Wedding Ticker

Daisypath Anniversary tickers

Birthday ticker

Lilypie Third Birthday tickers

Breastfeeding Journey

Lilypie Breastfeeding tickers

Birthday Ticker

Lilypie First Birthday tickers

Saturday, August 19, 2006

Semalam Hari Yang Best



Semalam aku ikut boss aku pegi Bahagian Peperiksaan sebab nak hantar soalan peperiksaan yang dah siap di format. Sampai sane, we all jadi orang pertama yang sampai kat Bahagian Peperiksaan. Ape tak nye, sebelum ni tak der lah secepat ni we all hantar soalan. Selalunya, petang dah nak dekat balik baru hantar. Kira pecah rekod jugak lah. Hehehe. Itu pun, baru first batch lah yang we all hantar. Semalam baru hantar 20 kod peperiksaan. Dah ade balance lagi 60 kod lebih. Pengsan aku nak siap kan lagi 60 lebih kod tu. Boleh migrain aku tau. Sebab tu lah aku tak update sangat blog aku ni. Busy giler aku skrg ni.



Semalam aku gi Bahagian Peperiksaan, kebetulan lak terjumpa ngan Timbalan Pengarah Peperiksaan. Die tanya aku exam paper law ade berape kod? Mampuih, ape aku nak jawab. Banyak kod tu nak ingat. Satu semester bukan nye tetap. Kadang-kadang, semester lepas banyak kod, semester ni sikit. Bukan ape, Kadang-kadang kod lama diorang tak pakai dah sebab dah tak der student ambik paper tu. Sebab tu lah tak tetap. Aku bantai je jawab 80 lebih kod. Huhuhuhu. Die cakap ah balik kat aku, mane boleh pakai lebih-lebih ni. Aku jawab ah balik banyak sangat nak ingat. Die cakap lagi, aku kena hafal setiap kod sebab takut ade kod yang tercicir. Huhuhuhu. Kena menghafal lah pulak. Dah lah LAW ni bukan nye ade satu program je. Banyak lak tu program nye. So, kena menghafal lah pulak aku lepas ni. Alhamdulillah, urusan kat Bahagian Peperiksaan berjalan lancar dan dua kod je yang diorang reject. Itupun bukan sebab kesalahan yang besar lah. Kesalahan kecik je.


Balik dari Bahagian Peperiksaan, singgah kat Pusat Islam, tapau mee kari. Tapau je sebab boss aku ade kelas pulak dalam pukul 10. Dalam kereta boss aku, aku mintak permission kat boss aku nak pegi shopping dalam pukul 12. Kira aku mintak permission nak kuar 3 jam untuk pegi beli barang untuk hari bertemu pelanggan. Nasib baik lah boss aku bagi aku kuar. Selamat aku. So, dalam pukul 12.15 tengahari, aku pun kuar lah ngan Ain gi Tesco untuk beli barang-barang. Penat wooo. Sampai sakit kaki aku ni berjalan. Nak dekat pukul 3 baru aku balik ofis. Masa aku balik tu, aku tengok dah ramai lecturer dalam bilik aku. Dah lah dengan aku tak sembahyang zuhur lagi. Aku pun dok lah berangan sementara nak tunggu ade sorang lecturer ni betulkan soalan kat komputer aku. Pastu, boss aku masuk tanya aku dah solat ke belum? Aku pun jawab lah belum dan aku pun telah di suruh oleh boss aku pegi solat dulu. Suka aku. Boleh lah aku baring-baring jap kat bilik rehat.


Masa kat bilik rehat, tengah aku dok syok baring-baring, sorang lecturer ni masuk bilik rehat nak tunjuk kat we all kain songket. Ade lak die suruh kitorang beli untuk kawin. Hello, lambat lagi lah nak kawin. Calon pun tak dak lagi tau. Dan kalau aku nak kawin pun, insyaallah aku tanak lah pakai songket. Panas woooo pakai songket. Entah-entah masa aku nak kawin nanti, macam-macam material ade. Songket will be my last choice lah kot. Kena ikut keselesaan.


Lepas dah borak-borak, dalam pukul 4.15 petang masuk ofis balik. Kesimpulannya, hari ni bape jam je aku dok kat ofis. Selebih nya, aku keluar. Kalau hari-hari camni kan best. Huhuhuhu.

No comments: