Wedding Ticker

Daisypath Anniversary tickers

Birthday ticker

Lilypie Third Birthday tickers

Breastfeeding Journey

Lilypie Breastfeeding tickers

Birthday Ticker

Lilypie First Birthday tickers

Saturday, September 09, 2006

HEART



Rachel, seorang gadis tomboy yang selamba. Farel, anak muda tampan yang bersifat seadanya. Persefahaman yang terjalin sejak kecil menjalin satu “persahabatan” sehinggalah satu hari apabila Farel mengkhabarkan dia sudah jatuh cinta.


Cinta pandang pertama Farel pada Luna, seorang penulis komik yang misterius tapi anggun dan feminin. Rachel berusaha agar cinta Farel dan Luna bisa terjalin. Dan, tanpa disedari Rachel mula merasa cemburu. Lalu, dia berubah tampil lebih feminine kerana enggan kehilangan Farel ketika Luna mulai menerima cinta jejaka itu.



Farel dibuai cinta, dan Rachel yang dilanda kesepian berbohong, kononnya dia juga punya kekasih yang amat mencintainya. Tapi api cemburu membakar hati Rachel saat terlihat Farel dan Luna bercumbuan. Dia yang berlari tanpa arah menghadapi kemalangan yang menyebabkan kakinya kudung. Pada masa sama, Luna juga dirawat di hospital sama.


Sekali lagi, Rachel harus melihat keutuhan cinta Farel dan Luna yang kritikal dan memerlukan penderma hati kerana penyakitnya. Lalu, sanggupkah Rachel menerima kenyataan pahit bahawa dia harus kehilangan Farel yang menyintai Luna? Sanggupkah Farel kehilangan Luna buat selama-lamanya? Dan, pengorbanan terbesar apakah yang diberikan seorang sahabat demi kebahagiaan sahabat yang juga kekasih hatinya?


HEART memberikan jiwa untuk sebuah ketulusan hati dan erti persahabatan.


Memang sedih sekali.....itulah kuasa cinta namanya....
MY HEART lagu tema filem ni pun menyentuh perasaan sangat.


Sape nak tahu kesudahan cerita ni, di nasihati pegi lah menonton di pawagam berhampiran anda. Memang sedih sangat-sangat cerita ni. Jalan cerita die biase je lah. Macam kuch kuch hota hai. Tapi, yang berbeza nye Luna tu sakit.

No comments: