Wedding Ticker

Daisypath Anniversary tickers

Birthday ticker

Lilypie Third Birthday tickers

Breastfeeding Journey

Lilypie Breastfeeding tickers

Birthday Ticker

Lilypie First Birthday tickers

Wednesday, September 20, 2006

Konvokesyen Sulung UNISEL

Hari sabtu lepas aku ambik adik aku kat UNISEL sebab die cuti seminggu. Aku suruh die balik naik bas tapi, die membentak. Huhuhuhu. Betul ke ayat aku ni ek? Die bising tanak naik bas sebab barang die yang nak bawak balik ke rumah banyak sangat. Sabo je lah aku. so, terpaksalah aku ambik die kat Berjuntai Bestari.





Aku gerak sorang-sorang je dari rumah sebab Syida ade kelas tengahari ni. Aku ingat nak stay lama lah sikit kat UNISEL sebab ade Istiadat Konvokesyen Sulung dan kebetulan pulak member aku grad hari tu. Gerak dari rumah pukul 8.30 pagi, pukul 9.00 dah sampai. Terus call adik aku. Die ade kat dalam dewan lah pulak. Takkan aku nak tunggu die kat dalam kereta dalam keadaan yang amat lah panasnye hari tu. So, aku pun keluar dari kereta bertemankan Nikon D50 menuju ke Dewan Utama. Sambil-sambil tu aku sms adik aku suruh die keluar dari dewan sebab aku tatau arah mane hendak di tuju untuk naik ke bahagian tetamu yang tak der kad jemputan.


Masa aku sampai kat Dewan Utama tu, adik aku dah sedia menanti aku dah untuk naik ke tingkat atas. Nasib baik orang tak ramai sangat. So, boleh ah menyelinap masuk. Hehehe. Dapat lah aku tengok kawan aku tu ambik ijazah die. Bagi aku, untuk first time punya konvo ok lah. Cacat cela sane sini tu biase lah. Harap dapat di baiki di masa hadapan.


Lepas dah habis konvo, we all keluar dewan pegi beli bunga untuk housemate adik aku, Sue. Sue konvo petang ni sebab die diploma. Lepas tu, terus lah tercari-cari kelibat member aku yang konvo hari tu. Sekali terjumpa. Pegi lah tegur kejap. Sempat tegur je sebab die dok sibuk cari family die. Tak sempat nak ambik gambar pun.


Lepas tu, we all pun bergegas pulak pegi hostel adik aku sebab nak ambik barang. Naik hostel adik aku, aku telah di paksa untuk make up kan Sue. Waaaaaa, mane lah aku reti. Tapi, aku make up kan jugak die ala kadar sebab die dah warning siap-siap tanak tebal sangat make up tu. Lepas Sue dah siap-siap semua, hantar die kat Dewan Utama. Aku ngan adik aku lepak jugak lah kat luar Dewan Utama tu. Tengah lepak-lepak, sekali terserempak pulak ngan Kelambu. Tak tegur pun sebab die ngan geng-geng die. Segan aku nak tegur. Remember, aku ni pemalu dan penyegan. Hahahahha.


Lepas tu, gi balik hostel adik aku sebab budak satu bilik ngan adik aku mintak tolong hantarkan die kat Dewan Utama sebab die join koir. Masa dah sampai kat dewan utama tu, sekali lagi aku turun sebab Emy, budak satu bilik ngan aku tu sibuk nak ambik gambar kat depan Dewan Utama tu. Nasib baik lah senang nak dapat parking. Nasib baik lah kat UNISEL ni time konvo, letak kereta merata-rata tak kena kunci tayar. Kalau kat U*TM ni memang dah kena kunci dah ni ngan pengawal keselamatan. Lepas dah ambik gambar, terus gi Pusat Komuniti Pelajar sebab adik aku nak gi PC Fair. Die nak beli MP4. die dah survey awal-awal dah. Aku ni bawak duit je. Die ketuk nye abah aku suruh beli untuk hadiah birthday die. Murah lah jugak, RM220 untuk 1GB punya saiz. Aku ni nasib baik tak der duit. Kalau ade duit dalam tangan, mau nye aku pun rembat satu.


Baru ku sedari, aku tak makan lagi dari pagi. Huhuhuhu. Lapor sungguh masa tu. Masa kat UNISEL lagi mak aku call suruh angkat kain kalau aku dah balik rumah sebab mak aku tak der kat rumah. Adik aku pun cakap ok lah kan. Masa on the way balik tu, hujan dah turun mencurah-curah dah. Sikit punya lebat hujan turun sampai tak nampak jalan. Sampai Sungai Buloh memang hujan. Tak jadi balik rumah, terus menghala ke Bandar Sungai Buloh untuk mengisi perut. Aku belanje adik aku makan KFC. Lepas makan terus balik.


Sampai rumah, kena tunggu pulak mak aku sampai sebab mak aku tak tinggal kunci rumah. Tak lama lepas tu, mak sampai. Aku pun lepas mandi, sembahyang asar, terus tido sampai lah nak masuk maghrib. Orang tua-tua kate tak elok tido lepas asar. Tapi, aku penat sangat. Memang kena tido gak.


No comments: