Wedding Ticker

Daisypath Anniversary tickers

Birthday ticker

Lilypie Third Birthday tickers

Breastfeeding Journey

Lilypie Breastfeeding tickers

Birthday Ticker

Lilypie First Birthday tickers

Thursday, July 13, 2006

I'm Addicted To Google Earth



Ramai org addicted to ebay lah ape kan. Tapi, aku ni addicted to Google Earth pulak. Memula bukak rasa cam bosan. Tapi, bile dah jumpa destinasi yang kite nak cari rasa cam best lak. Aku dapat lah jugak cari rumah yang we all satu family dok kat KL area Bukit Travers dulu. Tapi, rumah kat Sungai Buloh je tak dapat sebab berkabus ah. UiTM pun tak dapat gak sebab berkabus.



SENIOR MGS SCHOOL



Ni Sekolah Menengah aku dulu. Senior MGS. Sekolah aku ni dekat belakang Masjid Negara je. Sebelah ngan Taman Tasik Perdana. Yang Bumbung biru tu Masjid Negara lah. Seronok sekolah kat sini sebab tiap-tiap hari monyet masuk kelas. Bile monyet masuk kelas, ape lagi, kitorang ni semua lari lintang pukang termasuk cikgu. So, masa belajar sikit je. Tak der lah bosan sangat. Hahahaha.


PLAZA TOL BATU 3


Yang ni pulak Plaza Tol Batu 3. Kenape tah aku google earth kan Plaza Tol Batu 3 ni. Hahahhaa. Sesaje je kot sebab aku tak dapat google earth kan UiTM. Lagi pun, ni lah laluan aku tiap-tiap hari isnin ngan rabu kalau aku kena pi ambik adik aku kat Kelana Jaya.


BANDAR SUNGAI BULOH



Ni area Bandar Baru Sungai Buloh. Aku try cari area rumah aku, tapi, tak dapat lah pulak. Boleh sampai kat area Paya Jaras je. Nasib ah.



STADIUM SHAH ALAM



Stadium Shah Alam. Yang ni pun sesaje je. Ni lah laluan aku tiap-tiap pagi kalau nak gi keje.


BUKIT TRAVERS



Yang ni pulak rumah aku masa kat KL dulu. Area Bukit Travers. Rumah aku ni memang kat depan jalan besar je. Masa memula aku dok kat KL ni memang lah haru biru. Aku langsung tak leh tido sebab ade-ade je diorang ni lumba kereta lah motor lah. Lama-lama aku dah tak heran dah ngan bunyi bising tu. Biler aku pindah dok Sungai Buloh, dah lah aku tak leh tido sebab senyap sangat. Bunyi unggas tu yang buat aku tak leh tido. Tapi, lama kelamaan, aku boleh lah tido.


JUNIOR MGS, BRICKFIELD



Ni pulak Sekolah aku kat Brickfield. Sekolah Rendah MGS (2).



KLCC



Ni pulak sape yang tak kenal kan. KLCC. Tempat ni dulu jadi tempat lepak aku ngan kawan-kawan aku kalau hari sabtu lepas habis kelas. We all selalu lepak kat Burger King. Best lepak Burger King sebab boleh refill air. Kitorang pun dok lah lepak kat Burger King sampai kembung perut ni haaa.


KL SENTRAL



KL Sentral lak tempat abah aku keje. Dan kadang-kadang aku lepas office hour pegi gak KL Sentral ni sebab nak ambik abah aku. Abah aku tak bawak kereta. Abah aku gi keje naik Komuter. Tapi, kalau mood die malas nak naik komuter, aku lah jadi mangsa kena ambik Abah kat KL Sentral.

No comments: