Wedding Ticker

Daisypath Anniversary tickers

Birthday ticker

Lilypie Third Birthday tickers

Breastfeeding Journey

Lilypie Breastfeeding tickers

Birthday Ticker

Lilypie First Birthday tickers

Saturday, December 31, 2005

Bangkok Trip

Dah agak lama aku tak update blog aku ni. Dah bersawang sana sini dah. Aku bukan ape, bile aku dah tak der mood memang camni lah perangai aku. Memang aku takkan update blog ni. So, aku nak jugak lah update pasal aku pegi Bangkok hari tu sempena penutup 2005 ni. Entry ni panjang giler tau. Jangan kata aku tak warning korang before korang baca ek. So, cerita nye bermula camni,


13HB DISEMBER 2005 - SELASA


Bangun pukul 6 pagi. Aku ingat aku lewat bangun. Yer yer je ketuk pintu bilik mak ngan abah. Aku ingat diorang semua dah siap. Rupa-rupanya mak ngan abah pun baru bangun tido. Aku ni mati-mati lah ingat flight pukul 8 pagi. Rupa-rupanya flight pukul 10.40 pagi. Yer-yer je aku menggelabah. Bangun tu, solat subuh. Lepas solat subuh gi dapur buat sandwich sebab nak bawak makan atas plane. Biaser lah kan, airasia kan leh bawak makanan.


Driver abah datang ambik pukul 7 lebih. Sampai KLIA dalam pukul 8 lebih. Lepas lepak-lepak jap terus check in. Alhamdulillah sekejap je proses check in. Terus lepak-lepak lagi kat balai berlepas. Aku tak lepas peluang call Mr. I aku and Syida pun sibuk dok call Mr. N die. Bukan ape, nak bergayut kat sane kena fikir banyak kali sebab mahal kan. Kalau call, org kat malaysia bayar biaser je. Org yang angkat call kat Bangkok kena charge RM3 seminit. Banyak tu. Kalau sekali sms pun org kat Bangkok kena bayar RM2. org kat malaysia, bayar 5 sen jer. Memang kena tahan rindu sikit lah. Hahahaha.


Lepas dah habis bergayut, dah tiba masa untuk masuk dalam kapal terbang. Nasib baik lah kapal terbang Thai Airasia ni ok. Masa berlepas pun ok. Masa landing pun smooth jer. Sampai Bangkok dalam pukul 1 lebih. Bangkok kan lewat satu jam ngan Malaysia. Sampai-sampai Bangkok je Kak Basirah ngan Abang Razali dah tunggu kat airport dah. Aku memang terkejut ah jumpa Kak basirah kali ni sebab die dah bertudung. Memang sebelum di kawin ngan Abang razali lagi die dah pakai tudung. I’m happy for her.


Lepas dah masuk kereta semua, abah ajak Abang Razali pegi Stesen Keretapi sebab abah nak ambik tiket yang dah di booking untuk ke Chiengmai. Lepas dah selesai urusan kat stesen keretapi, terus lah menghala ke MBK Plaza atau lebih di kenali sebagai Maa Boon Krong Plaza. Saje je jalan-jalan kat MBK sambil2 nak makan. Makan kat sini banyak yang tak halal. So, memang kena pandai-pandai lah cari makanan yang halal. So, end up makan sup daging ngan nasi. Lepas tu, jalan-jalan lah lagi sampai lah we all terjumpa satu tempat jual “Lokchub”. Aku ni memang pantang betul kalau nampak “Lokchub” ni. Bukan ape, aku geram sangat sebab makanan ni comel-comel sangat. So, beli lah untuk makan dalam train nanti.







Kalau pegi MBK ni memang banyak tempat org jual handbag ngan kasut. Sape yang memang kumpul handbag ngan kasut ni kalau pegi Bangkok korang pegi lah MBK ni. Handbag yang jenama mahal-mahal semua ade kat situ. Tapi, jenis yang copy lah. Diorang jual murah sikit. Tapi, kalau tengok pada pandangan mata kasar memang tak nampak beza nya. Shopping tergesa-gesa sangat, we all tak beli ape-ape pun. Just tengok-tengok je. Lepas tu, we all bergegas lak nak ke stesen keretapi sebab tak sembahyang lagi. Ingatkan kat stesen keretapi ni tak der tempat sembahyang. Rupa-rupanya naik je tingkat atas tu memang ade surau. Stesen keretapi bangkok ni cam stesen keretapi Singapore. Lepas dah solat, turun ambik beg dan tunggu keretapi sampai. Sementara tunggu keretapi sampai, sempat snap gambar jugak.





Keretapi sampai dalam pukul 6 petang. Abah book first class. First class kat Bangkok best gak sebab boleh bukak tengah-tengah antara dua bilik. Dalam cabin pun siap ade suis untuk charge handphone. Dan Masuk dalam keretapi pun sempat lagi ambik gambar. Ade lah sorang pekerja atas keretapi, die datang cabin we all terus hulur orange juice, aku ingatkan tu welcome drink diorang. Aku siap kata ah kat abah aku yang bagus lah diorang ni siap ade welcome drink. Tup-tup die pegi cari abah aku dalam pukul 9 lebih sebab nak suruh bayar orange juice tu. Sabo je lah aku orang siam ni. Pakat gelak ramai-ramai. Ahaksssss. Malam tu semua pakat tido awal sebab esok nye bile sampai Chiengmai nak berjalan pulak.





14 HB DISEMBER 2005 - RABU


Alhamdulillah, selamat sampai Chiengmai dalam pukul 7 pagi. Sampai sane, dah ade orang tunggu dah. Pastu, naik van untuk pegi cari makan. Chiengmai memang best lah. Memang cuaca sejuk. Sebab tu cepat lapar. Driver tu bawak we all gi makan kat tempat orang china muslim. Makanan kat situ memang best lah. Hampir semua berasaskan daging.





Lepas dah makan, we all pegi check in kat Royal Peninsula Hotel sebab nak mandi-mandi. Badan rasa cam tak selesa sebab semalaman tak mandi. Abah booking 3 bilik. Ok lah die punya hotel. Not bad.





Lepas semua dah siap-siap mandi, we all turun kat lobi. Agenda we all lepas ni nak ke Roong Aroon Hotspring. Abang Razali siap beli telur 5 bijik sebab nak rebus kat dalam kolam air panas tu. Kak Basirah ngan Syida yang tunggu telur tu. Aku tak kuasa nak tunggu telur tu masak. Panas sangat air panas tu. Lepas telur tu dah masak, terus we all lepak and makan nasi bungkus yang we all beli tu dengan telur rebus yang syida ngan kak basirah masak tadi. Lepas dah habis makan-makan semua terus we all pun berangkat ke destinasi lain pulak.




Lepas tu, we all pegi tempat buat payung pulak. Kat sini tempat orang-orang thailand buat payung. Seronok aku datang sini sebab kat sini ade perkhidmatan painting seluar atau baju. Kite kena pilih je corak yang kite nak. Pastu, die akan lukis atas seluar kite. Aku ngan adik aku pilih corak ram-rama dua ekor. Memang cantik lah design die. Senang je aku tengok org tu lukis. Kak basirah ngan Abang Razali pulak buat kat belakang handphone. Gambar seekor rama-rama. Abang Razali nak buat gambar burung tapi, Kak basirah nak bagi same gak ngan die. Kelako ah diorang ni. Semua nak sama.






Lepas tu lak, we all pegi Louis Silverware. Tak der yang menarik sangat kat sini. Tak minat lagi pun. Sempat tengok-tengok kejap je. Pastu terus ke destinasi yang seterus nya iaitu Shinawatra Thai Silk. Kat situ pun tengok-tengok je sebab thai silk kat situ mahal-mahal lah. Tak mampu lak nak beli.





Destinasi akhir untuk hari ni pulak ialah pegi Gems Gallery. Gems gallery ni tempat orang buat barang kemas and jual barang kemas. Abah bei cincin silver dengan batu garnet. We all tak beli ape-ape pun. Yang aku berkenan semua over budget. Ahaksssss. Lepas dah habis pusing semua kat gallery tu, we all pun balik hotel sebab nak berehat and sembahyang sebab malam nak kuar ke night market lak.

Malam lak kuar gi night market. Memang happening lah night market kat sini. Sepanjang-panjang jalan memang ade je gerai jual barang-barang. I like this place. Masa we all kuar gi night market ni, mak memang dah perasan aku punya mata dah merah tau. Badan aku memang dah panas dah masa ni. Tapi, aku malas nak layan sangat sebab shopping punya pasal. So, lepas makan we all start jalan kat night market tu. Sikit punya penat we all berjalan. Dapat lah beli t-shirt, beg and sarung bantal. Biler dah lama berjalan tu kaki dah penat. So, we all pun call lah Abang Razali sebab nak suruh Abang Razali call van suruh ambik kitorang. Kitorang memang tak larat sangat-sangat dah. Balik tu, sampai bilik hotel aku dah flat giler. Malam tu aku tido memang tak ingat punya lah. Memang aku tak larat sangat-sangat dah.



15HB DISEMBER 2005 - KHAMIS


Bangun pagi tu kepala aku pening sangat-sangat. Aku memang dah cakap dah kat adik aku, aku tak larat nak ikut diorang gi berjalan hari ni. Tapi, adik aku paksa jugak aku pegi. Die suruh aku bangun jugak and mandi air sejuk. Waaaaaa, dah lah demam. Kena lak mandi air sejuk. Tapi, aku gagahkan jugak diri ni mandi air sejuk. Lepas dah mandi tu terus rasa segar sikit. Lepas dah siap pakai baju ape semua, aku pun turun kat coffee house untuk breakfast. Makan pun aku tak lalu sangat. Aku makan roti 2 keping je.

Lepas semua dah breakfast, we all pun gerak ke destinasi seterusnya iaitu The Highest Spot In Thailand. Memang best lah tempat ni. Memang sejuk giler. Nasib baik aku pakai baju lengan panjang. Kalau tak memang aku tak tahan. Dah lah aku tak bawak sweater. Aku pegi toilet kat situ pun air die sejuk cam air dalam peti ais tu. Nasib baik aku ikut. Kalau tak, memang rugi lah. Dah lah sekali je dapat datang Chiangmai ni. Tapi, kalau ade rezeki sape tau kan.





Lepas dah puas bersejuk-sejuk kat atas tu, we all turun bawah balik and pegi kat satu tempat Royal Project Inthanon Research Station. Mak aku suka lah ni pegi tempat yang banyak bunga camni. Mak aku memang suka bunga. Lepas dah lepak-lepak tengok bunga kat situ, terus kitorang semua turun lagi sebab nak gi tengok air terjun. Nama air terjun tu Vachiratharn WaterFalls. Kat sini, sambil-sambil dok tengok air terjun, we all makan tengahari kat situ. Menu makan tengahari hari ni ialah pulut ngan daging bakar. Aku tak lalu nak makan pulut. Abang Razali pun gi carikan aku nasi ngan ikan bakar. Ahakssss, sayang gak Abang Razali kat adik die ni.






Lepas dah selesai kat waterfalls, time to go back to the hotel. But, on the way balik tu ade lak tempat jual perhiasan yang diperbuat daripada kayu. Masa ni mak, abah ngan Syida je yang turun. Aku memang dah tak larat dah. Memang dah pening sangat-sangat. Kak Basirah lak sakit perut. Mak aku sempat beli frame je kat situ. Lepas dah habis urusan kat situ, terus balik hotel. Lepas sembahyang memang aku tido tak ingat punya lah. Malam tu lak diorang planning nak gi night market lagi. Aku tak larat dah. Aku just kirim kat adik aku suruh beli cenderahati untuk kawan-kawan aku and aku pesan kat die jangan lupa beli kan aku makanan. Malam ni diorang plan nak gi makan steak. Mak aku datang jenguk aku kejap tanya aku sama ada aku nak gi klinik ke tak. Aku cakap ah tak yah gi klinik sebab aku dah makan panadol.


So, lepas diorang dah kuar, aku pun sambung tido balik. Aku tatau ah ape kena ngan badan aku ni. Aku rasa cam seram sejuk sangat-sangat. Siap ngan menggigil-gigil. Aku pun bangun lah gi tutup aircond. Bile aku dah tutup aircond pun still menggigil-gigil badan aku ni cam orang sakit malaria tu. Aku dah memang tak tahan dah. Aku dok menghitung masa je dok tunggu diorang balik. Dalam pukul 10 lebih diorang balik. Adik aku pun bukak cerita yang diorang pegi makan steak. Yang adik aku ni dok ingat ade lah black pepper steak ke ape kan. Rupa-rupanya steak tu diorang rebus. Punya lah kembang tekak nak makan. Adik aku bawak balik makanan pun aku tak lalu sangat nak makan sebab makanan tu dah sejuk. So, malam tu aku tido dalam keadaan perut aku yang kelaparan. Aku just minum mineral water jer.



16HB DISEMBER 2005 - JUMAAT


Bangun pagi tu aku rasa kepala aku tak betul lagi. Rasa cam rugi lak datang Chiangmai aku demam. Pagi ni demam ngan batuk aku ni cam dah capai tahap kronik. Nak telan makanan pun rasa cam sakit nye tekak aku. Aku gagahkan jugak diri aku ni untuk mandi sebab aku nak makan kat coffee house. Dah lah malam tadi aku tak makan. Tapi, bile turun kat coffee house, yang mampu aku telan pun hanya 2 keping roti je. Masa aku dok makan tu, aku dok fikir-fikir lah sama ada nak ikut diorang pi tengok gajah ke tak pagi ni sebelum check out. Tapi, memandangkan pada tahap kesihatan aku yang tak membenarkan aku pergi, so, aku tak pegi lah. Waaaaaa, melepas nak tengok gajah. So, aku habiskan masa aku dengan tido je kat bilik.


Diorang balik dalam pukul 12 lebih. Lepas dah sembahyang semua, we all pun check out lah dan terus pi kat tempat makan yang masa hari pertama we all pegi tu. Lepas makan kat situ, mak aku decide nak bawak jugak aku pegi klinik. Cari punya cari klinik tak der lah pulak. At last driver tu bawak kitorang pi Hospital Chiangmai. Merasa gak lah aku di rawat kat Hospital Chiangmai. Walaupun doktor tu cakap omputih, aku langsung tak leh paham. Nasib baik ade Kak Basirah. Ekekeke. Tonsil aku bengkak. Dr. tu bagi aku injection kat montot. Ekekekeke. Nasib baik dr. tu pompuan tau. Kalau dr. tu lelaki nasib ah.


Lepas dah selesai urusan kat hospital, terus bergegas ke Stesen Keretapi Chiangmai sebab we all nak naik keretapi ke Bangkok lak. Masuk-masuk je dalam keretapi, aku dah tak ingat ape dah. Yang aku tau aku nak tido jer. Kuat sungguh penangan ubat batuk ni. Dah lah tido awal. Aku bangun-bangun je pukul 1 lebih dah lah perut aku lak berbunyi mintak di isi. Aku pun ketuk cabin mak aku sebab nak ambik nasi. Baru makan suku dah rasa tak lalu. Lepas makan, aku baring sambil mata aku ni dok terkebil-kebil tak leh tido. Yer lah, sikit punya lama dah aku tido. Dah lah tengah malam ni tak leh tido balik. Nasib baik aku ade bawak buku cerita Adam dan Hawa. So, tak lah boring sangat. At last, habis gak aku baca novel tu.



17HB DISEMBER 2005 - SABTU


Sampai Bangkok, kawan Abang Razali dah tunggu dah. Destinasi seterusnya ialah ke Kanchanaburi. Tujuan kitorang pegi Kanchanaburi ni pun sebab nak tengok Bridge On The River Kwai. Atok aku dok sibuk bercerita pasal bridge tu. So, anak cucu die ni nak tengok lah bridge tu camane. Atok aku sibuk-sibuk sebab die adalah salah seorang daripada beribu-ribu buruh kasar yang di paksa untuk membuat laluan keretapi maut tu. So, bile dah ade peluang camni, anak cucu pun pegi je lah tengok bridge tu.


Sebelum pegi bridge, we all pegi Don Rak War Cemetery. Kat situ lah terletak nya kubur-kubur tentera omputih yang terbunuh masa perang dulu. Lepas we all pegi cemetery tu, we all pun terus ke Death Railway Museum yang terletak dekat sangat ngan cemetery tu. Lepas dah selesai kat sane, terus ke The Death War Museum lak. Museum die menggambarkan suasana tempat tinggal masa zaman jepun dulu. Tak leh ambik gambar sangat dalam museum tu.


Lepas tu terus ke Bridge On The River Kwai pulak. Kat situ memang best lah untuk sesape yang suka nak shopping barang-barang kemas. Mak aku memang suka lah pegi situ. Yang aku ni lak tak minat sangat. Kat sini, sempat lah naik keretapi merentasi Bridge On The River Kwai ni. Lepas dah turun dari keretapi, ape lagi, agenda shopping pun bermula lah. Aku sempat beli cenderemata untuk kawan-kawan aku. mak aku lak beli brooch ngan rantai.


Lepas tu, terus menghala balik ke Bangkok. On the way back tu sempat singgah sembahyang kat ade satu masjid ni. Org-org kat sini, org-org mazhab hanafi. Org mazhab hanafi ni memang tak bagi org pompuan sembahyang kat masjid. Tapi, we all ni selamber je sembahyang. Kalau tak sembahyang kat situ, nak sembahyang kat mane lagi. Macam-macam kan.


Sampai bangkok dah malam. Singgah makan kat satu kedai tomyam ni. Memang sedap lah tomyam kat situ. Diorang buat planning pulak nak kuar lagi lepas makan ni. Tapi, diorang nak balik rumah mandi-mandi and rehat kejap. Malam tu diorang nak jalan-jalan tengok lampu kat Bangkok. Aku surrender awal-awal lagi. Aku tak ikut diorang. Tido lagi best.







18HB DISEMBER 2005 - AHAD



Bangun pagi ni aku rasa segar. Tak der pening-pening kepala dah. Cuma yang ade sakit tekak je lah. Lepas sarapan je terus abang razali bawak kitorang pegi Old Siam Plaza sebab aku nak cari Thai Silk. Bukan untuk aku. Ade lecturer kirim kat aku Thai Silk. Lepas dah habis kat Old Siam Plaza, terus ke Golden Palace. Ambik gambar kat luar je sebab ramai sangat orang masuk. Sesak jadi nye. Lepas tu, meneruskan perjalanan ke Jattujak Market. Kat Jattujak market ni pun tak lama sebab ramai sangat orang. Gi beli ape-ape yang patut and terus balik.


Hari ni planning nak gi tido kat rumah mak kak basirah kat Nong Chok. Aku suka kawasan rumah die. Memang luas sangat kawasan umah mak kak basirah. Siap ade tasik buatan. Kesimpulan nye seronok lah. Mak Kak basirah masak ade lah dalam 7 ke 8 lauk. Tak larat sehhhh nak makan. Tapi, hentam je lah. Lepas makan tu sempat planning ngan Abang Razali tanya die nak gi mane lak esok. Die cadangkan we all gi Sarakburi. Tapi, kena tengok keadaan jugak sebab Sarakburi tu perjalanan nye ambik masa 2 jam dari umah mak kak basirah.


Malam lak time nak tido, tak sedar jam baru pukul 8.30 malam time bangkok. Masing-masing dah menguap dah. Maklum je lah kan, dok kawasan sunyi memang ah cepat mengantuk. Ape tak nye, kat Malaysia dah pukul 9.30 malam. dah memang time tido. Lagi satu, malam kalau kat area situ memang sejuk sangat. Kalau tido, memang tak payah pasang kipas.


19HB DISEMBER 2005 – ISNIN


Bangun pagi agak awal jugak. Lepas dah habis solat semua gi tolong Kak Basirah ngan Abang Razali prepare breakfast. Abah lak sementara tunggu nak breakfast, snap-snap gambar kat keliling umah mak kak basirah. Aku suka lah rumah ni. Ala-ala resort lak aku tengok. Lepas dah sarapan we all lepak-lepak sambil borak-borak. Dalam kol 11 lebih dah makan tengahari. Pukul 12.15 tengahari dah masuk waktu zohor. So, sebelum keluar rumah, siap-siap sembahyang baru lah selesa nak berjalan.



Destinasi seterusnya ke Pratunam for SHOPPINGGGGGGG. Aku beli handbag je. Adik aku memang gile-gile ah beli baju ngan seluar kat sini. Aku tak beli baju sebab orang-orang kat sini semua nya kecik-kecik. Tak der pun baju untuk orang besar. Yang ade pun, baju untuk lelaki yang besar. Saiz nye sampai 8XL. Besar giler baju nye. Memang giant ah.





Lepas Pratunam, we all hantar Kak Basirah balik umah sebab die nak keje esok. Sebelum tu, sempat ambik anak die kat umah adik kak basirah. Sempat jumpa adik kak basirah. Maintain je aku tengok adik kak basirah ni walaupun dah ade anak sorang. Kulit die memang lawa. Aku suka sangat tengok muka die.



Lepas dah send kak basirah, terus menghala ke satu restoran ni untuk jumpa Uncle Mad Din. Die nak belanje kitorang makan. Masa sampai kat parking, Paksu Sutat sambut we all. Paksu Sutat ni sebenarnya atok sedara aku. tapi, die tanak bagi cucu-cuc sedara die ni panggil die Toksu Sutat. Hehehehe. Macam-macam lah atok sedara aku nih. Sessi makan-makan berjalan dengan lancar. Makanan pun sedap-sedap belaka. Tak snap gambar pun sebab kusyuk makan. Lagi pun, kalau aku ambik gambar karang sedara mara aku kata aku jakun lak. Hehehehe. Malam tu, we all tido kat rumah Uncle Mad Din. We all borak-borak sampai tak sedar jam dah pukul 1 pagi. Dah lah esok nak kena bangun awal sebab Uncle Mad Din ngan wife die keje. Die kuar umah pukul 7 pagi. So, dengan kitorang pun kena lah keluar awal jugak.




20HB DISEMBER 2005 - SELASA


Pagi ni we all sarapan kat luar dengan sedara mara aku kat kedai tepi jalan. Aku tatau lah pulak nama kedai ni. Makan roti canai ala-ala siam. Aku rasa memang sedap lagi Malaysia punya roti canai.


Lepas dah habis sarapan, terus menghala ke rumah sepupu-sepupu atok aku. Aku ngan family aku dah lah tak pandai cakap thai. Aku rasa kitorang ni dah macam ayam ngan itik. Ahahaha. Nasib baik ade Abang Razali. Die lah yang jadi translator kitorang.





Lepas tu lak, terus menghala ke OTOP (One Tamboon One Product). Kat sini ade jual macam-macam barang dari kampung. Kira cam pameran dari satu kampung ke satu kampung lah. Kat sini we all beli flower soap. Sempat makan tengahari kat sini.



Lepas dah selesai kat OTOP, we all menghala ke last place sebelum we all balik Malaysia. We all pegi MBK lagi sekali sebab rasa cam tak puas shopping kat situ masa first day. I managed to buy 6 handbags. Banyak nye. Abah aku siap cakap aku nak tukar handbag hari-hari pi keje. Sabo je lah. Dah banyak sangat. Jalan-jalan kat MBK sampai melecet-lecet kaki ni. Nasib baik dah last day. Sempat beli “Lokchub” untuk bawak balik bagi kawan-kawan.


Balik tu lepak sambil-sambil tengok mak dok kemas beg. Aku ni tak reti lah bab-bab nak kemas beg. Kalau beg sendiri aku tau lah. Ni sebab banyak sangat barang kan. So, aku jadi tak reti.


Malam tu diorang keluar lagi for the last time pegi minum teh. Aku sekali lagi tak ikut diorang. Tak larat sangat-sangat. So, kesimpulan nya aku tido.



21HB DISEMBER 2005 - RABU


Hari ni bangun pukul 4 pagi sebab flight pukul 8 pagi. Kena check in 2 jam awal. So, kena sembahyang kat airport. Sedihnya rasa dah nak kena balik Malaysia. Sedih bukan ape, dah seronok-seronok kat sini, kena balik lah pulak. Waaaaaaa. Tak besh nye dah nak kena keje. Dah cuti 2 minggu. Agak malas lak nak gi keje.

No comments: