Wedding Ticker

Daisypath Anniversary tickers

Birthday ticker

Lilypie Third Birthday tickers

Breastfeeding Journey

Lilypie Breastfeeding tickers

Birthday Ticker

Lilypie First Birthday tickers

Tuesday, March 07, 2006

Kunjungan ke Aroma Garden

Hari ni aku ambik cuti. Saje je nak rehat-rehat kat rumah sebab aku dah siap buat soalan exam untuk semester ni. So, aku ambik lah cuti satu hari. Aku online dari pagi sampai ke petang. Ingatkan nak dok rumah je lah kan. Tapi, dalam pukul 1 lebih abah call mak bagitau yang hari ni abah dah setkan appointment untuk pergi ke Aroma Garden untuk full body massage. Actually abah dapat gift certificate tu dah lama from bulan 12 lagi.



Hari ni last day pulak tu. Tu yang tergesa-gesa abah buat appointment. Sabo je lah.
So, appointment dah set pukul 6.30 petang. Dalam pukul 5 lebih dah gerak dari Sungai Buloh dan terus menghala ke KL Sentral sebab nak pi jumpa Pakcik Rahim sebab nak collect GC tu. Memula tu cadangnya mak, aku ngan Syida yang nak buat full body massage. Tapi, end up mak suruh Kak Ya yang buat full body massage tu. Mak malas nak wat. Eekekeke. Mak, abang azzam ngan Dina gi jalan-jalan kat Midvalley sementara we all gi Aroma Garden tu. Nasib baik lah sebelah ngan Midvalley je. Boleh lah diorang melilau kat sane sementara we all gi sane. Memang best rupa nye massage ni. Aku tak pernah experience massage ni. Masa kat Chiengmai dulu pun aku tak buat massage sebab aku demam.


Bile dah start massage ni rasa cam nak gi massage tiap2 bulan. Hehehehe. Tapi, tengok budget ah kan. Massage ni ambik masa selama 1 jam je. Lepas dah selesai, we all pun bergegas ke Jusco Midvalley sebab nak kejar waktu nak solat maghrib. Nasib baik sempat. Lepas solat, pegi makan KFC. Lapar woooo, hari ni sempat makan pagi je. Tengahari tadi tak makan pun.
Lepas makan, balik hantar abang azzam, kak ya and dina balik TTDI and we all pun meneruskan perjalanan ke Sungai Buloh. Nak kejar cerita Dalam Hati Ada Cinta. Bile lah cerita ni nak habis gamak nye ek?






No comments: