pepagi buta ni. Nanti aku sambung lah esok ek.

No comments: