Wedding Ticker

Daisypath Anniversary tickers

Birthday ticker

Lilypie Third Birthday tickers

Breastfeeding Journey

Lilypie Breastfeeding tickers

Birthday Ticker

Lilypie First Birthday tickers

Tuesday, September 26, 2006

Hari Minggu

Sabtu


Hari sabtu siang tu aku ngan mak aku dok rumah je. Aku nak potong kain adik ngan mak aku. Tapi, end up, potong kain adik aku je. Mak aku punya kain aku potong next week je lah kot. Adik-adik aku semua keluar ke KL beli present untuk cikgu die.


Adik-adik aku balik je pukul 6 petang, giliran aku ngan mak aku pulak keluar. Keluar pun sebab nak gi hantar adik aku yang bongsu tu gi dinner kat Restoran Nelayan, Tasik Titiwangsa. Lepas send adik aku, terus menghala ke Kampung Baru. Ingat nak sembahyang terawih kat Kampung Baru je. Sekali pegi rumah Mak Long aku, abang aku ade kat sane. Tumpang solat maghrib. Masa nak solat maghrib tu, mak aku pun tanya aku, kalau nak pegi solat terawih kat Masjid Wilayah, sempat ke tak? Aku cakap ah sempat. So, lepas solat maghrib, terus aku ngan mak aku bergegas ke Masjid Wilayah. Nasib baik lah senang nak dapat parking.


Dah lah jauh nak kena menapak. Masuk-masuk masjid je, ngam-ngam solat Isyak nak start dah. Masjid Wilayah tu beraircond tau. Tapi, aku boleh berpeluh-peluh sembahyang dalam aircond. Bukan ape, sebab ramai sangat orang yang sembahyang terawih masa malam pertama tu. Aku buat 8 rakaat je. Jadi lah kan dari tak buat langsung. Insyaallah aku nak buat penuh solat terawih tahun ni. Itupun, kalau tak der aral melintang lah kan. Lepas solat, terus balik rumah dan tido.



Ahad


Sahur pagi ni makan ayam masak merah. Memula ingat nak makan quaker oat je. Tapi, takut tak tahan lah. Lepas sahur, solat subuh and sambung tido balik. Mak aku siap pesan suruh bangun pukul 7 lebih sebab mak aku nak buat kelas harfiah. Tapi, aku bangun-bangun je dah pukul 9.30 pagi. Aku ingat, bile dah bangun pukul 9.30 ni tak der lah kelas nye. Tapi, mak aku buat jugak kelas. Mula kelas pukul 10 pagi. Habis pukul 11 lebih. Pukul 12 lebih pulak siap-siap sebab aku nak kena hantar adik aku gi kelas.


Adik aku kelas pukul 1. Lepas send adik aku gi kelas, aku ngan mak aku terus ke SACC Mall, Shah Alam sebab mak aku nak gi butik Setuhan Jelita nak beli jubah. Lepas dah settle beli jubah, dah on the way nak ke kereta, jumpa pulak ngan Abang Deen Kumpulan Rabbani. Lepas dah borak ala kadar, terus keluar. Mak aku siap tanya aku, tanak jalan-jalan dulu ke kat SACC Mall. Aku cakap tak payah lah jalan-jalan kalau tanak beli barang. Aku ni bukannye suka nak window-window shopping ni. Aku suka kalau aku ade duit, aku terus je beli. Kalau setakat nak window shopping ni buat buang masa aku je.


Lepas tu, pegi kat sebelah Wet World Shah Alam pulak. Kan kat sebelah tu ade kedai ikan yang besar tu kan. Sepanjang nak masuk 3 tahun keje kat Shah Alam ni kan, ini lah first time aku masuk kedai ikan tu. Mak aku dah banyak kali dah masuk. Besar jugak lah kedai ikan ni. Memang bebetul kat tepi tasik. Mak aku beli ikan Guppy je.


Lepas tu terus menghala ke Sec 9 sebab nak cari benang jahit tepi. Benang jahit tepi yang dok ade kat rumah tu asyik terputus je. Buat tension aku je menjahit. Menurut kate pakcik yang aku beli mesin kat die tu, die kate benang jahit tepi ni ade expired nye. Wallahualam. Tatau lah pulak aku. lepas dah beli barang-barang semua, terus ke Kelana Jaya ambik adik aku. Sampai Sungai Buloh, mak aku singgah beli pisang sebab nak buat pengat pisang. Aku tak makan pengat pisang. So, bukak puasa tu, aku makan nasi je lah. Lepas solat Maghrib terus bersiap-siap nak gi solat terawih. Malam ni gi solat terawih kat Masjid Wilayah sekali lagi sebab after that nak hantar adik aku balik asrama kat Gombak.


Masa on the way ke Gombak tu, abah aku stop kat Petronas MRR2. Aku ingat abah nak turun cucuk duit ke ape. Sebelum turun kereta tu abah tanya sape nak aiskrim? Aku siap boleh tanya, aiskrim ape? Abah aku jawab aiskrim potong. Kalau aiskrim potong aku tanak lah. Adik aku yang bongsu tu siap pau dunkin donuts kat abah aku. Sabo je lah. Aku suruh die beli donut strawberry. Tapi, dah habis lah pulak. So, die beli yang blueberry punya. Tak best sangat. So, itu lah moreh kitorang. Huhuhuhu.


Balik rumah terus tido.



Isnin


Bangun sahur pukul 5.30 pagi. Sempat makan quaker oat je. Mintak-mintak lah bertahan perut aku ni. Sementara nak tunggu kol 7 pagi, sempat lah jahit tepi baju yang aku nak jahit. Pukul 7 aku gerak ke ofis. Selalunya, aku keluar rumah pukul 7.15 pagi. Tapi, hari ni Ain nak tumpang. So, kena lah pegi awal sikit dari biase. Tatau lah mak nak masak ape hari ni sebab Abang aku yang sulung nak balik bukak puasa kat rumah. Aku rasa lah kan, special sikit kot mak masak hari ni. Mak aku memang camtu, kalau abang aku atau adik-adik aku balik rumah hari minggu ke mesti mak aku masak sedap-sedap. Kalau biase kitorang dok kat rumah hari biase ni mak aku masak biase-biase je. Semalam adik aku cakap kat mak aku, nak makan onde-onde. Tatau lah tu mak aku buat ke tak.


No comments: