Wedding Ticker

Daisypath Anniversary tickers

Birthday ticker

Lilypie Third Birthday tickers

Breastfeeding Journey

Lilypie Breastfeeding tickers

Birthday Ticker

Lilypie First Birthday tickers

Thursday, March 30, 2006

Pizza Italiano

Semalam aku tak keje. Aku ambik cuti sebab nak gi sign agreement untuk pembelian kereta baru. Aku bangun-bangun pagi je mak aku dah kuar gi kelas mengaji. So, aku mengadap lah komputer sampai pukul 11 lebih. sambil-sambil mengadap komputer, aku pasang VCD. Aku ni kalau bab buat 2 keje dalam satu masa memang aku terror.

Kuar kol 11 lebih tu, gi buat bank draft dulu kat bank kepala rimau. Lepas dah buat bank draft, terus menghala ke kedai kereta. Hehehehe, aku tak leh ah bagitau nama kedai tu. Karang korang semua dapat agak aku beli keta ape. Ekekekek. Bile keta dah kuar nanti, baru aku war-warkan kat blog ek keta ape yang aku beli. Tak sabar ni nak naik kereta baru. Bile dah sampai kat kedai tu, lepak kejap sementara nak tunggu abah aku. Bile abah aku dah sampai, baru lah kitorang ni di beritahu untuk sign agreement tu kat damansara.

Kalau bagitau awal-awal kan senang. Tak payah lah abah aku ke Sungai Buloh. Abah aku terus je lah ke Damansara kan. Hampeh sungguh. Bile dah selesai urusan semua, terus menghala ke UNITAR Kelana Jaya nak fetch adik aku yang baru habis kelas kol 2 petang. Lepas tu, terus menghala ke KL sebab nak gi umah mak long aku kat Kampung Baru. Aku ngan adik aku dah planning nak gi KLCC sebab adik aku nak gi tukar barang. Yang aku ni gi KLCC memang tak der lain, lalu lah depan butik Coach lagi sebab sesaje je nak tengok-tengok. Hehehe.

Sebab lain aku ke KLCC ialah sebab aku nak makan kat Pizza Italiano kat Food Court KLCC. Lasagne, Alfredo and Spagetti Bolognese kat situ memang superb ah. Memang sedap giler babas ah. Aku kalau gi sane, memang aku akan order Alfredo je. Sampai brother tu pun dah kenal dah kitorang ni. Side dishes mesti ade lasagne. At last, lasagne tak habis. Bungkus ah bawak balik.

Lepas dah makan, balik ke Kampung Baru. Ingat nak balik terus ke Sungai Buloh. Tapi, mengenangkan jalan mesti Jammed and packed giler, dok ah dulu sementara dok tunggu sepupu sepapat aku balik keje. Dah lama beno aku tak jumpa diorang. Family aku ni kalau dah jumpa ngan family Mak Long aku ade-ade je lawak jenaka yang keluar. Kalau tak lawak jenaka pun mesti kuar gossip. Tak kira ah gossip pasal sape pun. Tapi, selalu nye gossip pasal artis ah. Dah ah semalam kat KL hujan lebat, target nak balik betul-betul lepas maghrib. Tengok-tengok jam dah pukul 8 malam. Sikit punya asyik bergossip, sampai tak ingat nak balik rumah.

Nasib baik lah jugak balik rumah tu jalan tak jammed. So, sempat lah tengok cite Natasha. Malam semalam abah tak balik sebab abah gi Melaka. Saje survey-survey hotel nak wat convention bulan 6 ni. Hopefully, aku dapat ah ikut. Dah lama sangat tak gi vacation. Mintak-mintak lah cuti approve.

Kat bawah ni aku letak gambar Lasagne, Alfredo ngan Spegetti Blognese. Sorry lah ek, gambar agak blurrr sebab ambik guna HP Huawei je.


No comments: