Wedding Ticker

Daisypath Anniversary tickers

Birthday ticker

Lilypie Third Birthday tickers

Breastfeeding Journey

Lilypie Breastfeeding tickers

Birthday Ticker

Lilypie First Birthday tickers

Thursday, January 05, 2006

Happy 1st Birthday Dearest Blog



Happy first birthday to my dearest blog. Pejam celik pejam celik dah setahun dah usia blog aku ni. Aku start buat blog ni dah lama dah. Tapi, aku start buat blog ni tahun lepas. Kalau nak cerita sejarah aku buat blog ni memang dah lama dah aku start buat blog. Aku start blogging masa tahun 2002. Kebetulan lak ade sorang abang ni die pun ade blog. Blog die pun agak glamour lah jugak masa tu. Kalau tak baca blog die sehari memang tak sah. Kalau tak baca blog die pun, aku suka dengar lagu jepun dalam blog die tu. Salah satu sebab aku buat blog pun sebab abang tu ade bagi dorongan gak untuk aku menulis blog.


Masa tu aku saje suka-suka nak buat blog sebab teruja tengok adik aku yang 15 tahun pun dah buat blog. So, aku mintak tolong die buatkan blog untuk aku sebab masa tu aku ni memang buta IT. So, die pun tolong lah aku buatkan satu blog. Skrg ni bile aku baca balik entry dalam blog tu aku gelak sendiri sebab cam kelakar sangat-sangat. Kalau korang semua nak baca antara entry aku dulu-dulu, kat sini aku link kan aku punya blog Dramatic.


Dulu zaman aku suka-suka je blogging. Tapi, sekarang ni bile aku dah start keje, aku nak serius blogging. Bagi aku, kalau buat blog ni bagus sebab kite boleh luahkan apa sahaja kat dalam blog. Antara blog-blog yang aku selalu lawat ialah blog adik aku, Mak Andeh, Kak Elin, Lolyta, Kak P-Nut, Along, Sultan Muzaffar, Najmi dan macam-macam lagi. Yang tersenarai tu adalah antara favourite aku lah.


Kat sini, aku nak ucap terima kasih banyak-banyak kat adik aku sebab die lah yang banyak ajar aku bile aku dah terjun dalam arena blog ni. Thanks sis. Dan semua yang bagi dorongan kat aku supaya aku terus menulis blog.

No comments: