Wedding Ticker

Daisypath Anniversary tickers

Birthday ticker

Lilypie Third Birthday tickers

Breastfeeding Journey

Lilypie Breastfeeding tickers

Birthday Ticker

Lilypie First Birthday tickers

Thursday, September 28, 2006

Kenape ek tak mengantuk?

Semalam aku balik dari keje, rasa pening kepala sangat-sangat. So, aku cadang nak tido untuk kurangkan sakit kepala aku ni. Di samping tu, aku tampal koyok kat kiri and kanan kepala aku ni. Baru lah tahan sikit. So, tido daripada pukul 3 lebih sampai lah pukul 6 petang baru bangun. Dah bangun tu rasa lagi sakit kepala nye. So, ambik keputusan mandi ngan air sejuk. Lepas mandi tu rasa legal ah sikit. Tapi, still tampal koyok lagi. Kalau tak puasa, aku dah telan actifast dah ni. Tampal koyok ni pun sebab nak bagi tahan sikit. Kalau nak telan actifast boleh je. Tapi, rasa cam sayang je sebab tinggal berape jam je lagi nak bukak puasa.


Malam ni aku tak pegi terawih sebab pening kepala. Tapi, aku boleh bawak kereta gi isi minyak kereta. Sebelum gi Sungai Buloh, hantar abah, mak ngan Syida gi terawih. Lepas isi minyak, cucuk duit semua, fetch diorang dari solat terawih. Then, terus balik rumah.


Aku tak boleh nak tido lah pulak malam semalam. Aku rasa sebab aku minum teh HL kot. So, dalam pukul 1 pagi, aku ambik keputusan untuk menjahit je since aku tak leh tido kan. So, dapat lah aku siapkan baju kurung 2 pasang. Aku pun pelik lah, dah lah malam tadi tak tido langsung. Tengahari tadi ingatkan nak tido kat bilik rehat. Tapi, kena siapkan keje pulak masa lunch tadi. Sekarang ni aku dok kat meja aku, aku boleh tahan pulak lah setelah semalaman tak tido.


Petang ni pulak nak kena ambik adik aku balik kelas. Dah lah kelas habis pukul 6.30 petang. Tatau ah sempat ke tak nak bukak puasa kat rumah. Mak call tadi bagitau yang mak aku masak. So, kalau nak makan pun, just beli kuih-kuih je lah untuk bukak puasa. Tengok lah camane nanti. Aku rasa tak sempat sampai rumah pukul 7 ni. Jammed nye satu hal kat Subang tu.

No comments: