Wedding Ticker

Daisypath Anniversary tickers

Birthday ticker

Lilypie Third Birthday tickers

Breastfeeding Journey

Lilypie Breastfeeding tickers

Birthday Ticker

Lilypie First Birthday tickers

Tuesday, August 08, 2006

Weekend Updates


Semalam memang hari minggu yang penat untuk aku. Pagi tu jugak lah sepupu-sepupu aku yang dok kat Sunway datang rumah nak jumpa atok aku. Yer lah kan, takkan atok aku nak gi rumah diorang lak kan. So, anak cucu ni lah yang kena bertandang jenguk atok. Cadangnya nak pegi kenduri dalam pukul 12. Tapi, abah aku nak pegi sekali. So, kena lah tunggu abah habis main golf baru leh gerak ke rumah Kak Ina. Borak punya borak ngan sepupu aku tak sedar dah masuk Zuhur pun masa tu. Abah aku pun dah balik dah time tu. So, bergegas lah siap-siap mandi, pakai baju and sembahyang Zuhur. Lepas dah sembahyang Zuhur, pakcik aku pulak sampai ngan kawan die nak jenguk atok. Takkan lah nak tinggal tetamu kan. So, lepas dah buat air dan borak ala kadar, mak aku pun cakap lah kat pakcik aku yang we all semua nak gi kenduri. Die pun cakap die nak balik jugak. Masa tu dah nak dekat pukul 3 dah.



Masa aku on the way tu, abang aku sms yang die baru je balik dari rumah Kak Ina. Die bagitau pengantin sampai pukul 2.30 petang. So, sempat lah lagi kalau aku nak tengok pengantin pun. Sampai rumah Kak Ina dalam pukul 3 jugak lah. Masa tu pengantin tengah makan beradap. Comei sangat pengantin. Pastu, pelamin pulak die buat kat luar rumah. Dalam rumah ade gak pelamin. Tapi, dalam rumah tu pelamin akad nikah. Tapi, pelamin kat luar rumah tu memang lawa sangat-sangat.



Aku dah berangan dah siap cakap kat mak aku, kalau aku kawin, aku nak pelamin kat luar rumah and nak yang cam Kak Ina tu. Mak aku balas balik ape tau, mak aku cakap, cari pakwe dulu. Jangan nak berangan je. Huhuhuhu. Terkena aku sekali. Tu lah, lain kali cakap lah lagi yang bukan-bukan. Sabo je lah mak aku ni tau. Lepas dah salam, Kak Ina peluk aku, aku cakap kat Kak Ina semoga berbahagia. Aku sayang kat Kak Ina ni sebab Kak Ina banyak bagi nasihat kat aku lately ni. Aku sayang sangat kat die. Die banyak ajar aku erti kehidupan. Semoga berbahagia ek Kak Ina.



Lepas dah selesai kat kenduri Kak Ina, we all ke Jusco Metro Prima sebab nak cari hadiah birthday untuk Yaya, anak buah aku. Sikit punya lama lah nak cari hadiah untuk budak kenit ni. Tatau nak beli ape. At last, jumpa gak lah ape yang di cari. Tapi, tak leh habaq kat sini ape yang aku beli. Karang abang aku baca tak pasal-pasal je kantoi. Lepas dah cari hadiah, singgah minum kat marrybrown. Sebelum masuk Kids World lagi dah cakap kat abah nak singgah minum kat Marrybrown nanti sebab aku berkenan lah ngan tempat duduk kat Marrubrown tu. Die buat buai tau. Memang aku tak pernah lagi jumpa kedai makan yang buat tempat duduk ganti ngan buai.






Lepas tu, cepat-cepat nak balik rumah sebab lepas tu nak send adik aku balik UNISEL pulak. Selalu nya, bukan aku yang hantar die. Selalu yang akan hantar die, adik aku yang dok kat asrama. Tapi, minggu ni die tak balik lah pulak. So, aku lah yang kena hantar die kat Berjuntai Bestari tu. On the way balik tu jem lah pulak. Biase lah kan, kalau nak balik ke Sungai Buloh, kalau tak jem memang tak sah. Dah lah jem nye dari Bandar Sri Damansara. Nasib baik bukan aku drive. Kalau aku drive, mau aku mengantuk. Aku suruh abah aku drive sebab aku nak rest. Lepas tu, nak kena hantar adik aku pulak. Dalam pukul 6 lebih sampai rumah. Naik rumah au tengok adik aku dah siap. Aku ngan Syida sembahyang asar dulu. Lepas sembahyang asar, terus bergegas ke Berjuntai Bestari. Masa turun tu dah nak dekat pukul 7. Bukan nye aku tak leh nak hantar die malam. Tapi, kan malam semalam ade Konsert Fantasia Mawi. Aku tanak ah ketinggalan tengok Konsert yang aku tunggu-tunggu tu. Tak kisah lah orang nak kate aku ni fanatik Mawi ke ape ke. Yang penting aku memang sokong Mawi. Tapi, aku tak der lah AFUNDI die masa AF3 dulu. Tak koser aku nak perabih duit untuk die. Huhuhuhuhu.



Sampai rumah tepat-tepat pukul 8.30 malam. So, sempat lah tengok Konsert Fantasia Mawi. Memang best lah konsert mawi ni. Dah pandai bergurau dah mamat ni. Memang lah die dari dulu memang lawak. Tapi, sekarang ni lagi lah lawak dan pandai bergurau. Gelak aku ngan mak aku tengok gelagat die.

No comments: