Wedding Ticker

Daisypath Anniversary tickers

Birthday ticker

Lilypie Third Birthday tickers

Breastfeeding Journey

Lilypie Breastfeeding tickers

Birthday Ticker

Lilypie First Birthday tickers

Thursday, February 16, 2006

Peristiwa Lucu Di Petang Hari


Semalam terjadi lah peristiwa lucu antara aku ngan abah aku. Aku ni biase lah kalau malas nak balik umah awal, aku lepak jap umah kawan aku kat sek 8. Kebetulan lak abah aku call suruh suruh ambik kat komuter Sungai Buloh dalam pukul 7 malam. Yang aku ni pulak malas nak ke komuter Sungai Buloh sebab ade pembinaan yang tak siap-siap lagi tu. So, abah aku pun Tanya lah kat mane aku senang nak ambik abah aku.


Aku pun cadangkan lah nak ambik abah aku kat stesen komuter batu 3. So, dah deal lah nak ambik abah aku kat batu 3. sambil-sambil dok tunggu pukul 7 tu, aku lepak ah tengok tv cite cina kat rumah kawan aku. Dalam pukul 6 lebih abah aku sms aku nak bagitau die akan sampai kat Stesen Batu 3 pukul 6.50 petang. Yang aku ni dah siap-siap kuar rumah semua aku dengan confidentnya terus lah menghala ke Stesen Padang Jawa tanpa aku sedari yang sebenarnya aku nak ke Stesen Batu 3.


Yang aku ni pun dah sampai Stesen Padang Jawa, terus aku turunkan kerusi kereta aku sebab aku rasa mengantuk yang amat. Pastu, aku terus lelapkan mata. Masa tu dah pukul 6.35 petang. Aku bangun-bangun je jam dah menunjukkan pukul 6.55 petang. Aku pun cuak ah jugakkan takut-takut abah aku dah sampai ke kan. So, aku tunggu lagi. Aku pun nak sedapkan hati aku maybe abah terlewat naik train kot. Aku pun layan ah hotfm.


Dalam pukul 7.15 abah aku call aku Tanya aku kat mane. Lebih kurang camni ah dialog abah aku:


Abah : Nina kat mane ni?

Aku : Nina kat dalam kereta ah tengah tunggu abah.

Abah : Manenye? Tak nampak pun.

Aku : Ade ni haaaa. Kat dalam kereta bebetul depan tangga nak turun ke carpark.

Abah : Eh, tak der pun. Awak tunggu kat mane ni sebenarnya?

Aku : Eh, abah suruh tunggu kat mane ek tadi? (dalam keadaan blur)

Abah : Lorrrrr, awak tunggu kat Padang Jawa ke? Tadi, Nina yang suruh abah tunggu kat Batu 3. Yang gi tunggu kat Padang Jawa tu sape suruh.

Aku : Alaaaaa, sorry lah abah. Salah faham lah pulak. Ok lah. Nina ambik abah kat Batu 3 lah. Tunggu ek Abah. Sorry.


Wakakakaka. Masa on the way ke Stesen Batu 3 tu aku gelak sorang-sorang dalam kereta mengenangkan betapa blur nya aku. Tak pernah lagi aku salah stesen kalau nak ambik abah aku kat komuter. Semalam lah hari yang paling blur buat aku. Abah aku bantai gelakkan aku. Sabo je lah. Maybe sebab aku penat kot.

No comments: