Wedding Ticker

Daisypath Anniversary tickers

Birthday ticker

Lilypie Third Birthday tickers

Breastfeeding Journey

Lilypie Breastfeeding tickers

Birthday Ticker

Lilypie First Birthday tickers

Thursday, September 07, 2006

Dah Baca Dah Buku tu



Aku dah baca dah buku tu. Aku tatau lah kenape aku boleh gelak dan aku boleh menangis bile aku baca isi kandungan buku tu. Mak aku pun same cam aku. Menangis bile baca buku tu. Adakah aku ngan mak aku ni emosional? Entah lah, maybe sebab die innocent. Aku jadi kesian kat watak dalam buku tu. Bile aku dah baca buku tu, baru lah aku tahu kemelut yang melanda diorang. Bagi aku, diorang berdua tak bersalah. Pihak ketiga yang bersalah dalam hal ni.



Tapi, aku terharu lah jugak dengan pengorbanan watak perempuan dalam buku tu. Dah lah si lelaki sebelum bergelar ***** tak punya apa. Pekerjaan tetap pun tak der. Tapi, si perempuan ni terima jugak si lelaki ni seadanya. Susah senang biar mereka bersama. Tapi, bile dah glamour si perempuan ni di tinggalkan umpama kain buruk. Sedih nya aku. Aku tak dapat bayangkan kalau aku berada di tempat perempuan tu.


Siapa perempuan dan lelaki tu biar lah aku sorang aje yang tahu. Dan biarlah aku sorang je yang tahu buku ape yang aku baca.

No comments: