Wedding Ticker

Daisypath Anniversary tickers

Birthday ticker

Lilypie Third Birthday tickers

Breastfeeding Journey

Lilypie Breastfeeding tickers

Birthday Ticker

Lilypie First Birthday tickers

Thursday, August 10, 2006

Jalan jalan malam hari

Semalam balik keje mood baik terus mandi-mandi dan solat asar. Pastu, lepak depan computer sampai lah nak dekat maghrib. Dalam pukul 7 tu, abah sms suruh ambik kat komuter. Mak aku pulak nak singgah pasar malam sebab nak beli barang. Sambil-sambil tu aku sms lah abah aku, aku Tanya kat abah aku mane nak tempah birthday kek Yaya? Pastu, die jawab suruh tempah kat Baker’s Cottage. Aku pun ingat die nak suruh aku tempah lah esok lepas aku balik keje. Aku pun kira ok lah jugak kan. Takkan nak gi malam ni pulak kan. Penat ah nak pegi Shah Alam. Tu lah satu-satu nya Baker’s Cottage yang dekat ngan Sungai Buloh.


Masa on the way nak ke Komuter tu, aku suggest kat mak aku, tak payah lah cari barang kat pasar malam. Kite pegi Tesco Shah Alam je lah. Sambil-sambil tu boleh lah gi tempah kek sekali. Mak aku siap cakap aku cakap tak serupa bikin. Tadi kate penat nak pegi Shah Alam. Ni cakap lain pulak. Nasib baik mak aku bebel gitu-gitu jer. Sebelum sampai komuter t, baru lah perasan yang we all tak ambik baju abah. Bukan ape, abah aku kan pakai uniform. Takkan lah abah nak pakai uniform pulak nak pegi Tesco. So, terpaksa lah pulak balik rumah and tunggu abah mandi dan tukar baju.


Dalam pukul 8.15 malam jugak lah baru bertolak ke Shah Alam. Nasib baik lah jugak ade Guthrie Corridor Expressway (GCE), 20 minit je perjalanan dari Sungai Buloh ke Shah Alam. Dan itu lah jugak laluan aku hari-hari nak pegi keje. Sampai Shah Alam terus pegi kedai kek dulu sebab Tesco gi lewat-lewat sikit pun tak per sebab Tesco tutup pukul 12 tengah malam. So, kek dah tempah. Karekter kartun Barney. Memang tema birthday party Yaya Barney. Ateh Yaya dah beli party hat Barney dah pun. Party Yaya ni pun buat di kalangan family je. Memang tak der jemput sesape pun.


Masa kat kedai kek, mak aku pulak teringin nak makan soto kat kedai soto seksyen 8. Nasib baik ade lagi soto masa kitorang sampai. Lepas dah makan soto, terus ke Tesco. Hajat hati nak shopping sikit je. Tapi, habis banyak jugak lah shopping kat Tesco semalam. Kesudahannya, balik rumah dah pukul 11 lebih. Penatnyerrrrrrrrr. Masuk bilik solat isyak terus pengsan.

No comments: