Wedding Ticker

Daisypath Anniversary tickers

Birthday ticker

Lilypie Third Birthday tickers

Breastfeeding Journey

Lilypie Breastfeeding tickers

Birthday Ticker

Lilypie First Birthday tickers

Friday, June 23, 2006

Hari Yang Excited Giler

Hari ni lepas balik keje, aku bergegas balik rumah sebab nak kena ambik mak ngan adik aku sebab nak hantar mak aku gi kl. Mak aku ade dinner malam ni ngan abah kat hotel istana. Tension aku bawak kereta petang tadi sebab kat KL hujan lebat dan jammed sane sini. Tension betul. Sampai rumah mak long aku dalam pukul 6.50 petang. Sampai-sampai je nampak abah parking kereta kat tepi bahu jalan. Dalam hati ni tertanya-tanya lah jugak kenape abah tak parking kat dalam area rumah mak long. Rupa-rupa nye rumah mak long aku banjir. Rumah Mak Long aku ni memang selalu sangat banjir kalau hujan lebat.





Lepas dok lepak-lepak jap borak ngan Rosma, kitorang pun terus menghala ke Gombak sebab nak ambik adik aku kat asrama die. Sebelum tu, melilau gak lah mencari surau sebab adik aku tak solat lagi. Nak solat kat rumah mak long aku memang tak boleh lah kan sebab dah banjir. At last, jumpa surau kat jalan menghala ke asrama adik aku. Lepas dah habis solat, terus gi asrama adik aku fetch die and terus nak menghala balik rumah lah.



Masa tengah dok menghala nak balik rumah tu memang aku ni dengar HotFM. Tengah-tengah dengar ni terdengar lah pulak yang HotFM MYVI Zoomers skrg ni ade kat projet Taman Melati kat MRR2. Aku dengan excited nye tanya lah adik aku yang projet ni kat mane. Adik aku pun cakap ah kat tepi highway je. Dan aku dengan excited lagi nak jugak pegi. Konon nak tengok rupa myvi zoomers ni lah kan. Cehhhh, konon nak tengok kereta. Padahal memang kalau ade peluang nak lah jugak menang hadiah. Ekekekek.



Aku sampai-sampai kat Projet tu aku sikit punya excited sebab HotFM MYVI Zoomerz ade kat situ. Terus aku parking kereta and konon-konon turun nak pegi toilet. Ahakssss. Lepas dah selesaikan hajat kat toilet terus join depa semua berkumpul kat kereta HotFM MYVi Zoomerz tu. Dan kalau mata aku ni tak silap salah seorang dari anggota HotFM Myvi Zoomerz ni memang aku kenal sangat. Nama die Shah kalau tak silap aku. Anak angkat Mak Long aku punya abang rupa nya mamat ni. Tak sangka lak die keje HotFM. Aku ni dok dengar je depa dok berebut nak menjawab soalan. Aku malas ah nak jawab. Kebanyakan soalan tanya pasal World Cup. Mane lah aku nak tau kan. Tengah-tengah aku dok dengar diorang dok seronok-seronok jawab soalan itu ini tak sedar lak dah sampai ke permainan terakhir. Permainan ni memerlukan 6 orang pemain. Tiba-tiba budak Shah tu sudah panggil aku lah pulak. Cuak aku. Aku sesaje je nak tengok. Tetiba die panggil lah pulak. So, kena lah sporting kan. Takkan nak tolak pulak. Kena lah sporting.



Aku dah cuak dah nampak diorang pegang sebiji bola. Ingatkan kena timbang bola ngan kaki ke ape ke kan. Aku cuak bukan ape, aku ni dah lah pakai baju kurung siap ngan kasut tinggi lagi. Camane lah gaya nye aku timbang bola ngan kaki. Tak dapat aku bayang kan. Rupa-rupa nye diorang suruh pass bola tu kat orang sebelah. So, kitorang pun buat lah satu bulatan. Syarat nye, kalau masa muzik berhenti, yang pegang bola tu kena keluar dari permainan. Alaaaa, macam main musical chair tu lah. Beza nye yang aku main ni guna bola. Aku dah menggigil dah ni. Dah lah kitorang ni di kerumuni oleh orang ramai. Lagi aku cuak. Adik aku pun nampak sangat tangan aku ni menggigil. Bile di fikir kan, kelakar pun ade gak. Korang semua nak tau sape pemenang nye. Hahahaha. Aku dengan bangganya mengumumkan aku lah pemenang main benda alah tu. Tak sangka Yewwww. dapat lah aku sehelai T-Shirt HotFM. Tq HotFM MYVI Zommerz.



Lepas dah dapat hadiah semua, aku pun borak lah ngan budak Shah ni. Dulu masa jumpa langsung tak bertegur. Skrg ni dah jumpa camni baru lah nak borak.


No comments: