Wedding Ticker

Daisypath Anniversary tickers

Birthday ticker

Lilypie Third Birthday tickers

Breastfeeding Journey

Lilypie Breastfeeding tickers

Birthday Ticker

Lilypie First Birthday tickers

Friday, September 15, 2006

Cerita Shopping Lagi

Semalam kan aku cuti sebab nak pegi shopping kat j card member sale. Aku bangun pagi pukul 6 lebih, lepas mandi and solat subuh, aku pun turun lah nak bagi shampoo kereta kat Kak Leha. Kak Leha ni kakak yang datang kemas-kemas rumah aku. Die datang seminggu 2 kali. Kak Leha ni orang Indonesia, tapi, die dah lama dah dok kat sini. Bayaran sekali datang untuk kemas-kemas rumah semua mak aku bagi RM20. Keje daripada pukul 7.30 pagi sampai lah pukul 3 petang. Kira ok lah tu kan. Kereta aku pun die lah yang basuh. Tapi, untuk kereta aku bagi lain. Kiranya, untuk kereta, aku bagi RM10 sebulan. Kat rumah tu, ade dua kereta, aku bagi lah RM20 sebulan. Tapi, dua minggu sekali aku basuh jugak kereta aku kat kedai sebab nak vacuum kat dalam kereta.


So, aku bagitau lah kat mak aku nak gerak dari rumah immediately after Kak Leha basuh kereta. So, sementara tu, aku lepak-lepak lah dulu surf ape-ape yang patut sementara nak tunggu kereta siap di basuh. Kesimpulannye, pukul 8 lebih jugak aku ngan mak aku keluar dari rumah. Janji ngan cousin aku nak jumpa kat One Utama pukul 9, tup-tup die send sms kat aku, bagitau yang die terlambat sikit. Jalan pulak pagi semalam jammed. Aku tatau lah sesape yang keje kat KL menghadap jammed hari-hari. Kalau aku lah dah naik bosan dah. Nasib baik lah aku keje kat Shah Alam. Kalau aku keje kat KL lah tatau lah camane ek.


So, sampai kat area One Utama tu, aku terus masuk ke parking kat New Wing. Aku malas nak berlegar-legar kat old wing. Belum tentu ade parking lagi kat old wing tu. Kalau masuk kat new wing, tak yah berlegar-legar dah. Masuk kat parking tu, terus je dapat parking. Tapi, kena jalan jauh sikit lah. Aku tak kisah, mak aku pun tak kisah. Nak shopping punya pasal. Kena jalan jauh pun tak kisah. Dah menghala ke Jusco, tetiba perut terasa lapar lah pulak. Terus ke bakery untuk beli roti. Then, tak lama lepas tu, sepupu aku sampai. Terus masuk ke Jusco and tengok ramai nye lah perempuan-perempuan dok kerumun handbag. Aku pun join gak. Tapi, end up satu pun aku tak berkenan.


Lepas dah kerumun handbag, terus pegi cari kasut untuk sepupu aku. Dan sepupu aku terus lah berkenan kat satu boot kat Carlo Rino. Tak der less lah pulak sebab new arrival. Sepupu aku dah jatuh cinta pandang pertama dah ngan boot tu. Aku pun same ngan die, jatuh cinta pandang pertama ngan boot tu. Flat je boot tu. Tak tinggi pun. Warna pun lawa. Gabungan colour coklat and pink. Lawa sangat. Nampak casual. Boleh lah die pakai untuk pegi kelas kalau musim winter. Harga pun tak der lah mahal sangat pun dalam RM100.00 je sepasang. Aku pun cakap kat die, kalau berkenan beli je. Kalau tak, u will regret. So, die pun ambik kasut tu.


Pegi pulak cari beg. Bukan main payah lah nak beli beg. And end up my cousin beli beg from cleef. Pastu, gi cari boot kulit pulak kat polo. Nasib baik lah die beli jugak boot tu setelah lama die nak buat keputusan nak beli ke tanak boot tu. Boot kat UK memang lah murah, tapi, aku takut tak kena ngan saiz die. Saiz kaki sepupu aku ni amat lah kecik. Lepas dah pilih kasut, time untuk membayar pulak. Bab ni lah yang paling menyeksakan kalau gi shooping time j card member sale. Lepas bayar, semua sekali dalam RM300 lebih. Time to go back. Tengok jam dah pukul 12.


Aku tak shopping lagi barang untuk aku. Aku cadang nak datang lagi petang karang ngan adik aku. Aku ni memang buat keje giler betul. Bukan ape, mak aku ade kelas petang ni. Adik aku lak habis kelas pukul 12.30 tengahari. Kuar dari OU, terus menghala ke Kelana Jaya untuk fetch adik aku. Then, terus balik rumah. Sampai rumah terus berehat and cadang kat adik aku dalam pukul 3 nak keluar balik gi OU. Nak sambung shopping. Tetiba, mak aku pun cakap mak aku nak ikut sekali. Kira nya, aku ngan adik aku kena tunggu mak aku habis mengajar pukul 5 petang. So, sementara tu, aku boleh lah tido. Aku tido dalam pukul 3 lebih. Masa tu syok nye tido sebab hujan lebat. Dalam pukul 5 adik aku dah kejut aku suruh bangun mandi and sembahyang sebab mak aku dah habis mengajar.


Keluar rumah pukul 6 and alhamdulillah jalan pun tak jammed. Sampai OU pukul 6.30 petang. Alhamdulillah senang dapat parking. Kali ni, parking kat old wing je. Malas nak parking jauh-jauh dah. Masuk-masuk je kat Jusco, terus masuk ladies department. Giler-giler ah diorang ni beli b*a. Aku, mak ngan adik aku pun tak ketinggalan pilih b*a. tapi, serabut ah ramai sangat orang. Masa nak membayar tu, nasib baik lah tak der orang sangat kat kaunter tu. Habis dalam RM200 lebih jugak lah beli b*a sahaja ok. Huhuhuhu.




Lepas tu, terus keluar Jusco and sembahyang. Lepas solat terus pegi redeem voucher. Dapat lah RM60 voucher. Banyak jugak tu aku shopping sampai habis RM600 lebih. On the way balik, call abah tanya nak makan ape. Abah pun suruh beli nasi goreng je untuk die sebab abah malas nak keluar rumah. But, we decided untuk masak sendiri je nasi goreng. Jimat belanje. Kalau asyik nak makan kat kuar je, pokai lah mak. Dah lah shopping habis RM600 lebih.


Sampai rumah pukul 8 lebih, Syida terus masuk dapur masak nasi, aku goreng keropok. Sementara nak tunggu nasi masak, surf internet jap. Then, bile nasi dah masak, mak buat nasi goreng. Aku tolong kacau je lah. So, menu malam semalam, nasi goreng kicap makan ngan keropok. Memang best lah. Lama dah tak makan camni. Simple tapi sedap.


Malam tadi tido awal lah jugak sebab dah penat pegi shopping. Pagi tadi, terjaga awal. Tatau nak buat ape, buat lah nasi goreng untuk bawak bekal ke ofis. Tak pernah lagi aku serajin hari ni. Siap bawak bekal gi ofis. Member ofis semua terkejut. Huhuhuhu.

No comments: