Wedding Ticker

Daisypath Anniversary tickers

Birthday ticker

Lilypie Third Birthday tickers

Breastfeeding Journey

Lilypie Breastfeeding tickers

Birthday Ticker

Lilypie First Birthday tickers

Sunday, April 02, 2006

Happy Family, Snap, Donkey dan Old Maid


U all semua ade tak pengalaman main kad OLD MAID, SNAP, HAPPY FAMILY dan DONKEY. Bagi aku, benda ni memang mainan aku ngan adik beradik aku masa kitorang kecik-kecik dulu. Seronok main kad ni dulu. Bukan setakat aku ngan adik beradik aku je. Tapi, ngan sepupu-sepupu aku semua join main. Siap kena kan denda lagi kalau sape kalah. Memang seronok sangat bile ingat time tu.


Baru-baru ni aku gi Plaza Shah Alam kat satu kedai buku kat situ. Aku ternampak lah kat kedai tu satu set kad ni. Satu set ade empat kad ni. Aku memang dah lama gak lah cari kad-kad ni. Nasib baik gak aku jumpa kedai yang jual kad ni. Murah pun murah. RM3.00 untuk empat set kad ni. Aku pun, tanpa buang masa terus grab dan bayar. Saje je suka-suka beli sebab dah lama sangat tak main ngan adik-adik aku.


Balik-balik tu adik-adik aku yang dok hostel semua balik. Ape lagi, aku kerah adik-adik aku untuk main kad tu ngan aku. Yang tanak main pun, aku kerah gak main ngan aku. Sampai kan abah aku pun teringin nak main. Selalu nye, kalau aku main Saidina ke ape ke abah aku bukan nak join main pun. Tapi, biler kitorang main kad ni abah aku sibuk nak join. Seronok bile abah aku join. Bantai gelak lah masa kitorang main kad ni. Kelakar sangat. Kiranya dengan main kad ni boleh merapatkan hubungan adik beradik aku ngan abah aku.


p/s : Siti, bile nak balik dari hostel? Nak main kad ni. Tak sabar. Hehehehe. Nak main bertiga tak syok lak.

No comments: