Wedding Ticker

Daisypath Anniversary tickers

Birthday ticker

Lilypie Third Birthday tickers

Breastfeeding Journey

Lilypie Breastfeeding tickers

Birthday Ticker

Lilypie First Birthday tickers

Wednesday, March 01, 2006

9887

Semalam aku pegi JPJ dan alhamdulillah dah selamat booking number untuk kereta baru. Plat number nye ialah BH* 9887. Memang family aku ni dari dulu pakai number 9887 ni. Kira cam lucky number family aku lah. Hehehehe. Kat sini aku senaraikan kereta-kereta yang pernah abah pakai yang menggunakan number pendaftaran 9887 ni. Kereta yang memula abah aku pakai ialah keta fiat. Number pendaftaran keta ni DG 887. Keta fiat ni abah aku memula pakai sejak mak ngan abah aku baru balik dari England.

Pastu, pakai van pulak. Number pendaftaran van ni pulak JB* 9887. Van ni beli kat JB sebab tu number pendaftaran start ngan J. Tapi, van ni abah aku dah jual kat pakcik aku. Lama jugak lah family aku pakai van ni. Start dari umur aku 3 tahun sampai lah umur aku 20 tahun.

Dalam pada pakai van tu, abah beli pulak Kembara Special Edition warna hitam. Masa tu, aku dah ade lesen. Number pendaftaran Kembara ni pulak BG* 9887. Kan aku dah cakap tadi, family aku memang takkan ambik number lain selain daripada number 9887 ni. Memang dah jadi tradisi lah kan.

Lepas tu, terus abah aku jual van kat pakcik aku. Bile jual van tu kat pakcik aku tak der lah ralat sangat sebab at least nampak gak lah keadaan van tu camane kan. Kalau jual kat org lain rasa cam tak best sebab kitorang adik beradik membesar dengan van tu. Bile dah jual van, abah pun decide nak beli keta baru lagi. Kali ni, abah beli kereta wira aeroback. Number pendaftaran untuk keta ni pulak B*K 9887 dan keta ni lah yang aku dok bawak ke hulu ke hilir. Abah pulak buat masa ni pegi keje naik komuter sebab ofis abah kat KL Sentral. So, pagi-pagi aku lah yang kena hantar abah kat Stesen Komuter Batu 3. Balik pulak aku lah yang kena ambik kat Stesen Komuter Sungai Buloh. Itu pun, kalau abah tak bawak balik trooper ofis.

Dan latest, BH* 9887. Keta nya belum kuar lagi. Tapi, number dah siap booking. Dealer tu kata dalam seminggu dua lagi kuar ah keta. We’ll see lah nanti camane. Now, aku tengah pening kepala memikirkan tentang kenaikan harga petrol. Huhuhuhu.

No comments: