Wedding Ticker

Daisypath Anniversary tickers

Birthday ticker

Lilypie Third Birthday tickers

Breastfeeding Journey

Lilypie Breastfeeding tickers

Birthday Ticker

Lilypie First Birthday tickers

Monday, April 03, 2006

Aktiviti Hari Minggu



Antara aktiviti hari minggu family aku ialah belajar harfiah ngan mak aku. Mak aku asal nya belajar ngan ustazah Na dan alhamdulillah skrg ni die boleh mengajar kitorang anak beranak pulak. Memang tiap-tiap hari ahad jangan harap lah nak dapat bangun tido lewat. Pukul 6 lebih tu mak aku dah bising-bising kejutkan kitorang semua bangun sebab die nak mengajar harfiah. Selalu nye, mak mengajar harfiah ni ambik masa dalam sejam je. Alhamdulillah, bile mak mengajar harfiah ni, dapat lah aku tau sikit-sikit makna bacaan dalam sembahyang.


Selalu nye, lepas mak mengajar harfiah, aku ngan adik beradik aku yang perempuan akan sediakan breakfast. Tapi, hari ni abah aku belanje breakfast kat luar. So, we all pun bersiap lah and gi makan kat Kedai Mok Su. Mak ngan adik-adik aku makan nasi kerabu, abah makan nasi dagang and aku makan nasi berlauk. Masa tengah-tengah makan tu, abah aku dengan baik hatinye ajak lah mak aku gi tengok orkid kat Rawang. Mak aku pun ape lagi, suka yang amat lah dapat gi rawang tengok orkid. Aku yang tak suka pokok ni lah yang bosan gilerrrr.


Sampai-sampai rawang, decide nak dok dalam trooper je sebab nak dengar carta HotFM. Tapi, adik aku sibuk dok ajak aku kuar. Nak suruh aku jadi produktif sikit. Malas sungguh aku. Dah kuar tu aku pun snap-snap lah gambar. Tak lama aku dok luar tu. aku ni mane lah boleh nak gi tengok bunga lama-lama. At last, aku masuk jugak dalam trooper dek kerana bosan melanda. Aku ingat mak aku borong banyak lah pokok orkid. Rupa-rupanye sikit je. Lepas dah habis kat rawang, we all pun balik umah.


Petang ni lepak-lepak kat umah je sebab malam ni nak kuar gi Gombak. Nak hantar adik aku balik asrama. Kualiti gambar kat bawah ni blur sikit ek sebab lupa nak bawak kamera. So, ambik ngan hp jerk. Huhuhuhu.





No comments: