Wedding Ticker

Daisypath Anniversary tickers

Birthday ticker

Lilypie Third Birthday tickers

Breastfeeding Journey

Lilypie Breastfeeding tickers

Birthday Ticker

Lilypie First Birthday tickers

Thursday, March 23, 2006

Hal Kereta & Swimming

Dah agak lama jugak aku tak update blog aku ni. Bukan aku sengaja tanak update. Tapi, bile time aku nak update je mesti aku kekeringan idea ape aku nak tulis. Otak aku blurrr. Tulis sikit padam, tulis sikit padam. Terus aku ambik keputusan berehat je lah kejap dari update blog ni. Last-last bersawang jadi nye blog aku ni.


Aku nak cerita pasal semalam ni. Aku balik rumah dalam kol 5 petang after office hour lah kan. Sampai kat rumah, lepak lah kejap depan computer sambil borak-borak ngan mak and adik aku. Hajat nye semalam memang nak balik lewat sikit sebab nak gi lepak kat rumah member aku Ain. Tapi, sebelum habis keje tu aku call lah mak aku nak bagitau aku balik lewat. Bile aku dengar je suara sayu mak aku terus aku tak jadi balik lewat. Mak aku baru lepas bercakap ngan atok aku kat Kelantan. Mak aku menangis cakap ngan atok aku. Aku agak maybe sebab mak aku pun dah lama tak balik Kelantan. So, rasa rindu tu ade lah sikit-sikit. Tu yang mak aku menangis tu. Kebetulan pulak, lepas mak aku habis bercakap ngan atok aku, aku lak yang telefon. Patut lah engaged je aku call mak aku sebelum tu.


So, kesimpulan nye tak jadi lah aku balik lewat semalam. Bukan ape, aku nak comfortkan mak aku yang maybe dalam kesedihan. Aku kalau boleh, selagi mak aku bernafas lagi ni, aku nak gembirakan mak aku. Aku tanak nanti, aku menyesal di kemudian hari sebab aku tak mampu nak menggembirakan hati mak ngan abah aku. Biar lah bukan dengan wang ringgit pun. Dengan kasih sayang pun boleh jugak buat mak ngan abah aku gembira. Aku sebenarnya nak citer hal lain. Tapi, dah melalut ke lain pulak.


Aku nak citer hal aku ni haaaa. Selama ni kan, aku ni jenis bawak keta, main bawak je. Aku memang tak heran sangat pasal bile nak kena renew road tax, tayar tu ade angin ke tak, insurans nak kena renew ke tak dan ape-ape yang berkaitan ngan kereta lah kan. Adik ngan abang aku selalu marah aku sebab main bawak je keta tu. Hal ehwal kereta tu aku langsung tak ambik tahu. Yang aku tau pasal kereta ialah isi minyak and bawak ke mane aku suka.


Road tax kereta mati semalam pun aku boleh tatau. Sabo je lah aku ni tau. Tu lah aku cakap, aku ni tau bawak keta je. Hal ehwal keta, dari service, road tax, insurans dan sebagainya semua abah aku yang uruskan. Aku ni nampak gaya memang tak leh nak pakai keta lagi lah. Semua pasal kereta aku tatau. Cuba lah bayangkan, masa hari ahad baru ni, aku nak isi angina tayar pun aku tatau pressure tayar tub ape. Memang haru betul aku ni. Setiap kali nak isi angina tayar, setiap kali tu lah aku nak kena call abah aku tanya. Nasib baik lah abah aku pun ok je. Tak merungut pun. Kesimpulan nye, aku kena banyak lagi belajar hal kereta ni.


Tu hal kereta. Ni pulak aku nak citer hal mak, aku ngan adik aku dah start balik gi swimming kat apartment abang aku kat Prima Damansara. Dah agak lama jugak lah aku tinggalkan arena swimming ni. Tapi, alhamdulillah skrg ni aku dah start balik. Yang aku paling suka nye kan, masa aku pegi tu hari sabtu lepas asar. Tak der org pun dok berenang kat swimming pool tu. Yang ade pun Cuma kitorang bertiga je. Seronok sangat lah. Kira nya, tak der gangguan lah nak berenang pun.


Minggu depan aku nak ajak anak-anak makcik aku lak gi swimming kat apartmen abang aku tu. Bukan ape, ramai-ramai seronok sikit. Lagi pun, sepupu aku dah lama dok mengajak aku swimming kat pool Ui*M. Aku malas nak swimming kat pool Ui*M sebab pool kat situ besar sangat ah saiz olimpik. Aku prefer pool yang tak besar sangat. Aku kalau boleh, swimming ni aku nak jadikan rutin. Bukan ape, aku ni dah lah malas nak jogging. So, dengan berenang ni aku harap boleh lah tingkatkan stamina sikit-sikit. Aku ni nak kata pandai berenang tu tak der lah. Tapi, boleh lah berenang sikit-sikit tu. Sebab mak aku ade hantar we all pegi swimming class masa tinggal kat KL dulu.



3 comments:

Anonymous said...

Hi!!! eyzzros.blogspot.com is one of the most excellent resourceful websites of its kind. I enjoy reading it every day. I will be back.

Anonymous said...

The author of eyzzros.blogspot.com has written an excellent article. You have made your point and there is not much to argue about. It is like the following universal truth that you can not argue with: Wherever you go, you will have been there Thanks for the info.

Anonymous said...

eyzzros.blogspot.com is the best. Thank your for this article. I enjoyed it very much.
AAA Toronto Payday Loans 1172 Bay St #101, Toronto, ON M5S 2B4 (416) 477-2817