Wedding Ticker

Daisypath Anniversary tickers

Birthday ticker

Lilypie Third Birthday tickers

Breastfeeding Journey

Lilypie Breastfeeding tickers

Birthday Ticker

Lilypie First Birthday tickers

Wednesday, September 06, 2006

Cuti-cuti Kelantan

Dah lama betul aku rasa aku tak update blog aku ni. Bukan ape, kan aku balik kampong. Masa aku kat Kelantan aku dok asyik lah teringat kat blog aku ni. Aku tak leh lah di pisahkan ngan blog aku ni. Alahai, cam berpisah ngan bf lah pulak. Aku rasa lain macam je bile tak tengok blog aku sehari. So, hari ni aku nak update aku balik kelantan.


Day 1 – 31 August 2006 - Khamis

Bertolak dari Sungai Buloh lepas subuh. Yer yer je aku cakap ngan mak long aku suruh kejut pukul 4 pagi. Konon nak gerak dari Sungai Buloh pukul 4 pagi. Jangan harap lah. Semua tido mati gamak nye. Sedar-sedar je jam dah pukul 5 pagi dah. Mak aku cakap alang-alang dah pukul 5 pagi, kite solat subuh dulu lah baru gerak ke Kelantan. So, kesudahannye, pukul 6.20 pagi baru gerak dari Sungai Buloh. Aku suka bertolak awal-awal pagi cam ni. Jalan smooth je tak banyak kereta. Lagi pun, kalau bertolak awal-awal pagi ni tak lah letih sangat. Berenti kat Raub untuk breakfast. Pastu, teruskan perjalanan sampai lah ke Kota Bharu. Memang tak berenti dah lepas tu. Aku pulak tahan lak tu bawak kereta sorang-sorang.


Sampai Kota Bharu dalam pukul 1 tengahari, terus gi cari kedai jual nasi kukus. Aku kalau balik Kota Bharu memang tak sah kalau tak cari orang jual nasi kukus kat flat buluh kubu ni. Memang murah lah makan nasi kukus kat sini. Sebungkus RM3.50 lauk ayam goring rempah. Ayam pulak besar, cuba bayangkan seekor ayam potong 4. Tak ke besar, memang puas hati lah beli nasi kukus kat situ. Sebungkus boleh makan 2 orang.


Lepas dah makan semua, terus ke rumah atok aku. Sampai-sampai je kat rumah atok aku, tengok pintu berkunci. Ini lah akibatnya balik Kelantan tak bagitau kat atok aku. Kan atok aku dah tak der. Tapi, boleh jugak masuk dalam sebab jiran atok aku ade. Makcik sebelah rumah atok aku bagitau atok aku baru je keluar rumah pegi pasir mas meminang untuk kawan paksu aku. Kalau tak berenti makan nasi kukus tadi memang dah boleh ikut dah begi pasir mas. Boleh makan free.


Sampai rumah atok aku, aku call adik angkat aku ajak jumpa kejap. Pastu, terus mandi and sembahyang. Then, terus keluar rumah. Aku ni memang tak reti erti penat ni. Memang aku tak rasa penat langsung balik Kelantan kali ni. Aku siap boleh berjalan lagi lepas dah mengharungi perjalanan jauh. Aku rasa sebab bertolak time otak tengah fresh lagi lah. Sebab tu tak penat sangat. Lepas dah jumpa adik angkat aku, balik rumah ambik mak ngan mak long aku sebab nak ke Binjai pulak. Nak tengok cucu Mak Long aku. Kali ni anak makcik sebelah ikut kitorang.





Comel sangat baby tu. Nama anak Abang Shahrul ni Nur AFrina Shahirah. Aku cakap kat sepupu aku, amboi, kena penangan AF nampaknye sampaikan nama anak pun letak AFrina. Sepupu aku gelak jer. Kesian betul anak sepupu aku ni kecik-kecik dah kena paru-paru berair.


Balik dari rumah mak mertua sepupu aku tu terus we all balik rumah atok aku. Mak Long aku dok kat rumah besan die. Nak berehat lah pulak sebab dah seharian berjalan. Ingatkan masa malam tu dah tanak keluar dah pegi makan. Tapi, keluar jugak. Aku lah ni gatal mulut gi tanya kat atok aku, Mok Nak keje tak hari ni? Mok Nak ni kawan mak aku masa muda-muda dulu. Memang family aku ni rapat lah ngan Mok Nak ni. Pastu, atok aku suruh call rumah Mok Nak tanya Mok Nak dah balik keje ke belum? Kebetulan, aku call, Mok Nak yang angkat. Aku pun ape lagi, terus ajak Mok Nak gi lepak medan selera. Malam ni aku angkut sekali atok aku lepak medan selera. Aku ngan mak aku, kalau balik kelantan memang tak sah kalau tak ajak Mok Nak lepak medan selera. Malam ni aku makan laksam, somtam ngan pulut durian. Aduihhhh, penuh perut aku makan. Makanan pulak murah-murah. Rasa cam nak pindah dok kat kelantan. Lepas balik dari medan selera borak-borak lagi sampai pukul 1 lebih then terus tido tak sedar sampai ke pagi.


Day 2 – 1 September 2006 – Jumaat


Lepas subuh aku tido balik sampai lah pukul 9 pagi. Qada’ semalam punya tido. Hehehe. Hari ni memang tak breakfast sebab mak aku nak pegi pasar. So, mak aku suruh brunch terus sebab semalam makan pun dah lewat. So, dalam pukul 11 leih terus bersiap nak gi pasar MPKB. Aku nak gi pasar MPKB ni sebab aku nak cari berlian yang nak lekat kat tudung je. Itu pun sebab kawan aku kirim. Mak Long aku pulak dok sibuk nak cari gelang. Tu pun kawan die kirim gak. Lepas dah selesai urusan jual beli, terus gi cari makan. masing-masing ambik lah 2, 3 jenis lauk. Masa nak bayar tu, RM15 je termasuk air. Tu bukan 3 orang makan tau. Tapi, 5 orang makan. mane nak cari kat KL ni kalau 5 orang makan RM15. lauk pulak bukan nye sorang satu jenis lauk. Sorang ambik paling kurang pun dua lauk. Memang best lah. Orang yang gaji kecik tu memang sesuai sangat dok kat kelantan ni.


Lepas tu, balik rumah and rehat-rehat. Lepas asar keluar balik pegi ke masjid dekat ngan rumah maksu aku. Maksu aku cakap ustaz tu ajar tassawuf best. So, we all pun pegi lah ke masjid Al-Husna tu nak dengar ustaz tu mengajar. Sampai sane, ustaz tu tengah mengajar. Masa ustaz tu dok mengajar aku sms lah Abang Isham sepupu mak aku sebab mak aku nak gi jumpa die. Padahal, aku yang nak gi jumpa die sebab nak gi makan KFC free. Hahahaha. Abang Isham ni manager KFC yang dekat ngan Pantai timur Supermarket, Kota Bharu. We all kalau balik Kelantan memang tak lepas peluang gi makan KFC free. Ikut lah nak makan ape, order je. Huhuhuhu. Ambik kesempatan betul.


Lepas makan KFC free baru lah pegi rumah maksu pulak. Lepas lepak-lepak kat rumah maksu dalam pukul 9 lebih mak aku ajak aku gi Wakaf Che Yeh. Aku ni mane lah reti jalan mane nak ikut. Paksu aku pun volunteer nak hantar we all ke Wakaf Che Yeh. Aku ikut bontot kereta die je lah. Sampai kat Wakaf Che Yeh aku tak turun. Yang turun nye Mak, Mak Long ngan Mok Nak je. Aku tak turun sebab atok aku nak dok dalam kereta. Takkan aku nak biar atok aku dok sorang-sorang dalam kereta. So, aku lepak lah dalam kereta. Tengah aku lepak tu, Mok Nak datang balik kat kereta bagitau yang mak aku suruh aku pegi kat Kedai Kain Salem Aziz tu. Kain sikit punya murah lah kat situ. 5 pasang RM100. Aku ngan mak aku pun ape lagi borong sakan lah. Beli kain nak wat baju raya. Nasib baik aku jahit sendiri baju raya tahun ni. So, save budget lah sikit kan. Kalau nak tempah, jenuh dok bayar tukang jahit je kalau beli banyak-banyak pasang.


Lepas dah habis memborong kain terus balik rumah. Sampai rumah, tak larat nak borak-borak dah. Terus aku masuk bilik tukar baju, solat and belayar ke alam mimpi.



Day 3 – 2 September 2006 - Sabtu


First sekali aku nak ucapkan Selamat Hari Lahir yang ke 19 tahun untuk adik aku Umar. Semoga Panjang Umur dan Murah Rezeki. Semoga berjaya dalam apa jua bidang yang di ceburi.






Sepatutnya aku balik KL hari ni. Tapi, aku cakap kat mak aku yang aku tak puas lagi dok kat tanah tumpah nya darah aku ni. Huhuhuhu. Nasib baik Mak Long aku tak kisah dok lagi sehari kat kelantan. So, aktiviti pagi ni seperti biase bawak atok, mak ngan mak long aku memborong segala jenis sayur-sayuran untuk bawak balik KL. Mak Long aku siap borong timun. Mak Long aku jual nasi lemak tu yang die memborong timun tu. Mak aku lak memborong cili sebab mak aku nak buat sos cili thai. Beras pun mak aku beli jugak. Nasib baik lah sepupu aku nak balik selasa ni. So, sumbat masuk kereta die je lah. Nak sumbat masuk kereta aku memang tak muat lah sebab kereta aku kecik je. Sepupu aku sorang jer.


Lepas tu, pegi pasar kubang pasu pulak. Kat situ beli sarapan ngan borong serunding daging and keropok. Kat sini beli kuih still boleh dapat 5 biji kalau RM1. Kuih die lak besar-besar lak tu. Kalau kat KL ni jangan harap lah. 3 biji seringgit tu pun belum tentu besar dan belum tentu sedap. Balik rumah lepas breakfast, lepak lagi. Aku cakap kat mak aku, aku malas nak ikut pegi kenduri. So, dalam pukul 2, atok, mak ngan mak long aku pegi kenduri rumah kawan atok aku. Aku lepak rumah sambung tido. Lepas kenduri, mak ajak pegi Pasir Pekan pulak sebab nak cari pokok. Mak aku ni pun satu hal. Macam lah tak der pokok kat Sungai Buloh tu. Boleh tahan nak cari pokok kat Sungai Buloh. Balik Kelantan pun still nak gi nursery gak cari pokok.


Petang sikit pegi hospital pulak sebab nak tengok kakak ipar sepupu mak aku masuk wad sebab kena ketumbuhan dalam otak. So, pegi lah kami bertiga ke HUSM. Nasib baik aku tau jalan. Lepas ke HUSM, terus ke KBMC pulak sebab cucu Mak Long aku masuk wad. Demam kuning die terlampau tinggi. Lepas dah habis urusan kat KBMC terus balik rumah. Ingat nak singgah Pasaraya Bilal. Tapi, disebabkan masa tu nak maghrib dah terus tak jadi singgah. Balik rumah lepas solat maghrib, aku ajak mak aku gi medan selera. Tapi, mak aku tanak lak. So, aku call lah Mok Nak ajak teman aku gi medan selera sebab aku nak beli pulut durian. Kebetulan, Kak Zan datang tanya aku nak makan satay tak? Aku pun on aje. Akan penuh lagi lah perut aku malam ni.


Masa kat medan selera tu aku nampak lah sotong dalam dulang. Aku tanya lah Mok Nak, tu sotong masak ape? Mok Nak pun cakap, tu lah ketupat sotong. Mane lah aku nak tau yang itu ketupat sotong plus aku tak pernah makan. So, Mok Nak pun beli lah 4 ekor. Aku just beli pulut durian ngan somtam je. Pastu, bawak Kak Zan gi beli satay kat jalan kebun sultan. Balik-balik rumah tengok makanan sikit punya banyak. So, melantak lagi. Tak per, esok dah nak balik KL dah. Tak leh nak makan sedap-sedap cam kat Kelantan.



Day 4 – 3 September 2006 – Ahad


Aku terjaga pukul 3.30 pagi. Tapi, aku malas nak bangun. So, aku tido lah balik. Bangun balik dalam pukul 4 lebih. Malas nye rasa nak balik KL hari ni. Aku rasa cam nak dok je kat kelantan. Lepas dah siap-siap semua terus bertolak dalam pukul 5.20 pagi. Pastu, singgah sembahyang subuh kat Kampung Pahi kat atas sikit dari Kuala Krai. Jalan smooth je pagi ni. Singgah makan kat Raub. Sampai KL dalam pukul 11.00 pagi. Mak aku siap cakap kat aku, ni kalau nak naik flight pegi Bangkok pun boleh lagi ni sebab tak penat langsung.


Balik rumah then rehat-rehat di samping keluarga. Lepas asar keluar pegi OU sebab nak cari present adik aku dan shopping baju raya untuk adik aku ngan abah aku. Pastu, malam makan kat pizza hut. Best jugak cheesy bites ek. Tak de lah muak sangat pun. Pizza die pun nipis
je.




Day 5 - 4 September 2006 - Isnin


Aku ambik cuti lagi sehari sebab nak potong kain and rehat-rehat. Tak der nye aku nak potong kain sebab mak aku mengajar hari ni. Mak aku guna meja. So, dah petang baru aku potong kain. Dapat lah 4 pasang. Jadi lah kan dari tak potong langsung. Huhuhuhu.


Day 6 - 5 September 2006 - Selasa


Aku dengan tiada semangat nya nak gi keje. Nak bangun pagi pun malas. Almaklum je lah kan. Dah lama cuti. Nak gi keje pun malas lah.




No comments: