Wedding Ticker

Daisypath Anniversary tickers

Birthday ticker

Lilypie Third Birthday tickers

Breastfeeding Journey

Lilypie Breastfeeding tickers

Birthday Ticker

Lilypie First Birthday tickers

Wednesday, July 26, 2006

LCCT, Sepang



Hari ni aku bangun tido seawal pukul 4.30 pagi sebab nak kena hantar abah aku ke LCCT, Sepang. Abah aku nak gi Bandung, Indonesia untuk main golf ngan kawan die. Mak aku tak ikut kali ni sebab abah aku kata memang tak der masa nak bawak mak aku gi shopping. Melepas mak aku nak gi shopping kat Bandung. Dah lah baju-baju kat sane murah-murah sebab Factory Outlet Shop banyak kat Bandung. Tu pun adik kak ya yang bagitau.


Masa pukul 4 pagi tu aku dah terjaga dah. Aku dok ingat awal lagi. So, aku pun tido lah balik. At last, aku tersedar bunyi hp pukul 4.30 pagi. Abah aku call aku suruh bangun. Padahal bilik sebelah menyebelah je. Hehehe. Malas nak keluar bilik lah tu. Hahahaha. Lepas dah bangun tu, bergegas mandi ape semua. Lepas dah siap-siap semua, kuar rumah ngam-ngam pukul 4.50 pagi. Aku malas nak bawak kereta. Aku suruh abah aku bawak dulu. Aku ambik peluang tido dulu sebab nanti on the way balik aku gak yang kena drive. Sorang lak tu. Aku tak pernah bawak kereta sorang-sorang seawal ni tau. Ni lah first time aku bawak sorang-sorang waktu camni. Gerun gak aku.


Selalu hantar abah aku kat KLIA. Tapi, kali ni kena hantar kat LCCT pulak. Dah lah jauh nak masuk ke LCCT tu. Pastu, ngan gelap nye. Lagi ah buat aku gerun. Sampai LCCT dalam pukul 5.30 pagi. Lepas dah salam-salam ngan abah aku, aku pun bawak kereta sampai lah ke Shah Alam. Nak balik rumah rasa cam tak berbaloi. Masa aku sampai Shah Alam pun dah pukul 6.05 pagi. Dalam kepala ni dah dok ingat nak lepak umah member aku, Ain. Tapi, rasa cam tak patut lak nak kacau die pepagi buta ni. So, aku ambik keputusan untuk melepak je dalam kereta kat tepi tasik. Aku tido dalam kereta. Tido pun tak der lah lena sangat. Tido-tido ayam jerk. Tak leh nak tido lena sangat sebab tido dalam kereta. Risau gak kan.


Terjaga dalam kol 7 lebih terus gerak ambik member aku kat Seksyen 2. Then, terus ke ofis. sampai-sampai ofis je, terus citer kat member aku Ain tu kan yang pasal aku tido kat dalam kereta kat tepi tasik pukul 6 pagi. Tak pasal-pasal je aku kena marah ngan Ain. Huhuhuhuhu. Die cakap kat aku, kalau jadi ape-ape kat ko sape nak tanggung. Hehehehe. Sayang gak ko kat aku ek Ain? Hahahhaha.


Aku bagitau kat Ain yang aku nak ajak die gi SACC Mall petang ni lepas balik keje. Aku nak beli barang ah sikit kan. Lepas aku cakap nak gi SACC Mall tu kan, terus Ain hulurkan keratan akhbar pasal Pesta Buku Selangor. So, alang-alang dah pegi SACC Mall tu boleh lah aku singgah Kompleks PKNS cari novel ape-ape yang patut.


Anyway, aku baru bukak blog SultanMuzaffar, Diddy dapat lagu favourite aku ah Diari Seorang Lelaki. I like lah. Hehehehe. Tak sabar nak tunggu Diddy perform hari sabtu ni. Lagi satu berita terbaru aku dapat tau Hani Mohsin Roda Impian Meninggal Dunia pukul 9.30 pagi ni. Aku tau pun setelah kecoh-kecoh kat ofis aku ni. Memula cam agak tak percaya jugak. Tapi, bile aku baca dalam The Star, baru lah aku percaya. Al-Fatihah untuk arwah.


No comments: