Wedding Ticker

Daisypath Anniversary tickers

Birthday ticker

Lilypie Third Birthday tickers

Breastfeeding Journey

Lilypie Breastfeeding tickers

Birthday Ticker

Lilypie First Birthday tickers

Wednesday, August 02, 2006

Unplanned Outing With My Sister



Semalam aku balik-balik keje je terus aku lepak main computer jap sementara nak tunggu abah aku call suruh ambik die kat komuter sungai buloh. Mak aku pulak dok tengok channel prima. Dok tengok cite Hindustan. Tak lama lepas tu, abah send sms bagitau yang abah akan sampai pukul 6.55 petang kat komuter sungai buloh. Aku pun ajak lah adik aku temankan aku pegi komuter. Tak syok aku nak drive sorang-sorang. Aku masuk bilik die, die dok lepak baring atas katil. Puas aku dok mengajak die teman aku. Tanak nye die ikut aku. Aku pun pelik lak tengok die semalam. Selalu nya, kalau aku nak ambik abah aku kat komuter, die lah orang pertama yang nak ikut. Kali ni sudah terbalik kot lak. So, aku pun dengan cargas nya telah memaksa mak aku ikut aku sekali. Aku tanak gi sorang-sorang. Tapi, nak bawak mak aku kena bersyarat lak. Syarat die, kena tunggu cite Hindustan tu habis dulu pukul 6.50 petang. Dalam hati aku fikir, tak per lah kan, komuter pun bukan nye tentu masa sangat. Kesudahannya, mak aku ikut. Tapi, aku kuar rumah lewat ah. Kesian lak abah aku tunggu lama kalau komuter tu sampai tepat pada masanya.



Masa aku on the way tu, abah aku call Tanya kat mane. Aku pun cakap lah on the way. Padahal masa tu baru keluar rumah. Nasib baik abah aku tak banyak songeh. Even ade satu masa ni, aku balik-balik keje je aku letak handbag aku kat dalam bilik. Handphone aku ade kat dalam handbag. Aku pulak tengok tv kat ruang tamu. Tetiba masa tu dah pukul 7, adik aku bagitau aku handphone aku berbunyi sebab ade orang call. Aku pun angkat lah call tu. Rupa-rupa nya, abah aku call bagitau aku yang die dah ade kat Komuter Sungai Buloh. Aku tak dengar bunyi sms yang abah aku hantar. Adik aku pun satu hal, bukan nye die nak bagitau aku sms ade masuk. Yang aku ni tengah kusyuk tengok tv. Tak hirau dah benda lain. Kesudahan nye, mak aku lak yang bising-bising kat abah aku kenape tak call. Kitorang ni tanak call sebab nak jimat sebab tu main sms je.


Balik daripada komuter tu, aku tengok adik aku dah siap pakai baju lawa-lawa dah. Siap mengendeng kat aku suruh bawak die gi jalan-jalan malam semalam sebab die bosan dok kat rumah. Aku ni, kalau boleh malas nak kuar malam semalam sebab aku nak tengok mentari jingga. Semalam dah last episode pulak tu. Tapi, dek kerana kesian kat adik aku ni, aku pun bawak jugak lah die keluar sebab die kate die nak belanje. Asalnye semalam aku ngan adik aku nak gi The Curve tapi, tak jadi lah pulak. Aku pun cadangkan pegi SACC Mall je sebab kat situ ade Guardian, Body Shop ngan Secret Recipe. Sampai-sampai SACC Mall je terus ke Guardian dulu. Dah beli barang kat Guardian, terus terkam Secret Recipe. Aku ngan adik aku order Chicken Gordon Blue. Sedap yang amat Chicken Gordon tu. Tengah-tengah dok order tu, adik aku teringin lak nak minum ice blended. Aku pun suggest kalau nak minum ice blended, kite beli je kat coffee bean lepas kite makan ni. Kesudahannya, tak beli ice blended pun sebab perut dah kenyang sangat.





Ingatkan dah lepas makan nak singgah body shop. Sekali, masuk je SACC Mall balik kedai semua dah tutup. Tak sedar pun jam dah pukul 10 malam. So, balik lah dalam keadaan hampa sebab adik aku ingatkan nak beli perfume. Sekali kedai tutup. Frust lah member pun sebab tak dapat beli perfume.

No comments: