Wedding Ticker

Daisypath Anniversary tickers

Birthday ticker

Lilypie Third Birthday tickers

Breastfeeding Journey

Lilypie Breastfeeding tickers

Birthday Ticker

Lilypie First Birthday tickers

Tuesday, August 01, 2006

Hari Minggu Yang Hectic

Hari ni awal-awal pagi lagi dah kuar rumah sebab aku nak kena gi hantar adik aku kat Kelana Jaya sebab die ade exam hari ni. Disebabkan keluar rumah awal pagi so, tak sempat nak breakfast. Sampai Kelana Jaya dalam pukul 8. Syida decided nak makan dulu kat Brother’s. Aku ok je sebab exam die start pukul 8.30 pagi. Masa dok breakfast tu, kepala aku ni dok ligat lah dok fakir mane nak lepak sementara nak tunggu minah ni habis exam. Terus aku teringat rumah makcik aku kat Sunway. Aku pun call lah rumah makcik aku. Tak der orang angkat lah pulak. Aku pun call lah lagi sekali. Nasib baik kali ni sepupu aku angkat. Sah, memang diorang tengah tido lagi. Almaklum je lah kan, hari minggu. Time ni lah pun kalau nak qada’ tidur pun. Aku sebenarnya excited gak nak pegi rumah makcik aku ni sebab dah lama aku tak jumpa sepupu-sepupu aku. Kira nya, semua sepupu-sepupu aku ade kat rumah kecuali sepupu aku yang kembar je. Diorang tak balik rumah minggu ni. Ade aktiviti kat U*A.


Kat rumah makcik aku sekali lagi aku breakfast. Nak buat camane kan, rezeki datang bergolek-golek. Bukan nye boleh nak haling. Ahaksss. Sebelum breakfast dah mula dah gossip-gossip ngan sepupu aku Nurul ngan Diyana. Kat meja makan masa breakfast tu sambung lagi gossip-gossip session. Ade lak makcik aku ngan sepupu aku kata abah aku dapat title Dato’. Aku pun cakap ah, Dato’ mende nye. Datuk ade cucu ade lah. Hehehehe. Masin lah mulut makcik aku. Ahaksssss. Tengah dok gossip-gossip tu terus aku ajak sepupu aku Nurul ngan Diyana tu gi swimming ngan aku kat Pool U*TM petang ni. Tapi, diorang lak cakap diorang tak der swimming cap. Aku cakap ah kalau kat Pool U*TM boleh sewa swimming cap tu. Tapi, bile aku call Pool U*TM, diorang kata dah tak der dah untuk di sewa. So, aku cakap kat diorang suruh siap je and cari swimming cap tu kat Giant Kelana Jaya.


Lepas dah siap-siap semua, terus ke UN*TAR Kelana Jaya fetch adik aku and terus masuk Giant sebab nak cari swimming cap. Aku geram sungguh tau. Dahl ah sebesar-besar Giant tu tak der lak swimming cap. So, ambik keputusan terus ke Plaza Alam Sentral Shah Alam sebab kat Plaza Alam Sentral ade The Store. Ni lagi satu The Store yang hampeh. Sebesar-besar the store tu tak der lak bahagian yang jual swimming suit ngan swimming cap. Hangin satu badan aku. Aku dah nak hilang mood dah ni. Dah lah dengan perut lapar ni. Lepas dah merayau-rayau sikit, terus keluar dari Plaza Alam Sentral menghala ke Jusco Bukit Raja. Masa nak masuk ke Jusco Bukit Raja tu, aku dah cuak dah tengok sikit punya banyak kereta nak masuk ke Jusco Bukit Raja. Lupa lak aku kan sekarang ni dah start mega sale. Almaklum je lah kan, aku ni bukan nye endah sangat ngan sale ni. Aku tak suka shopping. Masuk-masuk Jusco je, turun-turun escalator terus ke tempat swim wear. Bestt, tak yah jalan jauh-jauh. Ahaksss.


Masa kat Jusco tu dah pukul 2 dah lepas selesai kan urusan beli swimming cap. Lepas tu, aku bawak kereta sikit punya laju sebab nak kejar waktu. Bukan ape, swimming pool U*TM tu bukak pukul 2 sampai pukul 4 je untuk wanita sahaja. Aku tanak ah swimming kejap pastu dah nak kena naik. Takut tak puas. Kitorang sampai-sampai kat pool dalam pukul 2.15 petang. Tukar-tukar baju semua ngam-ngam pukul 2.30 terjun pool sampai lah pukul 3.45 petang aku dok berendam dalam pool tu. Aku rasa segar je lepas swimming.

Lepas swimming hantar sepupu aku Nurul tu balik Sunway. Diyana ikut aku balik sebab malam karang aku nak send adik aku Umar kat IIS. So, die tumpang sekali. Save tambang dah kat situ sebab aku memang lalu U*A pun.


Balik-balik rumah mak aku suruh aku goreng wedges ngan nugget for dinner. Makan sebelum maghrib sebab lepas maghrib dah nak keluar send adik aku kat Gombak. Mak ngan abah pun keluar jugak sebab ade dinner kat Bangsar. Masa makan malam tu tengah aku borak-borak ngan Diyana, aku pun suggestkan kat die why not kite pegi ambik her boyfriend kat area rumah die tu. Bukan ape, sebab memang dah on the way dah pun. Dalam masa yang same boleh lah aku jumpa her boyfriend tu. Boyfriend die memang hensem giler. Bukan nye local boyfriend die tu. Boyfriend die orang Iraq and memang handsome sangat. Mata Hijau muda. I like lah. Comel lak tu. Kalau aku ni berdiri sebelah boyfriend die, ngam-ngam aku kat bawak ketiak die. Nasib baik lah sepupu aku ni tinggi. Aku ingat lagi semalam ayat pertama yang keluar dari mulut die lepas masuk kereta aku ialah “Cool Car”. Die boleh pegi translate Cool Car tu kepada Kereta Sejuk. Aku pun dok ingat die ni dok cakap kereta ni sejuk, aku terus slow kan aircond. Hahahaha. Aku kena gelak berjemaah je ngan diorang. Sabo je lah. Pandai gak lah mamat Iraq ni cakap bahasa melayu walaupun tak fasih. Comel je bile die cakap bahasa melayu dengan slang iraq nye.


Lepas aku send adik aku kat IIS, baru lah aku gi send diorang kat U*A pulak. Sebelum hantar diorang kat hostel, berenti minum dulu kat café. Khalid belanja minum air limau ais. Lepas dah lepak-lepak minum, time to go home. Aku pun dah mengantuk. Lepas dah hantar diorang balik hostel baru lah aku ngan adik aku meneruskan perjalanan ke Sungai Buloh. Sampai je rumah, tukar-tukar baju dan tido sampai pagi. Pukul 4 pagi terjaga sebab hujan lebat sangat. Best nye tido di kala hujan lebat. Syok je rasa. Bangun pagi lak rasa cam malas je nak bangun. Tapi, kena gak bangun sebab hari ni dah keje. Penat aku menaip entry aktiviti hari minggu aku. Hectic sungguh weekend aku.

No comments: