Wedding Ticker

Daisypath Anniversary tickers

Birthday ticker

Lilypie Third Birthday tickers

Breastfeeding Journey

Lilypie Breastfeeding tickers

Birthday Ticker

Lilypie First Birthday tickers

Wednesday, July 26, 2006

Cerita Shopping

Aku sampai rumah pukul 8 malam. Penat nye lah aku shopping ngan Ain lepas balik keje tadi. Lepas balik keje, terus menghala ke SACC Mall. Aku parking kereta kat SACC Mall dan jalan kaki ke Kompleks PKNS sebab nak gi pesta buku selangor. Pesta Buku Selangor ni cam indah khabar dari rupa jer. Aku ngan Ain ni dok cari lah booth karangkraf sebab memang dah aim nak cari novel dari Alaf21. Sekali tengok kat senarai nama-nama booth, Karangkraf tak ambik bahagian lah pulak. Memang frust giler ah aku ngan Ain. At last, aku ternampak booth Creative Enterprise. Aku un masuk ah. Nasib baik lah ade jugak satu dua novel yang nampak cam best. Tapi, tatau ah best ke tak. Aku beli dua buah novel. Setiap sebuah novel dapat lah 15 peratus diskaun. Boleh lah kan dari tak der diskaun langsung.


Lepas dah melilau kejap kat situ dan dah naik bosan, terus menghala balik ke SACC Mall. Ain nak cari sandal lak kat vincci. Sikit punya lama dok kat vincci. Ade nak dekat setengah jam. Nasib baik Ain beli gak sandal. Kalau tak beli memang nak kena ah tu. Dah ah penat satu hal dok tunggu Ain memilih sandal. Lepas tu, terus turun bawah sebab nak gi Guardian. Aku ngan Ain memang dah plan nak gi Guardian sebab sesaje nak gi bau minyak wangi silky girl yang Mawi ngan Sharifah Amani jadi model tu. Dah sembur-sembur tu, bau die cam biaser je lah. Aku ngan Ain tak beli pun sebab aku rasa kalau minyak wangi murah ni memang tak akan tahan lama. Paling lama pun 5 hingga 6 jam je. Ain pulak nak cari minyak wangi yang long lasting. So, ke Body Shop lah nampak gaya nya. Aku kalau boleh malas nak gi Body Shop ni bile mengenangkan orang yang keje kat kedai tu dok mengekor je bontot kite. Pastu, kalau tak sombong tak per. Ini, sombong cam lah kedai tu die yang punya. Deyyy, awak tu makan gaji je kat sini tau. Tapi, alhamdulillah pekerja kali ni layan we all sikit punya baik. Aku bukan ape, aku dah ade experience tak bagus ah kat Body Shop SACC Mall ni. Sebab tu aku tak suka nak masuk Body shop ni. Lepas dah puas bau segala macam perfume, at last Ain decided to pilih perfume oceanus. Aku tak beli perfume pun. Aku just beli lip balm je. Tu pun sebab dah turun harga dari harga RM15.90 ke RM12.



Lepas dah settle kat Body Shop, terus ke Watson's. Aku pegi Watson's sebab nak beli Eye Bright ni dari Clinelle. Aku dok dengar citer dari kawan aku yang guna produk ni. Die kate ok produk ni. So, aku pun nak try lah sebab aku rasa bawah mata aku ni dah kronik dah. So, saje je lah aku nak try. Masa aku dok membeli belah ni mak aku dah sibuk-sibuk call aku suruh aku balik cepat sebab abah aku tak der kat rumah. So, mak aku risau.


Nak dekat maghrib baru kitorang berdua sibuk nak balik. Ain dah mengadu perut die lapar. Ambik keputusan tapau mcd. Malas nak makan kat dalam sebab dah maghrib. So, drive thru je lah nampak gaya nye. Mood baik hari ni, tapau untuk adik-adik aku ngan mak kat rumah. Lepas dah tapau mcd, terus hantar Ain kat Seksyen 8 dan aku meneruskan perjalanan balik ke Sungai Buloh. Nasib baik aku cuti hari ni. Sampai rumah pukul 8 lebih. Tak sempat nak tengok berita pasal Hani Mohsin meninggal dunia. Kena tunggu berita astro lah camni. Tadi, aku kira-kira berape banyak duit aku habis untuk shopping hari ni sekali ngan duit minyak ade lah dalam RM250. Duit ni kalau nak kuar cepat je. Kalau nak masuk lambat je aku rasa.

No comments: