Wedding Ticker

Daisypath Anniversary tickers

Birthday ticker

Lilypie Third Birthday tickers

Breastfeeding Journey

Lilypie Breastfeeding tickers

Birthday Ticker

Lilypie First Birthday tickers

Monday, January 30, 2006

Koleksi Novel



Aku tak leh tido masa aku wat entry hari ni. Dah tak leh tido so, aku pun create satu entry tentang koleksi novel yang dah aku kumpul. Ni baru je novel dari alaf 21. Belum lagi koleksi novel creative lagi. Memang dah berlambak-lambak dah dalam almari aku. Mak aku dah bising-bising dah sebab kalau aku kuar gi shopping ke memang ade je lah koleksi novel baru yang aku akan bawak balik. Mak aku pernah bebel-bebal kata nak bakar koleksi novel aku ni. Tapi, mak aku tak buat pun. hehehehe.


Aku start kumpul novel ni masa aku form 4. Aku memang minat sangat membaca. Kat rumah lak aku dok satu bilik ngan adik aku yang suka jugak membaca. Tapi, die baca novel omputih. Aku baca novel bahasa melayu.

Antara penulis novel yang memang favourite aku adalah Sri Diah, Norhayati Berahim, Anis Ayuni, Aisya Sofea, Sharifah Abu Salem dan Damya Hanna. Kalau novel diorang ni memang aku tak miss lah. Kalau novel yang aku tak berkenan ngan penulis tu aku pinjam je lah dari kawan aku.

Sekarang ni lak aku berkongsi hobi yang sama ngan officemate aku Ain ngan Ayun. Nak-nak pulak tempat aku keje ni dekat lah pulak ngan ALAF 21 punya pejabat. Lagi lah aku ligat beli novel ni. Rugi tak beli sebab diorang bagi 15 peratus kalau kite beli kat toko buku ALAF 21.

Kawan-kawan aku yang datang rumah aku memang terkejut tengok koleksi buku aku yang banyak ni. Diorang siap suggest kan kat aku sape yang nak baca di kenakan bayaran. Tapi, aku malas ah. Aku senang punya orang. Nak pinjam boleh tapi, harap pulang balik ah kan. Ade gak antara koleksi novel yang aku sayang tapi, kawan aku tak pulangkan.

Seingat aku lah kan, novel BUKAN PUTERI LINDUNGAN BULAN ngan satu novel Ahadiat Akasyah yang aku tak ingat tajuk nye, kawan aku pinjam tapi, hilang dalam jagaan diorang. Aku nak mintak ganti pun serba salah. Aku redha je tapi, dalam masa yang sama aku sedih lah jugak sebab itu lah antara novel paling tebal dan paling mahal pernah aku beli. Satu novel cecah RM100 jugak tau. Dah lah aku beli novel tu masa aku form 4. Kumpul duit tau nak beli novel tu. Tup-tup kawan aku pinjam hilang lah pulak.

Novel pertama yang aku beli ialah CINTA MARISSA dan novel terakhir aku beli ialah RINDU DI KALBU yang aku pun belum sempat habis baca lagi.

Sekian sahaja cerita tentang koleksi novel saya. Hehehehe.

No comments: