Wedding Ticker

Daisypath Anniversary tickers

Birthday ticker

Lilypie Third Birthday tickers

Breastfeeding Journey

Lilypie Breastfeeding tickers

Birthday Ticker

Lilypie First Birthday tickers

Friday, April 07, 2006

I Miss Them Badly




My Atok : Miss sangat-sangat kat atok sebab dah lama tak jumpa. Last time jumpa pun masa raya. Lepas tu tak jumpa pun. Akhir bulan ni mak ngan abah insyaallah nak balik kampung sebab ade kenduri anak Kak Nah kat Golok. Aku tatau ah boleh ikut ke tak sebab masa tu tengah sibuk exam. Waaaaaaaaa. Nak ikuttttt.


My 1st Brother, Abang Farid : Sejak die dah dok sendiri ni missed sangat-sangat nak gaduh ngan die. Ahaksss. Aku ngan die memang kaki gaduh. Tapi, gaduh-gaduh manje je lah. Memang aku ngan die kuat bertekak. Tapi, tak lama lepas tu dah baik. Biase lah kan, adik beradik. Air di cincang takkan putus. Abang aku yang ni memang garang habis lah. Takut woooo.


My Second Brother, Abang Azzam : Rindu jugak kat abang aku Azzam ni. Padahal bukan rindu kat die sangat pun. Rindu kat anak die je. Ahakssss. Abang aku yang ni die cool sikit. Langsung tak garang ngan adik-adik. Tapi, tak bermakna kitorang boleh pijak kepala die kan.


My Sister In Law, Kak Ya : Aku rindu ngan kak ya sebab kak ya ni kira sporting ah. Boleh layan borak ah kalau die dating rumah kitorang. Macam-macam cite kuar kalau kitorang borak ngan die. Aku boleh citer macam-macam ngan die. Dari hal sekolah dulu-dulu sampai citer filem ke ape ke. Kitorang dulu satu sekolah. Dulu masa sekolah, abang aku ngan kak ya tak bercinta. Dah lepas sekolah baru lah bercinta.


My Baby Sister, Siti : Aku rindu ngan die. Dah jumpa hari rabu hari tu pun, aku still miss sangat2 kat die. Die ni tido satu bilik ngan aku. Aku rindu nak tido satu bilik ngan die. Die selalu marah aku sebab tak kemas bilik and die lah yang akan kemas bilik tu. Tapi, die tak kemas kat bahagian aku. Die kemas kat bahagian die je. Hampeh sungguh. Aku rindu jugak nak berebut main computer ngan die. Miss u lah Siti. Cepat lah 17hb. Tak sabar dah ni. Sekarang ni tak sabar. Bile dah balik nanti, gaduh. Ahakssss. Tak per kan, gaduh manje.


My Baby Brother, Umar : Sejak die dah dok kat asrama ni, aku dah tak der orang nak berebut kereta. Kalau die ade kat rumah, memang we all akan bertekak je sebab berebut nak pakai kereta. Ape lah punya lawak. Nak pakai kereta pun sampai bertekak. Tapi, aku sayang adik aku ni. Die lah satu-satu nye adik lelaki aku yang telah di manja kan berlebih-lebihan oleh mak aku. Love u.


My Lovely Becok Niece : Aku rindu kat anak buah aku sorang ni. Tambah-tambah skrg ni dah makin banyak perkataan die dah pandai sebut antaranya, bird, fish, cat, abah. Mak Lang tak pandai gak die sebut. Sabo je lah. Anak buah aku ni takut yang amat ngan CAT. Nampak je CAT terus die menangis. Aku sayang die sebab die lah satu2 nye anak buah aku buat masa ni. Love u so much Dina.


Member-member sekolah : Aku rindu sangat-sangat zaman persekolahan aku dulu. Tak kira lah sekolah rendah ke menengah, aku rindu semua nya. Aku miss sangat-sangat kat kawan-kawan aku. Sesape antara kawan-kawan aku masa Methodist Girls School, Brickfields, Kuala Lumpur (1990-1993), Sek. Men. Keb Bukit Gading, Sungai Buloh(1994-1999) ade baca blog aku ni harap dapat lah contact aku ke send email kat aku. Email aku ialah eyzzahbatrisyia(at)yahoo(dot)com. Nanti boleh lah kite wat reunion. Aku udah rindu banget sama kamu semua. Love u guyssss.



No comments: