Wedding Ticker

Daisypath Anniversary tickers

Birthday ticker

Lilypie Third Birthday tickers

Breastfeeding Journey

Lilypie Breastfeeding tickers

Birthday Ticker

Lilypie First Birthday tickers

Thursday, November 10, 2005

Baru Start Keje, Dah Cuti Balik




Aku baru je balik dari cuti raya. Esok lak aku nak cuti balik sebab nak balik Kelantan. Sepupu aku kawin sabtu ni. Balik kali ni berlainan sikit sebab selalunya aku balik naik kereta. Tapi, kali ni aku naik flight. Abang ngan adik aku balik Kelantan naik kereta. Nanti aku balik KL balik hari ahad aku kena naik kereta sebab mak ngan abah balik kl naik flight hari selasa. Hajatnye memang nak stay Kelantan sampai hari Selasa tapi, tak leh lah pulak sebab aku dah ketandusan cuti tahunan. Cuti aku tinggal 2 hari je setelah ditolak cuti yang aku ambik nak pegi Bangkok nanti.



Kat sini aku nak story sikit pasal kisah raya aku kat KL

Malam Raya

Aku gi ambik family abang aku kat Taman Tun. Tahun ni giliran abang aku raya kat rumah family aku. Balik dari Taman Tun tu singgah lah BCB. Aku nak kuarkan duit kat bank. Aku yang bawak kereta. So, abang aku pun ambik kereta nak gi Maybank sebab die pun nak kuarkan duit. Lepas aku dah kuarkan duit, aku tunggu ah abang aku. Lama tunggu tu, aku pun ambik keputusan nak jalan kaki ke Maybank. Dari jauh aku tengok abang aku tengah cakap2 ngan orang kereta belakang sambil orang tu tengok2 keadaan kereta die. Hati aku kuat kata yang ade sesuatu telah berlaku. Memang betul tanggapan aku, abang aku telah melanggar kereta belakang. Waaaaa, beraya lah aku ngan kereta kemek. Sedih betul ah. Nasib baik kereta belakang tak der ape2. Kereta kitorang je lah yang kemek. nasib baik tak teruk pun. Tapi, biler keta dah kemek aku rasa cam tak best ah. Nampak cam buruk giler ah biler keta dah kemek. Careless sungguh abang aku ni. Sabo je lah.

Malam raya tu I*wan call aku mintak maaf kat dalam phone. Tak puas rasanya jumpa hari tu. Masa jumpa hari tu dah mintak maaf siap2. Tak puas rasa cakap dalam phone. Nak cakap lama2 mahal bil telefon. So, sms je lah yang jadi penghubung kami. Dugaan betul bile dapat orang jauh ni.


1st Raya - Khamis

Pagi raya tu, I*wan call lagi. Berbunga je hati bile si dia call. Hehehe. Adel ah nak dekat setengah jam bergayut. Masa tu nasib baik dah siap mandi dan dah siap pakai baju raya semua baru die call. Kalau tak memang nak kena amuk ngan abah aku sebab pagi ni aku nak ikut diorang pegi sembahyang raya kat Masjid Wilayah, KL. Yang perempuan, mak aku, atok aku ngan aku je yang pegi solat. Pompuan yang lelain semua tak leh solat. So, diorang kena dok kat umah prepare makanan. Hehehe.

Boleh tahan gak lah ramai orang sembahyang raya kat Masjid Wilayah. Lepas habis solat aku terus balik ke Sungai Buloh. Sampai2 kat rumah terus semua siap2 pakai baju raya terus ambik gambar ngan sesi bagi duit raya. Kopak aku tahun ni kena bagi duit raya kat adik2 ngan anak buah aku. Mak, abah ngan atok aku pun tak dilupakan. Hehehehe. Tahun ni abang aku yang keje kat mcd buat kelainan sikit. Di samping duit raya, die selitkan gift voucher sebanyak 10 ringgit pada adik2 aku. Aku ni bile dapat tau terus mintak gift voucher tu kat die. Hehehehe. Die kata die akan bagi tapi, tak bagi lagi. Ehehehe.



Kol 11 pagi pakcik aku yang dok kat sunway sampai umah aku. Diorang semua memang akan datang rumah aku sebab atok aku ade kat sini. Lepas makan2, ambik2 gambar, diorang pun balik.



Lepas family pakcik aku balik, family mak long aku pulak sampai. Masa tu family aku semua dah lepak dalam bilik tidur masing2 dah. Lepas makan2, borak2 and ambik gambar diorang pun balik lah ke rumah diorang.




Lepas tu semua pakat lepak dah tak larat dah. Kesimpulannye raya pertama tu aku ngan family dok umah jer. Memang tak berjalan ke mane dan tatau nak ke mane.


2nd Raya - Jumaat

hari ni lak lagi lah lepak. Memasing semua buat muka malas nak kuar. So, dok umah je lah tengok tv. Malamnye baru kuar gi rumah sedara abah.


3rd Raya - Sabtu

Hari ni memulakan perjalanan balik ke kampung atok aku kat Muar. bertolak dari rumah pukul 11 pagi dan sampai kat Muar pukul 4 petang. Biaser lah kan kalau dah nama nye konvoi ni memang lambat lah sampai. lepak Muar sampai pukul 9 lebih. Tak tido pun kat Muar. Balik hari je.

On the way balik dari umah atok aku, singgah lak kat rumah tok de aku kat Muar. Lepas tu terus balik KL. Sampai KL dalam kol 12 tengah malam. Nasib baik perjalanan lancar. Alhamdulillah jalan tak jem sangat. Pastu, terus hantar atok aku kat rumah makcik aku kat Sunway. Lepas tu terus kan perjalanan ke Taman Tun sebab nak send abang ngan kakak ipar aku balik sane. Esok abang aku dah start keje. Kesian sungguh abang aku, hari ahad dah kena start keje. Aku ngan adik aku sampai rumah nak dekat kol 2 pagi. Letih sungguh aku. Memang aku je yang bawak sepanjang-panjang perjalanan dari Muar ke KL sebab abang aku punye lesen mati lah pulak.


4th Raya - Ahad


Pepagi lepak dulu sebelum nak bersiap nak gi beraya kat rumah makcik aku kat Sunway. Lepas dah borak2, terus menghala ke PJ pulak gi umah sepupu mak aku. Lepas tu ke Damansara pulak pegi rumah sepupu mak aku lagi sorang. Lepak sampai pukul 8 malam terus menghala ke Keramat pulak rumah sepupu mak aku lagi sorang ni. Die sakit buah pinggang dah nak dekat 20 tahun. Kesian lak aku tengok die.

Lepas tu terus balik rumah dan zzzzzzzz.



5th Raya - Isnin

Belum start keje lagi. Bangun agak lewat lah jugak. janji ngan abah aku nak hantar kereta untuk di servis sebab hari khamis ni nak jalan jauh. Nak balik Kelantan pulak hari khamis ni. Bertolak dari rumah aku pukul 10 lebih. Send adik aku balik UN*SEL. Lepas tu terus ke Sunway hantar sepupu aku then terus ke Kelana Jaya send kereta untuk di servis. Abah aku ambik aku ngan adik aku kat bengkel. Aku mintak tolong abah aku send aku kat Midvalley. Ingatkan nak tengok wayang. Tapi, tak sempat lah pulak. Sempat makan KFC je. Itu pun adik aku belanje sebab die kan dapat duit raya. kuikuikuikuikui. Lepas dah puas pusing2 Midvalley, terus ke KL Sentral tunggu abah aku balik kol 5 and dapat tau keta tak sempat siap. So, keta ambik esok. nasib baik aku tak keje lagi esok.


6th Raya - Selasa

Belum start keje lagi pun. So, aktiviti yang paling best sekali TIDOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO.

No comments: